by admin on January 28, 2012
Harini saya telah menerima email dari Google berkaitan dengan Privacy Policy mereka. Google telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan One policy, one Google experience. Apa maksudnya itu? Google sebenarnya mempunyai lebih dari 60 polisi berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna dan untuk memudahkan para pengguna mereka, Google bakal memperkenalkan satu polisi tunggal yang mana ia akan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2012.

Google berharap kita sebagai pengguna mendapat manfaat daripada perubahan polisi yang baru ini. Perubahan ini akan menambahkan lagi pengalaman kepada pengguna Google. Secara ringkasnya, pengguna hanya perlu memiliki satu akaun google dan menikmatinya segala intergrasi produk yang ditawarkan oleh mereka. Maklumat lanjut boleh di baca di sini http://www.google.com/policies/faq
by admin on October 18, 2011

Eee Pad Slider kini boleh didapati di pasaran tempatan dengan harga RM1,669 bersama 16GB, namun buat masa ini Eee Pad Slider hanya terdapat dalam versi WIFI.
Eee Pad Slider didatangkan dengan pemprosesan 1GHz Nvidia Tegra 2 dan 1GB RAM, 1 x jek audio, pembaca kad micro SD, dock port dan turut dilengkapi bersama sokongan untuk mini USB serta mini HDMI.
Eee Pad Slider ini mengunakan OS Honeycomb bersama dengan papan kekunci QWERTY terbina dalam.
sumber: sinar harian
by admin on October 17, 2011
sumber gambar : en.kioskea.net
Harini saya ingin berkongsi tentang cara menangani atau memulihkan cakera keras luaran (external hard disk) rosak. Bagi menangani masalah ini, anda boleh cuba mengakses dan merawatnya menerusi perisian seperti SeaTools 1.2 atau Parted Magic 6.7. Kedua-dua perisian ini boleh ditemui di tapak web Softpedia.com. Jika cakera keras luaran (external hard disk) itu berjaya diakses, salinlah atau pindahkan data di dalamnya. Jika masih gagal diakses, cubalah khidmat pemulihan (recovery) data yang terdekat (dengan tertentu). Khidmat ini berbaloi sekiranya data anda amat berharga.
by admin on July 18, 2011
Hai Pembaca Rahsia Siber,
Hari ini saya ingin berkongsi berita gembira untuk anda yang setia bersama dengan produk Samsung. Berita apa yang mengembirakan itu? jom kita baca seterusnya.

Samsung Malaysia memberikan anda peluang seumur hidup untuk memenangi percutian impian ke Pulau Jeju di Korea. Bagaimana caranya untuk memenangi percutian tersebut? Senang sahaja. Menerusi Peraduan Double The Deal, anda hanya perlu membeli komputer riba Samsung dengan pemprosesan Intel Core generasi kedua i5 atau i7 bermula 1 julai yang lepas sehingga 15 Ogos 2011.
Anda akan diberikan borang penyertaan ketika membuat pembelian dan perlu menjawab dua soalan yang diberikan serta menghantar borang berkenaan menerusi pos atau online ke portal Samsung. Mudah bukan?
Apa yang anda akan menangi? Ok. Kalau anda hendak tahu, pemenang utama akan menerima hadiah bernilai RM20,000 dan percutian impian ke Pulau Jeju untuk 2 orang! Woww. Bestnya! Manakala untuk 10 orang pemenang seterusnya akan mendapat hadiah kamera NX100 setiap orang.
Ok. Kalau anda mahu memenangi hadiah tersebut, cepat-cepatlah membeli komputer riba Samsung dan menghantar borang penyertaan. Mana la tahu kan anda mungkin pemenang utama peraduan itu.
Maklumat lanjut berhubung peraduan “Double The Deal“, layari www.samsung.com/my/doublethedeal
Jom kongsikan pengalaman dan cerita anda di ruangan komen di bawah.
by admin on July 14, 2011
Pembaca Rahsia Siber yang di hormati,
Harini saya ingin berkongsi cara untuk membuka akaun di Twitter. Baiklah. Pertama sekali pergi ke Twitter.com dan anda akan nampak muka depan laman webnya seperti di bawah:

Berikut adalah Tutorial langkah demi langkah untuk membuka akaun di Twitter. Jom..
- Taip www.twitter.com di browser pilihan anda samaada google, firefox dan sebagainya. Kemudian isi nama penuh, email anda dan juga password (kata laluan) yang anda mahukan.

- Kemudian Klik pada butang Sign up.
- Anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah.
Pastikan maklumat adalah betul dan pada ruangan username, isikan username pilihan anda. Untuk makluman, username ini merupakan identiti anda di Twitter. Pilih username yang bersesuaian. Kemudian klik butang Create my account
- Anda akan di bawa ke paparan utama akaun Twitter anda.

Anda kini telah memiliki akaun Twitter. Langkah seterusnya ialah untuk mengemaskini akaun twitter anda. Langkah pertama yang anda boleh lakukan ialah dengan klik butang Next Step: interest untuk memilih topik yang anda minati. Kemudian anda boleh klik Next Step: friend untuk mencari rakan anda yang mengunakan senarai email seperti gmail dan yahoo.
Oh ya. Jangan lupa untuk memeriksa email anda untuk mengesahkan pendaftaran akaun twitter tadi.

klik pautan (link) yang diberikan melalui email anda untuk pengesahan
Sekarang anda telahpun berjaya membuka akaun twitter. Selepas ini anda boleh cuba-cuba untuk mengemaskini setting pada akaun twitter tersebut. Contohnya anda boleh kemaskini gambar profil, timezone dan lain-lain. Cubalah.
Sekiranya anda mempunyai cadangan atau sebarang pertanyaan, bolehlah ajukan pada ruangan komen di bawah..
p/s : Klik disini sekiranya anda masih belum mempunyai akaun email – cara buka email di google
by admin on July 13, 2011
Zaman sekarang ni penggunaan komputer adalah satu keperluan yang cukup mendesak. Tidak kisah la kita ni seorang pekerja ke, pelajar ke. Hatta seorang perdana menteri pun guna komputer. Bercakap tentang komputer ni, saya nak kongsi satu software yang sangat berguna untuk kerja-kerja memindahkan fail atau dengan kata lain Copy N Paste. Software ini sangat bagus sebab ia mempercepatkan proses permindahan sesuatu fail yang bersaiz agak besar contoh 1ooMB dalam masa yang sangat singkat iaitu kira-kira 10 saat je ( ini saya punya eksperimen la..hehe).

Maklumla sekarang ni penggunaan fail bersaiz mega menjadi kebiasan. Fail muzik contohnya cukup besar dan mencecah berpuluh-puluh MB (megabit) untuk beberapa buah lagu. Itu tak termasuk fail video yang rata-rata bersaiz ratusan MB dan ada yang sampai tahap GB (gigabit). Menjadi masalah apabila kita ingin memindahkan fail ini dari satu lokasi ke lokasi yang lain, contohnya ke pemacu pendrive (ala pemacu USB tu..). Fail yang besar akan memakan masa yang agak lama untuk dipindahkan.
Jadi, di sinilah gunanya software TeraCopy untuk mempercepatkan proses permindahan tersebut. Selain tu, antara fungsi yang ada pada TeraCopy ini adalah seperti:
- Pause dan resume pemindahan fail.Pause proses permindahan untuk sementara waktu untuk mengosongkan ruang simpanan yang ada.
- Senarai Fail yang Interaktif. TeraCopy menunjukkan fail yang gagal diproses untuk tindakan selanjutnya.
- Full Unicode support.
- Windows 7 x64 support dan banyak lagi..
Sekarang dengan TeraCopy, anda dapat jimatkan masa dan tidak pening kepala lagi untuk memindahkan fail bersaiz mega.
Dapatkan software TeraCopy di sini : TeraCopy
by admin on June 30, 2011
Harini saya ingin menceritakan tentang webhosting. Saya seringkali ditanya, ” webhosting itu apa?”. Bagi mereka yang telah sudah sedia ada gambaran mengenainya, amat mudah untuk saya jelaskan. Tetapi bagi mereka yang agak baru dalam dunia siber, perkara ini amat mengelirukan.
Baiklah, saya akan memberi analogi yang cukup simple supaya anda mudah faham. Katakan kita mahu membina dan memiliki laman web. Kita sebenarnya amat terikat dengan 3 komponen yang akan saya jelaskan di bawah.
- Laman Web (Rumah@pejabat@premis perniagaan)
Secara analoginya, kita boleh menganggap bahawa laman web itu seperti rumah atau pejabat kita. Bagaimana rumah dibina?apa peralatan dan bahan yang digunakan?. Sudah semestinya kita memerlukan contohnya simen, kayu dan yang sewaktu dengannya untuk membina rumah kita.
Begitu juga dengan laman web, kita memerlukan peralatan pembangunan laman web yang khusus seperti Dreamweaver, Frontpage dan lain-lain. Laman web kita itu boleh berbentuk html, php, asp dan sebagainya.
- Nama Domain (Alamat rumah)
Nama domain pula bolehlah di anggap sebagai alamat rumah dan amat penting untuk memastikan pelawat dapat menjumpai dan memasukinya atau dengan kata lain mengakses laman web anda itu. Nama domain boleh dibeli dari mana-mana penjual domain atau lebih di kenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang terdapat di internet. Harga domain kebiasaannya bermula serendah RM35 setahun hinggalah RM150 setahun. Sekiranya anda tidak mempunyai nama domain, ibaratnya anda membina rumah tanpa alamat.
- Webhosting(Tapak rumah)
Webhosting pula boleh di anggap tapak/tanah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah idaman anda. Oleh sebab itu anda memerlukan webhosting sekiranya mahu memiliki sebuah laman web. Webhosting ini sebenarnya merupakan komputer yang mempunyai sambungan ke internet 24 jam sehari. Komputer ini lebih di kenali sebagai Server yang mana ia berangkaian antara satu sama-sama. Kita hanyalah perlu menyewa ruang komputer atau server ini daripada penyedia webhosting yang ada di internet. Contoh webhosting yang bagus ialah NetKl.com. Blog rahsiasiber ini telah mengunakan webhosting dari pihak Netkl.com sejak 3 tahun yang lepas.
.
Harap anda jelas dengan konsep dan penerangan ringkas berkenaan Webhosting.
- Laman Web = Rumah / Pejabat
- Nama Domain = Alamat Rumah / Pejabat
- Webhosting = Tapak Rumah / Pejabat
p/s – Maklumat berkaitan:
Info tentang nama domain boleh rujuk disini – Nama Domain
Info tentan server boleh rujuk disini – Server
by admin on March 23, 2011
Salam Hormat,
Maaf ye sebab lama tak menjenguk blog ini. Emm, kali ini saya akan kongsikan info berkaitan dengan nama domain atau domain name (sama je cuma yang ni dalam bahasa inggeris.hehe).
Secara mudahnya, nama domain ialah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses (melawat) sesebuah laman web. Sebagai contoh, anda mahu melawat laman web Rahsiasiber.com, maka anda akan menaip www.rahsiasiber.com pada browser yang anda gunakan.

Domain ini terbentuk dari turutan nombor yang kita panggil sebagai IP address. Domain lebih mudah digunakan dan diingati berbanding IP address yang terdiri daripada nombor-nombor yang unik.
Di alam siber, domain di ibaratkan seperti alamat sebuah rumah di mana satu rumah hanya mempunyai alamatnya tersendiri. Dalam erti kata lain, alamat tersebut hanya khas untuk rumah itu je, dan tiada alamat yang sama di tempat lain. Contoh paling mudah ialah alamat rumah anda yang mana alamat itu hanya untuk rumah anda sahaja, bukan untuk rumah orang lain.
Contoh domain name adalah seperti berikut:
www.google.com.my
www.yahoo.com
dan banyak lagi..
Sekian sahaja untuk kali ini. Insyaallah saya akan kongsikan info yang lebih mendalam berkenaan dengan domain name ini pada masa akan datang.
jumpa lagi.
by admin on January 2, 2011
Hi Pembaca Rahsiasiber yang di sayangi,

Harini saya ingin berkongsi info tentang satu perisian mengedit gambar yang sangat mudah dikendalikan dan yang paling bestnya perisian ini percuma dan anda tak perlu susah payah untuk install di komputer pun! Apa yang anda perlukan ialah talian internet kerana ia berfungsi secara online.
Jom serlahkan kreativiti anda dengan Picnik.com. Sebaik sahaja memasuki web picnik.com, anda hanya perlu upload gambar yang ingin diedit dan gambar tersebut sedia untuk proses pengubahsuian mengikut kehendak anda. Antara proses editing yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
- Auto fix
- Rotate
- Crop
- Resize
- Exposure
- Color dan banyak lagi..
Selain itu, anda juga boleh memasukkan kesan khas pada gambar seperti frame,text,sticker, touch-up dan lain2. Menarik bukan? Kebanyakan fungsi seperti ini terdapat pada perisian editor grafik berbayar seperti Adobe Photoshop dan lain-lain. Picnik memudahkan kita untuk mengubahsuai gambar dengan cara yang sangat mudah dan percuma.
Setelah siap proses ubahsuai, gambar tersebut boleh disimpan ke komputer kita atau dikongsi terus bersama rakan-rakan melalui email,flickr,twitter dan juga facebook. Fungsi ini amat menjimatkan masa kita kerana tidak perlu untuk upload gambar ke facebook dengan cara manual.
Kita juga boleh mengedit gambar yang terdapat di internet tanpa perlu upload! Contohnya, anda mempunyai gambar di Picasa Web Album, Flikr, Facebook, Photobucket dan sebagainya. Semua gambar tersebut boleh diedit dengan mudah dan cepat. Ini kerana, dengan Picnik anda boleh connect secara terus kepada rangkaian tersebut. Anda perlu mendaftar di Picknik terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan fungsi berkenaan. Jangan risau, proses pendaftaranya sangat mudah dan semestinya percuma!
Klik Picnik.com untuk mengakses web Picnik dan mula menghasilkan gambar yang unik hari ini juga. Cubalah picnik dan anda pasti seronok menggunakannya.
by admin on October 29, 2010
Hai pembaca RahsiaSiber semua,
Harini saya ingin review tentang peraduan yang dianjurkan oleh Nokia dengan kerjasama Celcom. Peraduan ini bertujuan untuk mengukur tahap kesosialan anda di laman Facebook dan twitter. Apa yang menariknya, di samping percuma untuk di sertai, kita berpeluang untuk memenangi telefon Nokia C3!
Bagaimana untuk menyertai SOCIALISTA?
Okey..Sebelum itu anda perlu melawat laman rasmi mereka di sini dan klik Register Now atau klik How to Play untuk mengetahui cara memulakan permainan ini. Baiklah, saya akan kongsikan cara untuk mendaftar Socialista Meter langkah demi langkah. :-)
Klik Socialista Meter untuk ke laman web rasmi Nokia C3 atau klik gambar dibawah:

Selepas itu klik Register Now dan kita akan di bawa ke Facebook Login. Login ke akaun facebook dan klik Allow untuk membenarkan Socialista mengakses akaun facebook kita.

Sekiranya berjaya, paparan berikut akan muncul:

Tahniah kerana berjaya menyertai SOCIALISTA. Langkah yang seterusnya ialah dengan mengisi maklumat yang diperlukan dan klik NEXT STEP untuk melengkapkan permainan ini.
Tips untuk memaksimumkan MASTER SCORE anda ialah dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan seperti twitter dan sebagainya. Semakin tinggi SCORE kita semakin cerah peluang untuk memenangi Nokia C3 yang ditawarkan.
Oh ya. Untuk makluman, peraduan tersebut berlangsung mengikut mingguan seperti info di bawah:
- Week 43 25 – 31 October 2010 – First weekly winners
- Week 44 1 – 7 November 2010 – Second weekly winners
- Week 45 8 – 14 November 2010 – Third weekly winners
- Week 46 15 – 21 November 2010 – Fourth weekly winners
Pemenang mingguan berpeluang memenangi Xpax Starter Pack dengan pra isian RM100.
Jom sertai hari ini juga. Mana tahu rezeki kita untuk mendapat hadiah dari Celcom..
Selamat mencuba..