Archive

Archive for December, 2008

Apa itu PCI Express?

December 27th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Kad grafik PCI Express

PCI Express adalah penganti kepada PCI bus (bas selari) dengan aliran bersiri data. Kini PCI Express menghantar data dalam paket menerusi sambungan bersiri. Dengan itu, ia lebih kurang sama dengan Fibre Channel, USB IEEE 1394 dan Ethernet.

PCI Express adalah bas data chip – ke – chip yang membolehkan pemproses mikro berkomunikasi dengan bas-bas luaran seperti USB, atau kad I/O dalaman. Ia menggunakan 1 sehingga 32 laluan data untuk menghantar maklumat. Setiap laluan terdiri daripada 2.5 Gbits/saat penghantar dan dua penerima, setiap satu arah untuk memberikan laluan kepada data antara hos dan peranti.

PCI Express akan menjadi satu-satunya I/O yang akan berkomunikasi dengan chipset asas dan sistem bas lain seperti USB dan IEEE1394 juga akan ditukar kepada PCI Express. Ia juga mengantikan Advanced Graphic Port, yang digunakan bersama kad grafik.

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Koleksi Tips Untuk Pengguna XP

December 26th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Senarai Tips Windows XP

Memilih [ toolbar quick launch ]

Untuk aplikasi yang sering digunakan, anda patut menimbang untuk menempatkan ikon pintasan pada [toolbar quick launch] yang terletak disebelah kanan butang [start]. Dengan cara ini anda boleh mengaksesnya dengan sekali klik. Bagi aplikasi yang ingin diakses dengan sekali klik, anda hanya perlu mengheret dan meletakkan pintasan bagi aplikasi tersebut pada bahagian [toolbar quick lauch]. Untuk membuang pintasan yang diletakkan oleh program-program yang tidak diizinkan, anda hanya perlu klik kanan pada ikon pada [toolbar quick launch] dan pilih [delete.]

Susun All Programs pada [ Start ] menu

Jika anda merasakan folder-folder Program agak berselerak, anda boleh menyusunnya mengikut abjad. Caranya ialah klik [start]>[All Programs] > dan [klik kanan] pada mana-mana folder atau program yang ada di situ dan pilih [sort by name]. Lakukan langkah yang sama pada folder lain yang ingin disusun.

Gunakan Kombinasi Untuk Pembatalan

jika anda telah melakukan kesilapan, anda boleh mengundurkan kesilapan tersebut. Anda mungkin tahu mengenai fungsi [undo] ini dengan pergi ke menu [edit] dan klik [undo]. Anda juga boleh mengunakan kombinasi  [Ctrl]+[Z] untuk lebih pantas. Contohnya, jika hendak membatalkan kesilapan menukar nama fail pada tetingkap [Window Explorer]. (Pastikan anda tidak menggunakan kombinasi [Ctrl]+[Z] pada fungsi-fungsi lain).

“Minimize” kan Tetingkap yang telah dibuka dengan lebih Cepat

Teknik terpantas untuk mengecilkan semua tetingkap (pada bahagian dekstop) yang dibuka ialah dengan menekan kekunci [Windows] (terdapat logo windows diatasnya) kemudian tekan kekunci [M]. Arahan ringkas, kekunci [windows]+[M].

Menutup Banyak Tetingkap  Dan Aplikasi Serentak

Anda boleh menutup beberapa tetingkap dan aplikasi yang dibuka sekaligus dengan terus menekan kekunci [Ctrl] kemudian memilih tetingkap atau aplikasi pada bahagian [Taskbar]. Seterusnya, klik kanan pada pilihan anda tadi dan pilih [Close Group].

Mendapatkan Maklumat Rangkaian Menerusi Utiliti ipconfig

Klik pada menu [Start]>[Run] dan taipkan “cmd”.Pada paparan “prompt” yang muncul, taipkan “ipconfig” (tanpa tanda pembuka kata).Ia akan menayangkan maklumat asas seperti alamat IP, subnet mask, dan gateway.Bagi mendapatkan maklumat seperti DHCP dan DNS Server, taipkan “ipconfig -all” atau “ipconfig/ all”. Ia akan memaparkan maklumat rangkaian yang lebih terperinci.

Meletakkan Task Manager Secara Kekal Di Bahagian “system tray” (dibahagian sisi jam)

Untuk membuka Task Manager, anda boleh menekan kombinasi kekunci [Ctrl]+[Shift]+[Esc], atau dengan mengklik kombinasi Ctrl]+[Alt]+[Del], dan seterusnya klik pada butang Task Manager. Tetapi, jika anda hendak menempatkan Task Manager secara kekal di bahagian “system tray”, ada 2 cara tetapi saya hanya memberi satu cara sahaja di sini. Caranya ialah, pergi ke Directori System32 dan buat pintasan bagi fail taskmgr.exe. Kemudian potong (cut) dan tampal (paste) pintasan itu ke dalam folder [Startup] (pergi ke menu [Start]>[All Program]>[Startup]. klik kanan pada [Startup] dan klik [Open]. Kemudian tampal pintasan taskmgr.exe tadi di sini). Seterusnya, klik kanan pada ikon taskmgr.exe dalam folder [Startup] tadi dan klik [Properties]. Di bawah pilihan [Run], sila pilih [Minimized] – ini akan mengecilkan tetingkap Task Manager.

sumber : majalah pc

Tips Pengguna XP

Peniaga ditipu rakan niaga ‘alam maya’

December 24th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


KUALA LUMPUR: Seorang peniaga telefon bimbit yang menjalankan urusan perniagaan di ‘alam maya’ dengan seorang lelaki warga China menanggung kerugian RM100,000 selepas ditipu lelaki terbabit.
Mangsa terpedaya dengan helah itu setelah membaca artikel penjualan telefon bimbit pada 7 November lalu sebelum menghubunginya. Setelah yakin dengan penjelasan yang diberikan, mangsa yag berusia 30-an dan mempunyai perniagaan menjual telefon bimbit di pusat beli-belah di ibukota bersetuju sebelum memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun lelaki terbabit.
Sumber berkata, urusan jual beli telefon bimbit pertama dibuat antara mangsa dan rakannya ialah pada 21 November lalu dan mangsa memasukkan RM5,000 ke akaun rakannya di China untuk membeli 20 telefon model Apple iPhone. Tiga hari kemudian barang dipesan tiba di pejabat rakannya kira-kira jam 12:30 tengahari di SS15, Subang Jaya.
” Mangsa sekali lagi membuat tempahan 30 telefon bimbit iPhone dan memasukkan RM45,000 ke akaun lelaki terbabit dan barang yang dibeli tiba pada masa yang dijanjikan.” katanya. Bagaimanapun, tempahan kali ketiga yang dibuat mangsa pada 2 Disember lalu tidak menjadi kenyataan apabila barang yang dipesan itu tidak diterima.
Mangsa memasukkan RM100,000 ke akaun lelaki terbabit untuk membeli 40 lagi telefon bimbit. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Hse Lee, Khamis lalu..

Sumber Berita : Harian Metro 24 Disember, 2008 ; mukasurat 23

Berita Siber

Langkah keselamatan Perbankan Internet

December 23rd, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Sekarang ini trend penggunaan perbankan internet semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Justeru itu, langkah keselamatan perlu diamalkan dalam menjalankan urusan perbankan internet untuk memastikan transaksi yang anda jalankan benar-benar selamat. Beberapa langkah yang sewajarnya perlu diperhatikan antaranya ialah :

  • Bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet tidak akan meminta pelanggan mendedahkan atau mengesahkan nombor PIN atau kata laluan atas apa alasan sekali pun sama ada menerusi email atau panggilan telefon.
  • Jika anda menerima email atau panggilan telefon yang meragukan yang meminta anda membuka halaman perbankan internet anda, jangan mendedahkan PIN atau kata laluan walau dalam apa keadaan sekalipun dan anda perlu menghubungi bank dengan serta-merta.
  • Sebelum menjalankan sebarang transaksi perbankan secara dalam talian, anda perlu memastikan bahawa laman web perbankan internet itu adalah yang rasmi dan sahih serta bermula dengan URL  “https”.
  • Sentiasa pastikan program antivirus komputer anda sudah dikemaskini. Jangan memasuki akaun perbankan internet anda pada komputer di kafe siber atau komputer yang tidak dilindungi dengan sistem antivirus.
  • Jangan menyimpan ID login atau kata laluan anda dalam komputer.
  • Tukar kata laluan secara kerap dan jangan menggunakan kata laluan yang mudah diteka oleh orang lain.
  • Jangan meninggalkan komputer apabila anda memasuki laman web perbankan internet.
  • Sentiasa ingat untuk keluar dari laman web itu sepenuhnya apabila sudah menyelesaikan urusan dan hilangkan memori laman web yang telah dilawati.
  • Semak akaun anda secara kerap.

sumber : Harian Metro

Tips Siber

Apa itu Komputer?

December 22nd, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Definisi Komputer

Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat.
Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.

Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer

Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer (PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis sempadannya.

Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :

kaedah kerja komputer

Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :

1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3. Brainware (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.
- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer, manusia dan program.

Penggolongan Komputer

Berdasarkan data yang diolah :

  1. Komputer Analog
    - Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
    - Data berbentuk fizik
    - Output dalam bentuk penyusunan atau pengawalan
  2. Komputer Digital
    - Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
    - Data dalam bentuk nombor dan huruf
  3. Komputer Hybrib (Hibrid)
    komputer hibrib merupakan gabungan antara komputer analog dan komputer digital. Kebiasaannya, komputer ini hanya digunakan bagi menyelesaikan masalah-masalah utama kerana ia memiliki kemampuan yang lebih cepat dan tepat.

Berdasarkan Penggunaan :

  1. General Purpose (Umum)
    General purpose bermaksud komputer digunakan secara umum. Sebagai contoh, melaksanakan pengelolaan grafik dan multimedia, pengelolaan database serta pengelolaan program.
  2. Special pupose (khususs/Utama)
    Special purpose bermaksud komputer digunakan secara khusus. Sebagai contoh, digunakan untuk server, PC router dan terminal dumb.

Berdasarkan Kemampuan :

Merujuk pada kemampuan kerja, komputer boleh dibezakan melalui beberapa kategori seperti berikut :

  • Mikro komputer
  • Mini komputer
  • Small komputer
  • Medium komputer
  • Large komputer
  • Super komputer

Kemampuan Komputer

Komputer mampu mengolah data dalam tempoh yang pelbagai. Selain dari memiliki kemampuan operasi yang cepat dan tepat, komputer juga memiliki kemampuan memori yang kuat. Kapasiti yang digunakan oleh sistem komputer adalah seperti berikut :

1 byte = 8 bit (binari digit) atau satu ciri
1 kilobyte (KB) = 1,024 byte
1 megabyte (MB) = 1,024 KB atau 1,048,576 bit
1 gigabyte (GB) = 1,024 MB atau 1,048,576 KB atau 1,073,741,842 bit
1 terabyte (TB) = 137,438,953,472 byte atau 1,099,511,627,776 bit

sumber : buku Menguasai Kemahiran Memperbaiki Komputer

Asas Komputer