Ebook shortcut – Menghasilkan ebook tanpa menulis
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Artikel tulisan Dr Irfan Khairi www.irfankhairi.com
Hari ini saya nak kasi tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa… atau… tak pandai menulis?
Ebook short cut!
Bagaimana caranya?
Langkah 1:
Pilih satu subject mengikut kepakaran anda… atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat
Langkah 2:
Temubual/Temuramah/Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.
Langkah 3:
Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!
Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:
- 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
- Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
- 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
Yes, tak lupa, Mentor Jutawan bersama IK menggunakan Ebook shortcut ini. Saya tidak perlu menulis pun, cuma menemubual 7 ikon jutawan di Malaysia. Semestinya, untuk mendapatkan masa mereka, anda pun perlu mencapai sesuatu juga. Tetapi, cuba lihat topik-topik yang lain yang dalam capaian anda.
Dengan hanya menemubual pakar-pakar indusrti dan membuat kompilasi hasil temubual tersebut, anda boleh memperolehi pendapatan yang berterusan setiap bulan daripada ebook.
Satu lagi, mungkin anda tertanya-tanya… perlu bayar ke mereka yang anda interview tu? Perlu bayar royalti ke pada mereka?
Jawapan: Biasanya tidak perlu. memadai dengan kredit yang tertera selepas setiap temubual di dalam ebook anda. Walaubagaimanapun, pastikan mereka tahu, tujuan anda temubual tersebut adalah untuk dikompilasikan
Sumber : www.irfankhairi.com





Komen Terkini