Archive

Archive for February, 2009

Glosari Pemacu Storan

February 25th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


CD-R (CD-Recordable)
Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja. Saiz cakera adalah kira-kira 650MB

CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)
Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain CD-ROM boleh membaca CD audio.

CD-RW (CD-ReWritable)
Teknologi CD boleh tulis semula. Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R, dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.

DVD (Digital Versatile Disk)
Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih besar.

DVD Video
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2 dan bunyi sekeliling digital. Ia boleh mengendalikan pelbagai bahasa, pelbagai sarikata dan beberapa ciri termaju yang lain.

DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2 DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada 1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000. Pemacu DVD-RAM boleh membaca DVD -Video, DVD-ROM dan Media CD.

DVD-ROM
Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif bersama-sama audio dan video. DVD-ROM dijalankan pada pemacu DVD-ROM atau DVD-RAM, tetapi tidak pada pemain video DVD. Pemacu DVD-ROM boleh memainkan filem video DVD.

DVD+RW (DVD ReWritable)
Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard, Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha, di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis semula yang serasi dengan pemain video DVD dan pemain DVD-ROM

NAS (Network Attached Storage)
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)

Perkakasan (Hardware)

Apa itu Perkakasan (Hardware) Komputer

February 24th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Perkakasan atau lebih dikenali dengan “Hardware” komputer merupakan sekumpulan perkakasan di dalam komputer yang boleh dilihat, disentuh dan dirasa. Secara umumnya, hardware komputer boleh dibahagikan menjadi 4 bahagian seperti berikut:

  1. Alat Input
    - Touch screen
    - Keyboard
    - Mouse
    - Scanner
    - CD-Rom
    - Floppy disk
    - Trackball
    - MIC
    - Pointing device
  2. Alat Proses
    Terdiri daripada CPU (central processing unit) atau mesin memproses yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di dalam motherboard tersebut.
  3. Alat Ouput
    -
    Printer
    - Monitor
    - CD-RW
    - DVD-RW
    - Floppy disk drive
    - Plotter
  4. Media Penyimpanan
    - Hard disk
    - Disket
    - Flash memory
    - Thumb drive

Mesin Memproses (Processor)
Mesin memproses (processor) merupakan otak dan pusat yang mengendalikan komputer yang disokong oleh komponen-komponen lain. Processor merupakan chip yang kerap disebut “microprocessor“. Era kini, saiz processor telah mencapai tahap gigahertz. Saiz atau ukuran tersebut merupakan kiraan kelajuan processor dalam mengolah data atau informasi. Proses pengolahan, akses data dan informasi menjadi semakin laju sekiranya ukuran semakin besar. Pada dasarnya, sistem kerja processor dibantu oleh data bus dan chipset.

Pelbagai jenis processor terdapat di pasaran adalah seperti berikut:

  • AMD (American Micro Device)
  • Intel
  • IBM
  • Cyrix
  • APPLE
  • IDT

sumber: Mastering the skills of computer MaintainanceSynergyMedia

Perkakasan (Hardware)

Glosari Tanpa Wayar

February 17th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


802.11g

kad PCI tanpa wayar 802.11g

802.11a
Ethernet tanpa wayar 54Mbps beroperasi dalam jalur 5GHz

802.11b
Ethernet tanpa wayar 11Mbps beroperasi dalam jalur 2.4GHz

802.11e
Tahap kualiti perkhidmatan untuk rangkaian setempat tanpa wayar. Contohnya untuk menyokong VoIP.

802.11g
Kesinambungan kepada 802.11b, menyediakan sehingga 54Mbps pada spektrum 2.4GHz seperti yang digunakan oleh 802.11b

802.11h
Tambahan kepada 802.11a untuk memastikan ia mematuhi tetapan Eropah kepada rangkaian setempat 5GHz

802.11i
Standard untuk keselamatan tanpa wayar dimana Wireless Protected Access adalah salah satu daripadanya.

802.11j
Versi Jepun untuk 802.11h

802.11n
Spesifikasi cadangan untuk kelajuan dua kali ganda 802.11a/g kelengkapan LAN tanpa wayar yang muncul pada 2006

802.15
Standard untuk rangkaian peribadi (personal area network) berasaskan Bluetooth.

802.16
Satu set standard komunikasi tanpa wayar untuk rangkaian kawasan metropolitan berkapasiti tinggi (Mans), atau juga dikenali sebagai WirelessMan dan WIMAX.

802.20
Cadangan untuk Mans tanpa wayar 1MB dalam jarak sehingga 15KM, ia beroperasi pada jalur 3.5GHz dan kebawah

802.1x
Skema pengesahan berasaskan Extensible Authenticaton Protokol.

Titik Capaian – Access Point
Bertindak sebagai titik kepada pelanggan LAN tanpa wayar, biasanya menyokong sehingga 253 pengguna serentak dalam jarak maksimun 100 meter

Bluetooth
Teknologi sambungan atau capaian tanpa wayar dalam jarak yang pendek(10 – 100 meter) bagi menggantikan kabel  di mana ia digunakan untuk telefon bimbit, PDA dan peranti-peranti lain seperti pencetak. Alternatif  kepada inframerah (infrared).

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)