Archive

Archive for March, 2009

Awas Jerat Cinta Siber!!

March 24th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Semalam saya belek-belek akhbar harian metro bertarikh 23 Mac 2009 dan mata saya tertarik melihat artikel bertajuk “Mangsa Cinta Siber Rugi RM5,000″ .Menurut cerita seperti dalam artikel tersebut, mangsa adalah seorang wanita berusia 43 tahun dan bekerja sebagai kerani. Suspek pula merupakan seorang lelaki warga asing yang di katakan menetap di London dan mereka hanya baru berkenalan tidak sampai 2 minggu pun.Ceritanya bermula apabila suspek yang dikenali melalui laman sembang di internet mula meluahkan kata-kata ayat-ayat cinta kepada mangsa. Selepas berjaya ‘menundukkan’ mangsa dengan janji-janji manis, lelaki tersebut menghantar satu bungkusan mengandungi cincin, satu set barang kemas, komputer riba dan telefon bimbit kononnya sebagai hadiah kepada mangsa.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengambil hadiah yang diberikan suspek. Menurut sumber, mangsa dimaklumkan sebuah syarikat kurier di United Kingdom untuk membuat pembayaran RM4,700 ke dalam satu akaun individu jika ingin mengambil bungkusan berkenaan. Disebabkan ingin mengambil bungkusan tersebut, mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh wakil syarikat kurier itu tanpa berfikir panjang. Katanya, selepas wang dimasukkan mangsa menghubungi syarikat kurier berkenaan untuk mengambil bungkusan itu, namun pekerja disitu memaklumkan bungkusan tersebut ditahan kerana tiada sijil insuran.

“Pekerja itu turut memaklumkan mangsa perlu menunggu panggilan yang akan dibuat wakil syarikat kurier terbabit,” katanya. Menurutnya, mangsa menerima panggilan dari syarikat kurier terbabit beberapa hari kemudian yang mengatakan bungkusan itu boleh diambil jika dia menjelaskan bayaran RM12,000.Berasakan ada sesuatu yang tidak kena, mangsa tidak mengendahkan arahan dan membuat laporan di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin.

Moral Cerita:
Kita perlu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali walaupun kita mengenali mereka di alam nyata apatah lagi di didalam ruangan siber tanpa sempadan ini. Maklumla kita belum kenal lagi hati budi mereka lagi. Jadi, berhati-hatilah dalam pergaulan.

Berbalik kepada cerita tadi, apa yang dapat saya kongsikan ialah penipu siber ni menggunakan modus operandi seperti berikut:

  1. Mencari kenalan di laman-laman sembang dan bila “masuk daun” mulalah mereka menggunakan kuasa ayat-ayat cinta untuk memerangkap mangsa.
  2. Selepas itu mereka bagitahu ingin memberi bungkusan hadiah kononnya sebagai tanda cinta.
  3. Kemudian penipu tersebut akan berkomplot dengan rakannya yang berkemungkinan besar akan menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan menelefon mangsa untuk meminta wang penghantaran.Liciknya mereka kan?.Emm, setahu saya la, kita ada pilihan untuk membayar kos penghantaran semasa kita menerima bungkusan daripada syarikat kurier.

Saya harap dengan pendedahan ini para pembaca semua tidak terpengaruh dengan modus operandi seperti ini. Jika anda menyedari ada seseorang menggunakan taktik seperti ini, jauhi diri dari mereka!!

Sekian sahaja untuk kali ini. Saya akan dedahkan beberapa lagi penipuan siber dalam penulisan yang akan datang, Insya Allah…

Berita Siber ,

Penerangan Mudah Tentang Server Dan Internet

March 13th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Definisi Ringkas Server:

Server ialah komputer atau peralatan (device) di dalam sesuatu rangkaian yang menguruskan sumber rangkaian tersebut. Contonhya, file server ialah komputer atau peralatan simpanan (storage device) yang di dedikasikan atau di khususkan sebagai tempat untuk menyimpan fail. Mana-mana pengguna yang berada dalam rangkaian (network) itu dapat mengakses atau mencapai fail di server tersebut. Print server ialah komputer yang menguruskan satu atau lebih pencetak (printer) manakala network server ialah komputer yang menguruskan trafik rangkaian (network traffic) dan Contoh lain, web server menguruskan fail halaman web yang boleh diakses oleh penguna komputer yang lain yang bersambung dengan rangkaian internet.

contoh rangkaian serverContoh rangkaian server

Internet dan Web Server:

Seperti yang di ketahui umum, internet ialah jaringan komputer global yang saling bersambungan di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini yang bersambungan melalui kabel komunikasi dan talian telefon membentuk satu rangkaian komputer yang di namakan internet. Setiap komputer yang saling berangkaian ini boleh mengakses di antara satu sama lain dengan mematuhi syarat-syarat atau kebenaran akses yang tertentu.

Visual jaringan internetVisual Jaringan internet

Hampir secara keseluruhannya, struktur internet adalah berdasarkan model client-server. Terdapat berjuta-juta server yang bersambungan dengan internet di seluruh dunia dan kebiasaannya seseorang pengguna internet memerlukan satu atau lebih interaksi dengan satu atau lebih server.

gambaran Web ServerGambaran Bagaimana Web Server Berfungsi

Apabila anda melawat sesuatu laman web di internet, anda sebenarnya sedang mengakses sebuah server. Server ini dikenali sebagai web server yang pada dasarnya berfungsi untuk menyediakan kandungan statik (static content) kepada pelayar web (web browser) dengan cara memuatkan (loading) sesebuah fail dari cakera (disk) melalui rangkaian dan menyiapsediakan untuk dipaparkan kepada pelayar web pengguna. Web browser berkomunikasi dengan web server dengan menggunakan perantara  HTTP. Anda boleh merujuk kepada laman web wikipedia untuk maklumat lanjut tentang http ini.

contoh web server dari syarikat Dellcontoh web server

bahagian dalam webserverbahagian dalaman web server

Contoh mudah untuk memahami web server ialah, apabila anda melawat blog rahsiasiber.com, anda sebenarnya mengakses server di mana blog itu di tempatkan. Apa yang berlaku ialah, pelayar web yang anda gunakan seperti contohnya Mozilla Firefox dan Internet Explorer akan membuat permintaan kepada web server tentang blog rahsiasiber.com. Setelah dijumpai lokasinya, web server akan memaparkan blog rahsiasiber.com kepada pelayar web anda itu tadi.

Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua tentang server dan internet. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

sumber rujukan : wikipedia, webopedia.

Asas Internet ,

Cara Guna Disk Cleanup

March 10th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan fungsi Disk Cleanup pada sistem operasi Window XP. Fungsi ini digunakan untuk membersihkan pemacu keras (hard disk) komputer anda untuk memastikan sistem komputer beroperasi dengan lebih cekap dan mengurangkan risiko terjadinya kegagalan sistem dan komputer menjadi perlahan. Anda disyorkan untuk melakukan Disk Cleanup sebulan sekali untuk prestasi komputer yang terbaik.

Langkah Demi Langkah:

  1. Untuk memulakan disk Cleanup, klik [Start] > [All Programs] dan kemudian bawa kursor tetikus ke [Accessories]. Klik [System Tools] dan akhir sekali klik [Disk Cleanup]disk cleanup
  2. Setelah dibuka, disk Cleanup sangat mudah digunakan. Langkah seterusnya, pilih pemacu (Select Drive) yang anda ingin bersihkan samaada (C:), (D:) dan sebagainya. Kemudian klik [ok].Select drives
  3. Pilih kategori fail yang anda mahu buang. kemudian klik [ok]. Sekirannya ingin melihat dahulu fail yang berada dalam recycle bin sebelum dibuang, sila klik [View Files].View Files

Itu sahaja tutorial menggunakan peralatan Disk Cleanup. Selamat mencuba.

Tutorial, Windows XP ,

Hadkan pencarian maklumat dalam blog sahaja

March 8th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Maksudnya disini, katakanlan anda ingin mencari “tips buat duit dalam internet” dan anda mahu hasil carian adalah datangnya dari blog sahaja dan bukannya dari laman web biasa. Google membenarkan kita membuat carian seperti ini. Caranya ialah dengan menaip blogsearch.google.com pada address bar di browser pada mana-mana pelayar web dan tekan Enter. Anda boleh menaip maklumat yang dikehendaki ke dalam ruangan kotak carian dan klik butang search blogs. Selamat mencuba!!

Peralatan Google (Tools)

Bahagian Penting Processor

March 1st, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Processor mempunyai tiga bahagian penting iaitu seperti berikut :

Arithmatics Logical Unit (ALU)
ALU Merupakan pusat dari semua kiraan matematik bertujuan menjalankan segala arahan yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah sistem PC.

Control Unit (CU)
CU merupakan bahagian yang mengatur semua laluan data dan kiraan yang dilakukan oleh processor. Dengan adanya unit ini, semua kiraan dan pelaksanaan boleh dilakukan mengikut urutan tanpa masalah tindihan antara satu arahan dengan arahan yang lain.

Memori Unit (MU)
MU
merupakan unit sokongan. Semua arahan yang kerap digunakan oleh processor akan disimpan dalam bahagian ini. Dengan adanya memori unit, processor tidak perlu membawa arahan yang sama kebahagian yang lain. Oleh yang demikian, tempoh yang diperlukan bagi menjalankan arahan-arahan penting boleh dipendekkan atau dijimatkan.
Dalam processor yang moden, memori unit sudahpun berada dalam bahagian tersebut (c0re). Secara umumnya, memori ini disebut sebagai cache memory yang diletakkan pada sebuah processor bagi memastikan kelajuan pelaksanaannya adalah baik.

sumber : synergy media

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware) ,