Archive

Archive for April, 2009

Lindungi BIOS Komputer Anda

April 28th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Adakah anda menggunakan kata laluan untuk memasuki Windows komputer ataupun laptop anda? Jika ya, anda sebenarnya bertindak bijak kerana peka dengan keselamatan data yang berada dalam komputer anda. Tahukah anda, komputer yang dilindungi tadi masih mampu diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka-mereka ini akan menggunakan berbagai trik untuk menceroboh sistem. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, elokla anda memasang kata laluan pada BIOS sistem komputer anda supaya tiada siapa pun dapat memanipulasikan ketetapan pada sistem tanpa kebenaran. Pastikan juga anda mengubah ketetapan pada BIOS supaya sistem ‘boot’ pada pemacu keras (harddisk) bukannya pada pemacu Cd-Rom atau sebagainya.

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Apa itu Cache Memory?

April 27th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan.

Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya.

Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware) ,

Penipuan Melalui Email

April 26th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Baru-baru ini saya menerima satu email yang kononnya datang dari libertyReserved.com. Dalam email tersebut pihak libertyReserved memaklumkan bahawa akaun telah disekat. Saya tidak mempunyai akaun di libertyreserved.com dan tidak akan terperdaya dengan taktik seperti ini. Lihat screenshot dibawah untuk lebih jelas.

email scam

Anda mungkin menerima email ini atau email seumpama ini tidak kiralah dari pihak yang kononnya mendakwa mereka dari maybank2u.com ke cimbcliks.com atau sebagainya. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah pihak bank atau pihak yang berautoriti seperti paypal, ebay dan lain-lain TIDAK akan sekali-kali meminta maklumat akaun pelanggan mereka melalui email. Hanya penyangak-penyangak siber sahaja yang melakukan modus operandi seperti ini. Dibawah ini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya miliki untuk manfaat anda semua.

  • Jika anda menerima email dari pihak bank atau pihak-pihak seperti ebay dan sebagainya, anda perlu memeriksa dengan teliti seperti alamat pengirim, cari kesalahan ejaan dan jika terdapat pautan ke sesuatu laman web, anda JANGAN terus klik pautan tersebut. Contoh anda terima email dari maybank2u.com kononnya dan dalam email tersebut meminta anda mengklik pautan yang disediakan. Apa yang anda perlu buat ialah, taip secara manual web maybank2u.com di pelayar web anda bukannya mengklik link yang diberikan. Ini kerana, untuk mengelakkan anda daripada tertipu sekiranya email tersebut adalah palsu.
  • Sekiranya anda mahu memastikan samaada mesej email yang diterima itu benar atau palsu, anda patut melaporkan kepada pihak sebenar (kononnya diwakili mesej tersebut). Dengan berbuat demikian, pihak yang tulen akan menyedari wujudnya penipuan sebegitu dan mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya di samping mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Sekali lagi, suka untuk saya mengingatkan anda dan diri saya sendiri supaya tidak terpedaya dengan penipuan seperti ini.

Jenayah Siber

Cara Mudah Ubah fail PDF kepada fail teks

April 25th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Anda mahu ubah fail PDF kepada fail teks? Caranya mudah sahaja. Anda cuma perlu hantar fail tersebut ke akaun gmail anda dan kemudian ” view attachment as HTML”. Selepas itu, anda boleh “Cut and Paste”  dengan formatnya sekali ke dalam pemproses perkataan seperti Microsoft Word. Selamat memcuba!

sumber : PC Mag

Peralatan Google (Tools)

Windows Mobile anda Perlahan?

April 24th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Tips khusus untuk pengguna handset yang menggunakan sistem operasi Windows Mobile. Bila hanset anda kerlihatan perlahan, kemungkinan banyak program yang tidak ditutup sepenuhnya. Ini kerana Window Mobile tidak menutup sesuatu program sepenuhnya walaupun anda telah mengklik butang “x”.Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan Tasks Manager. Menu ini dapat diakses dengan mengklik [Start] -> [Settings] -> [System Seting] ->[System Tab] (yang anda dapat lihat dibahagian bawah). Selepas itu klik [Tasks Manager] ->[Running Program] dan akhir sekali anda klik [Stop All]. Sekarang, masalah anda telah selesai. Selamat mencuba.

Windows Mobile

Cara Mudah tingkatkan Kepantasan Laptop

April 23rd, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Laptop anda yang telah berusia akan mengalami masalah seperti cepat “hang” dan lembab. Antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memuatkan Sistem Operasi yang baru yang lebih ringan seperti Linux. Selain itu anda boleh meningkatkan kepantasan dengan menambahbaik RAM tetapi langkah ini memakan belanja yang besar dan bakal mengeringkan poket anda. Cara yang agak efektif  ialah dengan pergi ke [Control Panel] -> [Add Remove Program] dan buang semua progam yang anda tidak perlukan. Yakni, program yang anda boleh hidup selesa tanpanya. Akhir sekali, jangan lupa untuk melakukan [Disk Degfragmenter].

Sumber : kyle Monson, pcmag.com

Tips Komputer

Cara Mudah Cari Maklumat guna Google

April 22nd, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Katakanla anda ingin mencari maklumat khusus dalam sesebuah laman web. Contohnya di sini, anda ingin mencari tips sahaja dalam pcmag.com. Seperti yang kita maklum sesebuah laman web mengandungi banyak maklumat dan untuk menjimatkan masa kita, kaedah ini boleh dicuba. Caranya ialah dengan menaip tips site:pcmag.com pada enjin carian google, maklumat yang akan dipaparkan hanyalah terhad kepada artikel yang berkaitan dengan tips sahaja.

Peralatan Google (Tools)

Jenis-Jenis Ketagihan Internet

April 21st, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Menurut Kajian Center for Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklafikasikan kepada 5 kategori yang utama iaitu,

  1. Ketagihan mendapatkan maklumat – Merujuk kepada individu yang menggunkan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
  2. Ketagihan menggunakan komputer – Ia merujuk kepada individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
  3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet – Ia merujuk kepada individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
  4. Ketagihan hubungan siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik sembang seperti IRC, ICQ, forum, jaringan sosial seperti friendster, facebook dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.
  5. Ketagihan seksual-siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta ruangan sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksual secara terbuka.

Simptom-Simptom Bagi  Mereka Yang Mengalami Ketagihan:

Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:

  • Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa kerugian dan kekecewaan sekiranya tidak menggunakannya.
  • Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
  • Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
  • Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, pakar psikologi, menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit IAD ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak misalnya keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.

* Diadaptasikan dari sumber MPC keluaran Mei 2006.

Berita Siber ,

Cara Mudah Lindungi Maklumat Sulit

April 17th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Pernahkan anda menghadapi masalah untuk melindungi data daripada diakses oleh mereka yang tidak sewajarnya?Misalnya anda mahu melindungi maklumat sulit seperti senarai kata laluan, ID pengguna, senarai alamat klien perniagaan dan sebagainya. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk melakukannya antaranya ialah dengan menggunakan perisian percuma tetapi unik seperti Steganos LockNote yang boleh diperolehi di http://www.steganos.com.

Ciri-ciri Istimewa Steganos LockNote

  • Mampu melindungi nota anda seperti maklumat kata laluan, login pengguna dan sebagainya. Semua data menggunakan format teks mampu dilindungi. Data anda akan dilindungi dengan kata laluan yang dilengkapi dengan mekanisma teknologi enkripsi AES 256 bit termoden.
  • Selamat dan mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu double-clik dan masukkan kata laluan untuk mengakses data teks anda seperti biasa.
  • Tiada pemasangan (installation) diperlukan. Selepas dimuat-turun dari laman web, LockNote boleh terus digunakan. Anda juga boleh menyimpan aplikasi ini dalam storan USB untuk keselamatan data dalam perjalanan
  • Hanya klik dan seret sahaja untuk menjadikan fail teks anda yang sedia ada dilindungi dengan kata laluan.
  • Perisian ini adalah percuma dan menggunakan teknologi Open Source.
  • Perisian ini menyokong Windows 2000, XP dan Vista.

Cara Penggunaan

Jika ada berminat dengan perisian ini untuk melindungi data sulit, jangan keberatan untuk mencubanya. Ini kerana perisian ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan seratus peratus percuma. Perisian ini pantas dimuatkan, selain pantas melakukan enkripsi. Langkah dibawah ini akan menjelaskan secara sepintas lalu teknik untuk menggunakan LockNote.

  1. Muat turun perisian ini dari tapak web pembangun perisian iaitu  www.steganos.com. Klik disini dan akan dibawa ke laman muat turun. Kemudian klik perkataan ‘Download via HTML’ dan simpan  fail dalam sebuah Folder.
  2. Perisian ini bebas (standalone) dan tidak perlu dipasang (install). Dwi klik pada failnya untuk membuka tetingkap utama dan membaca maklumatnya. Klik Run untuk buka fail. Ketika ini kata laluan (password) belum diisi. lihat rajah 1.

    rajah-1

    Rajah 1

  3. Sekarang, anda boleh memadamkan keterangan ringkas mengenai perisian ini yang dipaparkan tadi. Bagi menetapkan kata laluan, klik menu [File], kemudian klik pilihan [Change Password].

    Rajah 2

    Rajah 2

  4. Tetingkap untuk memasukkan kata laluan akan muncul. Isikan maklumat kata laluan pilihan anda (rajah 3). Pastikan kata laluan anda kukuh dan mudah diingati. Setelah berpuashati, tekan butang OK. Hasilnya, kata laluan yang telah ditetapkan tadi akan diaktifkan sebaik sahaja anda menutup tetingkap perisian ini

    Rajah 3

    Rajah 3

  5. Buka semula perisian ini untuk memuatkan data yang hendak dilindungi selain mengeditnya. Anda juga boleh mengheret fail teks kedalam tetingkap perisian ini. Setelah selesai, klik menu [File] > [Save As] dan tulis nama fail yang kehendaki.
  6. Fail asal perisian ini menggunakan nama LockNote. Anda boleh gunakan nama lain yang sesuai. Sebaik-baiknya nama yang senang diingati. Hanya klik kanan pada perisian ini dan pilih [Rename].
  7. Perisian ini boleh dihantar melalui email tetapi perlu dimampatkan terlebih dahulu (zip). Ini kerana perisian yang menggunakan format *.exe tidak boleh dihantar melalui email kecuali dimampatkan dahulu.
    p/s: Hanya email Yahoo sahaja boleh hantar fail format *.exe ini.

Perisian ini amat berguna untuk melindungi data sulit anda dan yang menariknya ia boleh dimuatkan kedalam storan USB dan diakses dalam mana-maca PC yang anda mahu. Sekian sahaja untuk kali ini dan semoga kita mendapat manfaat dari perisian percuma yang unik ini. Selamat mencuba.

Sumber : MPC dan Steganos.com

Perisian Percuma, Tutorial ,

Crimeware – Senjata Penjenayah Siber

April 15th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Harini saya akan sentuh tentang jenayah siber. Penjenayah siber menggunakan perisian yang khas untuk menjalankan aktiviti mereka. Perisian tersebut di namakan Crimeware yang merupakan program komputer yang direka khas untuk tujuan tertentu seperti mencuri identiti untuk mengakses akaun pengguna melalui internet. Mereka akan mengambil wang dari akaun dan membuat transaksi tertentu tanpa izin apabila berjaya mengakses akaun mangsa.

Antara Perisian crimeware ialah:

  • Trojan :- terutamanya keylogger, pencuri kata laluan.
  • Bots :- membolehkan komputer mangsa dikawal menerusi arahan jarak jauh
  • Phishing :- Suatu mesej yang cuba untuk mempengaruhi pengguna mendedahkan kata laluan untuk mengakses khidmat dalam talian: bank, e-mail web, laman sembang sosia seperti facebook dan sebagainya.
  • Adware :- satu perisian yang memaparkan perisian secara “pop-up” apabila kita melawat sesetengah laman web
  • Spyware :- mengutip dan menganalisa maklumat pergerakan pengguna di alam siber.
  • Spam :- menghantar sesuatu email yang tidak diundang oleh penerima. biasanya ia dihantar dalam jumlah yang banyak dan menyusahkan penerima email tersebut.
  • Dialer :- melencongkan sambungan ‘dial-up’ kepada nombor yang dikenakan caj yang tinggi.

Dalam aktiviti phishing, mangsa biasanya akan menerima emel yang kononnya dari pihak tapak web sah seperti ebay, paypal, maybank2u dan lain-lain. Mangsa akan diminta untuk mengunjungi tapak webnya dan mengemaskini maklumat peribadi. Apabila mengklik pautan yang diberikan, mangsa akan dibawa ke tapak web palsu. Disitu, mangsa akan diminta untuk memasukkan data seperti nombor kad kredit, nombor akaun dan kata laluan. Data tersebut akan digunakan penjenayah untuk mencuri wang mangsa atau membuat pembayaran. Aktiviti Phishing ini banyak dilakukan melalui laman web sosial popular seperti Facebook, Friendster, Youtube, laman lelongan (ebay), perbankan online seperti maybank2u atau pentadbir IT seperti Yahoo yang biasa digunakan untuk memancing mereka yang tidak mengesyaki.

Keylogger pula mampu beroperasi dalam PC mangsa tanpa disedari. Ia merakam apa sahaja yang ditaipkan pada papan kekunci termasuk kata laluan dan maklumat peribadi yang lain. Dari masa ke semasa, program Trojan berkaitan dipasang pada PC mangsa tanpa disedari untuk menghantar data yang dikutip kepada penjenayah. Jika program ini cukup canggih, ia mungkin mampu melepasi pengimbas perisian keselamatan seperti anti virus, anti spyware atau Firewall.

Cara Mengelakkan Ancaman Crimeware

Perlu juga diingatkan, penipuan penjenayah siber ini kadangkala mrip kepada penipuan dalam dunia nyata. Bayangkan situasi ini : Anda sedang berdiri di jalanan dan ada orang asing berpakaian kemas datang menemui anda, dan memberikan kad perniagaan dan mengatakan bahawa dia pekerja bank dan meminta anda memberikan kad kredit dan PIN untuk membuat pemeriksaan keselamatan. Adakah anda akur? Tentu sekali tidak. Jadi, jangan bertindak terburu-buru atau terus mempercayai mesej yang diterima melalui e-mail.

Berdasarkan helah yang dijelaskan tadi, anda perlu berwaspada. Imbas semua e-mel yang diterima dengan perisian antivirus berkesan dan terkini untuk mengetahui penghantarnya. Jangan muat turun program dari tapak web berisiko dan pastikan program yang dimuat turun disahkan selamat (oleh organisasi berwibawa, kumpulan editorial atau syarikat antivirus. Teliti ‘gejala luarbiasa’ dalam PC – saiz fail meningkat, amaran luarbiasa dari Windows, e-mail dari sumber tidak dikenali atau bahasa yang berbeza dan sebagainya.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sesiapa yang menerima e-mail yang meragukan dan dipercayai atau penipuan, anda dinasihatkan merujuk perkara tersebut kepada polis atau sebagai pilihan mengemukakan aduan atau merujuk tapak web yang diragui itu kepada Biro Aduan SKMM secara online di sini atau telefon 1-800-888-030. Aduan juga boleh dihantar menerusi faksimili kepada no 03-86881800. Anda juga boleh menulis kepada Biro Aduan Pengguna, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor

Anda boleh mengelak dari menjadi mangsa perisian jahat ini dengan 4 langkah berikut :

  • Peralatan
    Memasang rumusan keselamatan dengan ciri-ciri berikut: antaranya, boleh dikemaskini setiap hari, menyediakan sokongan teknikal, khidmat pelanggan dan sebagainya. Selain itu, sediakan semua teknologi perlindungan yang diperlukan seperti : antivirus, anti-spyware, firewall. Mengikut pengalaman penulis, antivirus Kaspersky Internet Security adalah pilihan yang sebaiknya.
  • Penampal
    Muat turun dan gunakan penampal (patches) keselamatan untuk menangani kelemahan aplikasi yang anda pasang. Penampal ini disediakan di tapak web setiap pembangun perisian terutamanya sistem operas (OS) contohnya Windows XP.
  • Maklumat
    Sentiasa prihatin dengan berita terkini berkaitan crimeware dengan mengunjungi tapak web makluma keselamatan yang boleh dipercayai seperti microsoft dan kasperskylab.com.
  • Logik Akal
    Gunakan logik akal bagi melindungi diri daripada crimeware. Contohnya jika menerima e-mail yang datang dari bank anda berdasarkan kepada alamat pengirimnya- abaikan!. Ini kerana alamat pengirim itu mungkin palsu. Jika mendapat e-mail yang datang dari bank anda disebabkan ia mempunyai logo bank, ini juga boleh diabaikan kerana logo itu mudah diperolehi dari internet atau disalin dengan perisian reka bentuk grafik. Sebaliknya jika anda ingin mengunjungi juga tapak web tersebut, sila  taip alamat yang betul secara manual di browser anda.

sumber: MPC dan SKMM

Jenayah Siber