Archive

Archive for May, 2009

Meminimum risiko transaksi perbankan Internet

May 30th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


KEMAJUAN teknologi komputer dan Internet telah membolehkan pelbagai urusan dilakukan di hujung jari termasuk melakukan transaksi dan pelbagai kemudahan di bank secara atas talian atau perbankan Internet.

Namun begitu, risiko dan isu keselamatan menjadi permasalahan utama dalam perbankan Internet ini termasuk pencerobohan terhadap log masuk dan kata laluan bagi akaun pengguna.

Penggunaan log masuk dan kata laluan sahaja tidak memadai untuk menjamin keselamatan pengesahan terhadap aktiviti-aktiviti dalam perbankan Internet ini.

Di antara kelemahan-kelemahan penggunaan log masuk dan kata laluan ini adalah seperti berikut:-

1. Penggunaan kata laluan untuk sistem pengesahan adalah dalam keadaan yang statik kerana ia tidak akan berubah selamanya kecuali diubah secara manual.

2. Penukaran kata laluan mestilah dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan atau sebulan sekali bagi menjamin keselamatannya dan ini memerlukan garis panduan yang dibuat oleh pentadbir sistem untuk para pengguna. Namun begitu, penggodam masih ada masa tiga bulan atau sebulan untuk memecah masuk ke dalam akaun pengguna.

3. Kebiasaannya, pengguna memilih perkataan yang mereka mudah untuk ingati seperti tarikh lahir, nama anak dan sebagainya untuk dibuat sebagai kata laluan. Ini bertentangan dengan aspek keselamatan bagi kata laluan iaitu perkataan yang dipilih mestilah sukar untuk diteka oleh penceroboh dengan menggunakan gabungan pelbagai jenis aksara seperti nombor, simbol dan huruf.

4. Penggunaan kata laluan juga mudah terdedah kepada beberapa ancaman seperti serangan Malware, penekaan dan pencurian kata laluan, Phising, serangan man in the middle, shoulder surfing dan lain-lain.

Serangan terhadap kata laluan yang popular di Malaysia adalah Phising di mana penipuan dibuat dengan pelbagai cara terhadap pengguna untuk dapatkan kata laluan akaun pengguna menerusi laman web, e-mel, sistem pesanan ringkas dan lain-lain.

Kelemahan sistem pengesahan satu faktor dengan hanya menggunakan kata laluan sahaja telah menyebabkan penggunaan satu teknik pengesahan yang lebih selamat iaitu pengesahan dua faktor.

Pengesahan dua faktor ini berkisar kepada dua elemen pengesahan iaitu apa yang pengguna ada dan apa yang pengguna tahu seperti kaedah yang digunakan untuk pengeluaran wang di mesin ATM.

Pengguna mempunyai kad ATM dan perlu tahu nombor PIN atau kata laluan untuk mengeluarkan wang menerusi mesin ATM ini.

Jadi, untuk pengesahan dua faktor di laman web dalam Perbankan Internet ini biasanya faktor pengesahan yang pertama adalah kata laluan, manakala faktor pengesahan kedua adalah kata rahsia yang akan diberi menerusi sistem pesanan ringkas atau SMS kepada telefon mudah alih pengguna.

Namun demikian, ada pihak bank mewajibkan penggunaan sistem pengesahan dua faktor ini dan ada pula yang memberi pilihan untuk menggunakannya.

Kata rahsia yang diberikan menerusi telefon mudah alih bagi setiap transaksi yang dibuat akan sentiasa berubah-ubah dan boleh digunakan dalam jangka masa tertentu sahaja.

Ini memberikan ia kelebihan keselamatan dengan digunakan bersama-sama dengan kata laluan.

Kata rahsia ini lebih dikenali sebagai Transaction Authorization Code atau TAC di perbankan Internet.

Guna sistem pengesahan dua faktor yang disediakan oleh pihak bank ini untuk sebarang transaksi atau aktiviti di Perbankan Internet.

Ia akan meminimumkan risiko keselamatan terhadap akaun bank pengguna kerana penceroboh bukan sahaja perlu untuk mendapatkan kata laluan pengguna tetapi ia perlu juga dapatkan telefon mudah alih pengguna untuk dapatkan kata rahsia yang akan dikirimkan menerusi sistem pesanan ringkas ke telefon pengguna.

sumber : www.utusan.com.my

Jenayah Siber

Cakera baru boleh simpan 100,000 lagu

May 29th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


MELBOURNE 24 Mei – Sekeping cakera kosong yang boleh menyimpan dua juta gambar dan 100,000 lagu boleh didapati dalam 10 tahun akan datang, demikian menurut ramalan penyelidik Melbourne.

Pasukan penyelidik di Swinburne University of Technology kelmarin mengumumkan ia menggunakan nanoteknologi untuk merakamkan maklumat dalam lima dimensi.

Cakera sekarang membuat rakaman dalam dua atau tiga dimensi.

Ini bererti DVD berpotensi menyimpan data hingga 10 terabit, bersamaan dengan 10,240 gigabit, sedangkan cakera biasa kini boleh menyimpan 4.9 gigabit, lapor Australian Associated Press.

Dr James Chon, pengarang bersama penyelidikan itu berkata cakera baru itu boleh menyimpan 100,000 lagu dan bersamaan 2,000 wayang gambar.

Professor Richard Evans, dari bahagian Teknologi Molekular dan Kesihatan CSIRO berkata, teknologi itu akan terlebih dahulu digunakan dalam sektor perubatan, kewangan dan kerajaan.

Penyelidikan itu dijalankan oleh pusat bagi mikro-fotonik Swinburne University of Technology, dengan sokongan geran penemuan daripada Majlis Penyelidikan Australia. – BERNAMA

sumber : arkib utusan online

Perkakasan (Hardware)

500 EIO jayakan e-Book

May 28th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


KUALA TERENGGANU 26 Mei – Seramai 500 orang pegawai eksekutif maklumat (EIO) akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri bagi melicinkan pelaksanaan program buku elektronik atau e-Book.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bagi peringkat pertama seramai 135 orang EIO telah dilantik dan ditempatkan di sekolah-sekolah.

Menurutnya, baki seramai 350 orang akan diambil bertugas tidak lama lagi.

”Seramai 18 pegawai teknikal juga akan diambil bertugas untuk melaksanakan program ini.

”Kita melatih pegawai yang khusus untuk mengendalikan e-Book. Sebarang kerosakan atau masalah e-Book boleh dirujuk kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu hari ini yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Menurut Ahmad Razif, pelaksanaan program e-Book ini berikutan keprihatinan kerajaan negeri dengan keperluan pendidikan semasa.

Katanya, penggunaan e-Book akan mengubah landskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penggunaan teknologi maklumat (IT) di kalangan murid sekolah.

”Usaha ini diyakini mampu mencapai impian kita untuk menjadikan Terengganu sebagai ‘Anjung Ilmu’ pada masa hadapan,” katanya.

sumber : www.utusan.com.my

Berita Siber

Facebook tak selamat!

May 27th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


LAMAN sosial terkemuka, Facebook perlu mengkaji semula Soalan Keselamatan jika pengguna terlupa kata laluan untuk membolehkannya memasuki akaun tertentu.

Ini kerana soalan terbabit mungkin mudah diketahui orang lain memandangkan jaringan Facebook merangkumi rakan atau keluarga yang pasti mengetahui jawapan jika diajukannya bagi tujuan keselamatan.
Ia ditimbulkan dalam blog pengendali keselamatan F- Secure yang memberi contoh soalan ‘Bila Hari Jadi Ibu’, ‘Nama Ayah’ atau ‘Nama Guru’ berkemungkinan tidak relevan untuk digunakan dalam laman web sosial sebagai pengganti kata laluan.

Facebook mengandungi kawalan peribadi yang baik kerana menghadkan maklumat daripada disalurkan kepada pengguna lain namun sebaliknya jika ia mahu mengenalpasti pemilik akaun sebenar.

Menurut blog itu, mengemukakan soalan berdasarkan maklumat sosial mungkin tidak sesuai digunakan di laman web sosial memandangkan penggunanya tergolong dari kalangan rakan dan mereka pasti tahu jawapan terbabit.

“Facebook patut menyemak semula perkara ini,” kata blog itu.

sumber: www.hmetro.com.my

Berita Siber

Letih Mata Melihat Tulisan Yang kecil?

May 17th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Anda mengalami kesukaran melihat tulisan yang kecil dalam sesebuah laman web? Kini masalah anda pasti selesai dengan menggunakan pelayar web Mozilla firefox 3. Versi terbaru ini membenarkan anda membesarkan laman web yang akan sedang lawati dengan menekan kekunci pada keyboard. Untuk membesarkan, anda cuma perlu tekan [CTRL]+[+] dan untuk mengecilkannya dengan menekan kekunci [CTRL]+[-] .

Selamat mencuba!

Tips Mozilla Firefox 3

Conficker terus mengancam

May 16th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan berita serangan virus yang menjangkiti hampir lapan juta komputer di seluruh dunia.

Conficker juga dikenali sebagai Downadup atau Kido dianggap virus terbaru yang berjaya melakukan jangkitan menerusi perisian Window yang tidak bercantum (unpatched Window).
Apabila berjaya memasuki rangkaian komputer, ia dengan sendirinya mampu mendapatkan kata laluan dengan meneka secara rambang atau memperdaya pengguna menerusi pemacu cakera yang memberi arahan fail dibuka secara automatik (autorun).

Pengurus Kanan Penyelidikan Keselamatan TippingPoint DVLabs, Rohit Dhamankar, berkata ramai pengguna yang tidak tahu cara untuk membuang virus terbabit.

“Ia bukan hanya komputer, malah perkembangan telefon bimbit yang diperkayakan dengan pelbagai aplikasi menjadi sasaran penggodam melancarkan serangan virus ke atas aplikasi web telefon bimbit.”

“Kebanyakan organisasi menggunakan pertahanan berlapis menerusi komputer antivirus dan pencegah pencerobohan (IPS). Cara terbaik untuk mencegah serangan Conficker adalah dengan menggunakan IPS di bahagian teras. Ia mengawasi cecacing dari trafik dalam dan luar rangkaian terbabit,” katanya

Berdasarkan statistik TippingPoint ThreatLinQ, hampir 10 juta komputer peribadi (PC) dijangkiti Conficker. Walaupun Conficker kini tidak aktif berbanding Januari lalu, ia masih menyerang ribuan komputer setiap hari.

Menurutnya lagi, ancaman keselamatan terhadap OS tidak akan terhapus kerana penggodam bakal mengalihkan sasaran mereka kepada perisian yang lain seperti aplikasi web.

sumber: www.hmetro.com.my

Berita Siber

Salah sangka Windows Vista

May 15th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


WINDOWS Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem operasi Microsoft Windows yang mula dipasarkan pada 8 November 2006 dan ia dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007 menonjolkan antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar dikenali sebagai Aero.

WINDOWS Vista adalah versi keenam bagi keluarga sistem operasi Microsoft Windows yang mula dipasarkan pada 8 November 2006 dan ia dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 8 Februari 2007 menonjolkan antaramuka terkini yang cantik dan lutsinar dikenali sebagai Aero.

Walaupun baru berusia dua tahun berbanding sistem operasi sebelum ini, Vista menerima banyak kritikan sehingga menimbulkan kontroversi mengenai keberkesanan sistem terbabit di pasaran.
Namun, ia dinafikan Pengarah Kumpulan Perniagaan Pelanggan, Organisasi Perniagaan Pemasaran, Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd, KT Ng yang menggambarkannya sebagai cabaran kepada semua produk baru di pasaran.

Menurut KT Ng, selepas lebih dua tahun di pasaran, Vista menunjukkan peningkatan dari segi jualannya apabila pengguna mula menerima sistem operasi terbabit sebaik memahami keperluannya secara menyeluruh.

“Memang diakui ketika peringkat permulaan sistem operasi Vista diperkenalkan di pasaran, ramai yang menganggap ia menyusahkan dan tidak stabil namun selepas beberapa tahun menemui pengguna, pandangan negatif itu terus lenyap,” ujar Ng.

Mengulas mengenai penggunaan Vista yang dikatakan terlalu ‘berat’ untuk ditampung perkakasan perkomputeran, Ng memaklumkan pendapat itu hanya didorong salah faham mengenai spesifikasi sistem operasi diperlukan.

“Microsoft Vista memiliki enam versi yang berlainan mengikut keupayaan komputer masing-masing, kalau pengguna memasang versi Ultimate pada komputer berkeupayaan memori satu gigabait, pastinya ia tidak mencukupi,” jelas Ng.

Katanya, Microsoft menyediakan enam versi berbeza bagi menampung keperluan perkakasan pengguna seperti ‘Starter’, ‘Home Basic’, ‘Home Premium’, ‘Enterprise’, ‘Business’ dan ‘Ultimate’.

“Kesemua versi terbabit berfungsi secara berlainan. Mungkin ia menjadi salah faham apabila pengguna tidak diberi pemahaman jelas mengenai ciri setiap versi itu sehingga menimbulkan keraguan terhadap keupayaan Vista,” katanya.

Ng berkata, walaupun pandangan negatif mengenai Windows Vista masih menular di kalangan pengguna, statistik yang ditonjolkan menunjukkan sebaliknya dengan penerimaan terhadap sistem operasi terbabit tidak pernah pudar.

“Mengikut kajian Itpsos Insight pada Disember 2007, lebih 71 peratus pengguna berpendapat Windows Vista lebih baik berbanding sistem operasi diguna pakai mereka sebelum ini.

“Selepas enam bulan pula iaitu pada Mei 2008, kajian dalaman mendapati 84 peratus pengguna yang memasang Windows Vista di tempat kerja atau rumah bersetuju untuk mencadangkannya kepada rakan lain,” jelas Ng.

Katanya, Windows Vista mempunyai sistem keselamatan lebih baik berbanding XP dengan beberapa ciri diperbaharui menawarkan perlindungan yang tidak akan didapati pada produk lain.

“Ia termasuk kawalan akaun pengguna dan sistem pemacu enkripsi ‘BitLocker’ yang melindungi data walaupun pengguna kehilangan PC memandangkan pengguna kini lebih mudah alih dengan beberapa peranti,” katanya.

Jelasnya, ia melegakan pengguna yang risau mengenai kehilangan data akibat kecurian terutama membabitkan maklumat tiada nilainya dalam sistem simpanan PC.

“Kajian kami juga mendapati Windows Vista mengurangkan kelemahan dari segi keselamatan sebanyak 20 peratus jika dibezakan dengan XP SP2 manakala ancaman ‘malware’ mampu dikurangkan 56 peratus,” kata Ng.

Katanya, Windows Vista juga mempunyai kelebihan dari segi sistem mudah alih apabila ia mampu disepadukan dengan perkakasan berkaitab yang meningkat naik kebelakangan ini.

“Di samping itu, Windows Vista berjaya membuktikan keberkesanan dari sudut produktiviti apabila mampu mencari maklumat lebih pantas jika diperlukan dengan antaramuka mudah,” tegasnya.

Bukti dikeluarkan penyelidik terkemuka iaitu IDC mendapati Windows Vista mengurangkan masa mencari maklumat kepada 42 peratus selain mengurangkan 16 peratus carian tidak berjaya berbanding XP SP2.

“Jadi, ke mana hala tuju Windows Vista selepas dilahirkan dua tahun yang lalu? Memang tidak dinafikan masyarakat terlalu terdedah kepada Windows XP kerana ia bertapak lebih enam tahun sejak 2001.

“Banyak aplikasi dibangunkan berdasarkan sistem operasi terbabit dan ramai juga yang bermain permainan komputer menggunakan perisian sama menyebabkan kesukarana menerima produk baru,” katanya.

Beliau berkata, Microsoft menyedari pengaruh XP yang tegar di kalangan pengguna namun berusaha memberi kefahaman dari semasa ke semasa bagi mempromosikan Vista kepada mereka.

“Kalau dilihat di iklan atau pergilah ke gedung komputer Low Yatt, pengguna akan mendapati kebanyakan peranti menggunakan sistem operasi Windows Vista kerana ia adalah evolusi baru,” ujar beliau.

Katanya, masalah aplikasi yang tidak dapat digunakan melalui platform Vista akan ditangani secara komperensif dengan kerjasama rakan kongsi bagi membolehkannya diselesaikan.

Mengulas mengenai kesediaan perkakasan PC yang mampu disesuaikan dengan Vista, Ng berkata ia bukan masalah besar kerana kebanyakan peranti dijual di kedai bukan lagi memiliki memori rendah.

“Ekosistem perkomputeran merubah segala-galanya membolehkan Windows Vista dipakai tanpa ragu,” jelasnya.

Beliau turut membayangkan Microsoft kini bersedia untuk membawa Windows Vista dengan Pek Servis Ke-2 dalam tempoh suku kedua tahun ini.

sumber: www.hmetro.com.my

Windows Vista

Jangan Jadi Mangsa Perogol Siber

May 14th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


IA bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah selesai.
Membincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.
Malah, ia menjadi medan baru untuk perogol yang mencari mangsanya dengan modus operandi lebih tersusun dan kurang berisiko.

IA bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah selesai.

Membincangkan soal Internet, pengguna akan lebih menghubungkannya dengan jenayah penipuan atau gejala sosial lain.
Malah, ia menjadi medan baru untuk perogol yang mencari mangsanya dengan modus operandi lebih tersusun dan kurang berisiko.

Perogol bukan lagi melepak di tepi jalan dan menunggu mangsa untuk diratah namun bertukar menjadi jenayah tersusun apabila mereka mengkaji sifat mangsanya terlebih dulu sebelum bertindak.

Perbuatan itu lebih senang dilakukan jika perogol berkomunikasi secara maya tanpa perlu mendedahkan identiti terutama wajahnya terlebih dulu memandangkan proses hubungan itu memerlukannya mencungkil seberapa banyak maklumat sebelum menjerat mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa.

Gejala ini masih berleluasa walaupun ia tidak membabitkan statistik besar, namun perkembangan Internet yang berleluasa sedikit sebanyak memberikan perogol idea baru mencari mangsa mereka.

Internet menjadi sebahagian hidup terutama golongan muda kini. Menghalang mereka menggunakan Internet seolah-olah melumpuhkan separuh hayat mereka.

Janis Wolak dari Universiti New Hampshire memaklumkan kajian ke atas jenayah seks mendapati perogol menggunakan Internet yang mensasarkan kanak-kanak atau remaja sebagai mangsa mereka.

“Kebanyakan lelaki dewasa menggunakan Internet untuk mengganggu kanak-kanak atau remaja sehingga mengajak mereka melakukan hubungan seks. Ia berlaku sejak zaman Internet mula diperkenalkan lagi,” katanya.

Katanya, perogol siber menggunakan pelbagai perkakasan komunikasi dalam Internet seperti mesej ringkas, e-mel atau laman sembang untuk berjumpa dan memulakan hubungan intim dengan mangsa.

“Malah, terdapat kajian menunjukkan lima peratus pesalah berlakon sebagai budak remaja apabila mereka mahu berjumpa bakal mangsa secara online,” kata Wolak.

Jelas, ini membuktikan tidak semua maklumat yang diperoleh di Internet boleh dipercayai.

Malah, dalam kebanyakan kes ia meletakkan risiko serta bahaya terutama kepada kanak-kanak yang masih belum dapat membezakan antara palsu dan kebenaran.

Berdasarkan kes dilaporkan polis, ternyata Internet boleh menjadi perantara yang cukup mudah untuk penipu mahupun perogol melakukan jenayah.

Jika wanita dewasa yang dikira cukup matang untuk membezakan antara palsu dan benar juga boleh tertipu, apatah lagi kanak-kanak.

Beberapa perkara utama yang perlu ditekankan ibu bapa kepada anak ialah tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang asing atas alasan apa sekalipun.

Maklumat ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, nama sekolah atau alamat e-mel serta nama orang lain termasuk ahli keluarga.

KES 1

KIRA-KIRA empat tahun lalu di Petaling Jaya, seorang pelajar menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia yang dikenalinya ketika melayari ruang sembang di Internet.

Lelaki terbabit berjaya memujuknya keluar sebelum menawarkan minuman kepada mangsa dan membawanya ke bilik ketika berada dalam keadaan khayal akibat pemberian dadah.

KES 2

DI Detroit, Amerika Syarikat, seorang doktor kanak-kanak menghadapi tuduhan menggunakan Internet untuk mengadakan hubungan seksual dengan seorang anggota polis wanita yang menyamar sebagai gadis berusia 14 tahun.

Hrishikesh Dingankar, 28, yang sudah berkahwin, mengenalkan dirinya sebagai doktor yang mahu bertemu kanak-kanak terbabit untuk mengadakan hubungan sejenis.

KES 3

SEORANG pemuda menggunakan lawan web mencari kenalan di Internet sebagai jerat untuk menggoda dan memikat gadis sekolah sebelum dipujuk melarikan diri dari rumah.

Dalam kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur pada tahun lalu, pemuda berusia 24 tahun itu didakwa menawan hati seorang murid perempuan berusia 12 tahun selepas berkenalan beberapa minggu melalui Internet.

Mangsa yang masih mentah berhubung soal cinta turut melarikan diri bersama suspek sebelum ditemui semula. Penjenayah terbabit turut ditahan.

KES 4

DI Singapura, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun didapati hamil hasil hubungan seks dengan teman lelaki yang dikenalinya melalui laman sembang di Internet.

Lelaki berkenaan, seorang penganggur, enggan bertanggung jawab dan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.

Beberapa bulan kemudian dia ditahan kerana mengugut seorang kanak-kanak perempuan lain untuk menyebarkan gambar separuh bogelnya.

Sebelum itu, lelaki durjana berkenaan meminta kanak-kanak terbabit menghantar gambar separuh bogelnya melalui telefon bimbitnya.

KES 5

SEORANG pelajar didakwa merogol seorang remaja berumur berusia 14 tahun yang dikenali melalui Internet meskipun mangsa mengaku rela diperlakukan begitu kerana mencintai tertuduh.

Pelajar 19 tahun dari Abu Dhabi itu mengenali remaja perempuan dari Dubai itu dan jatuh cinta sebelum melakukan seks di kawasan padang pasir.

Mereka ditahan polis peronda yang terserempak dengan mereka.

“Saya mencintai dan rela melakukan seks dengannya. Kami keluar selepas ibu bapa saya tidur,” remaja perempuan itu dipetik agensi berita sebagai berkata.

Beberapa langkah perlu diambil bagi membendung gejala ini walaupun ia tidak berada di peringkat yang serius memandangkan keupayaan berkomunikasi semakin berkembang luas.

Terdapat beberapa langkah seperti disyorkan laman e-keselamatan yang perlu diberi perhatian termasuk:

1. Anak kecil tidak boleh menggunakan ruang sembang – bahayanya cukup besar. Apabila mereka semakin besar, halakan mereka ke ruang sembang yang diawasi dengan rapi.

2. Jika anak anda menyertai ruang sembang, pastikan anda tahu ruang yang mereka lawati dan dengan siapa mereka berbual. Awasi kawasan bual itu sendiri untuk melihat jenis perbualan yang berlangsung.

3. Arahkan anak anda agar tidak meninggalkan kawasan awam dalam ruang sembang. Kebanyakan ruang sembang menawarkan kawasan peribadi yang mana pengguna boleh berbual antara satu sama lain secara lebih peribadi.

4. Pastikan komputer yang disambung pada Internet diletakkan di ruang kegunaan bersama dalam rumah dan bukan di dalam bilik anak.

5. Jika anak masih kecil, mereka perlu berkongsi alamat e-mel keluarga dan bukannya mempunyai alamat e-mel sendiri. Apabila mereka semakin besar, anda boleh meminta Pembekal Perkhidmatan Internet (ISP) anda untuk menetapkan alamat e-mel berasingan, tetapi e-mel anak anda masih berada dalam akaun anda.

6 Jika semua langkah pencegahan gagal dan anak anda tetap menemui pemangsa dalam talian, jangan salahkan mereka. Penjenayah itu harus bertanggungjawab sepenuhnya. Ambil tindakan tegas untuk menghalang anak anda daripada menghubungi orang itu lagi.

sumber: www.hmetro.com.my

Berita Siber

Slot CNR

May 13th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Slot CNR (connection network riser) digunakan untuk jaringan (network) yang berfungsi pada bus pada 128 bit. Slot ini berwarna coklat dan memiliki ukuran atau saiz yang sedikt lebih panjang dari slot AMR.

Slot CNR

kredit gambar: http://www.atmarkit.co.jp/

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Slot AMR

May 12th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Slot AMR (audio modem riser) hanya digunakan oleh modem dengan sokongan audio yang berfungsi pada bus 128 bit. Slot ini dapat dikenalpasti pada papan induk iaitu berwarna coklat dan saiznya pendek berbanding dengan slot CNR.

Slot AMR

kredit gambar : http://www.dansdata.com

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)