Archive

Archive for June, 2009

Tutorial: Cara Alternatif Buka Pelayar Web

June 24th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Hai Pembaca Rahsia Siber semua,

Emm.Lama juga blog ini tidak di ‘updated’ disebabkan kesibukan yang makin bertambah-tambah sekarang ini. Tambahan pula bos saya  sekarang sedang bercuti di Sepanyol.Jadi, terpaksalah saya ambil alih operasi perniagaan buat sementara waktu.huhu

Mulai post hari ini, saya mahu belajar untuk menulis dengan gaya lebih santai di sini.Harap anda semua dapat memberi maklumbalas yang sewajarnya.Segala kelemahan akan saya baiki sebaik mungkin.Insya Allah.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang cara alternatif untuk membuka pelayar web tanpa membuka  Internet Explorer atau Mozilla Firefox terlebih dahulu. Cara ini mungkin lebih menjimatkan masa anda.

Bagaimana Untuk Melakukannya?

1. Klik pada menu [Start] dan klik [Run]

start

2. Taipkan alamat web yang dikehendaki dan tekan [OK].

run

Nota : 1.Cara ini adalah untuk pengguna Windows XP sahaja.

Sekian untuk tutorial pada kali ini. Selamat mencuba.

Tips Pengguna XP, Tutorial ,

Cara Kemaskan penampilan Start Menu pada XP

June 21st, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Maaf kerana sudah lama saya tidak membuat tutorial untuk tatapan anda semua.Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengemaskan penampilan pada menu  [Start] di sistem operasi Windows XP iaitu dengan cara membuang ‘recently-used programs‘ seperti yang tertera pada rajah dibawah.

start menuRajah sebelum

Untuk makluman anda semua, terdapat dua cara untuk membuang ‘recently-used programs‘ pada menu [start] iaitu:

  1. Anda perlu tukarkan kepada penampilan  menu ‘Classic’. Caranya ialah dengan klik-kanan pada menu [start] dan pergi ke [properties] dan pilih pada pilihan [Classis menu] dan klik [ok].
  2. cara yang kedua ialah klik-kanan pada menu [start] dan tekan [customize] yang bersebelahan dengan butang [start menu].Kemudian anda pergi ke tab [general] yang terdapat di bahagian atas. Selepas itu anda setkan “number of programs on the Start menu” kepada nilai ’0′ dan tekan [ok]..Jika anda mahu kembali kepada asal, cuma perlu setkan semula nilai tadi mengikut keselesaan.

Tutorial ini menggunakan cara yang ke-2. Hasilnya ialah seperti rajah di bawah. Sekarang penampilan menu [Start] pada komputer anda menjadi lebih kemas.Selamat mencuba.

Start menuRajah Selepas

Windows XP

Dari kamera ke Facebook?

June 16th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


C510 Cyber-shot akan menjadikan pengalaman telefon berkamera lebih memikat bagi pengguna seluruh dunia.

Kini lebih ramai pengguna boleh menikmati pengalaman Cyber-shot tanpa meninggalkan kualiti pada harga yang mampu dimiliki.

Sony Ericsson terus memberikan rekaan inovatif dengan bekerjasama dengan rakan terbaik dalam industri bagi memberikan pelanggan menikmati fotografi mudah alih.


SENYUM… dan rakamkan keceriaan anda dengan cybershot C510 dan C905.

C510 Cyber-shot dengan teknologi pengimejan berkualiti dan di dalam satu reka bentuk bergaya telefon mudah alih Sony Ericsson.

Selain itu bagi memudahkan pengguna, C510 Cyber-shot membolehkan mereka menghantar gambar terus ke laman web Facebook yang popular.

Penggemar Facebook boleh mengemas kini laman web masing-masing secara terus menerusi telefon.

Antara muka Facebook pada C510 Cyber-shot memaparkan kertas dinding (wall paper) yang mana pengguna boleh berhubung dengan kawan, kemaskini status serta aktiviti terkini.

Pengguna juga boleh menentukan status kemas kini bergantung kepada permintaan.

Apa yang penting pengguna juga boleh memuat turun gambar yang diambil menggunakan Cyber-shot serta merta dan berkongsi menerusi album Facebook dengan hanya satu klik.

Ciri-ciri C510 Cyber-shot

-Kamera 3.2 megapiksel dengan penutup
-Smile shutter- teknologi pintar untuk mengesan senyuman dan mengambil gambar.
-Face Detection – teknologi memfokus sehingga tiga wajah
-Auto rotation-mengubah pandangan landskap dan potret semasa menggerakkan kamera
-Snapfish -Aplikasi yang diberikan bagi membolehkan pengguna menghantar pesanan pencetakan daripada telefon ke Snapfish dan gambar akan dihantar ke rumah.
-You Tube di mana pengguna boleh memuat naik dan menghantar video dan imej terus ke laman web
-SMS coversation style di mana pengguna boleh melihat sejarah SMS

-Auto fokus untuk merakam gambar terbaik.

Model C905 Cyber-shot merupakan telefon hebat dengan perisian terkini oleh Sony Ericsson yang dilengkapi dengan kamera 8.1 megapiksel.

Rekaan yang dipertingkatkan dengan tambah nilai kepada telefon berkamera sedia ada bagi menjadikannya produk hebat.

Pengguna yang mempunyai C905 Cyber-shot boleh memuat turun aplikasi berkenaan dengan melayari www.sonyericsson.com.

Ciri-ciri yang dipertingkatkan pada C905 Cyber-shot

-Smile Shutter
-You Tube
-SMS/MMS conservation style

C905 Cyber-shot juga boleh didapati dengan warna Tender Rose manakala C510 Cyber-shot dengan warna Future Black dan Radiation Silver.

– KHAIRUNNISA SULAIMAN

sumber : utusan online

Berita Siber

Virus menyerang telefon bimbit

June 15th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


SATU ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki.

SATU ketika dulu jika memiliki sebuah telefon bimbit sudah dianggap gah walaupun ia bersaiz besar dan berat kerana peranti berkenaan mahal untuk dimiliki.

Apabila teknologi semakin berkembang, telefon bimbit membanjiri pasaran umpama cendawan yang tumbuh melata, malah ia ditampilkan dengan pelbagai bentuk, aplikasi, saiz, berat dan warna yang bersesuaian dengan kemajuan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pastinya ramai yang tersenyum dengan perubahan alat telekomunikasi hari ini yang dipelopori organisasi terkemuka dalam perindustrian seperti Sony Ericsson yang bermula pada 2001 apabila mengeluarkan telefon pintarnya yang pertama melalui siri P, jenama Nokia menerusi siri N, diikuti pelbagai jenama lain lagi termasuk HTC dan yang terbaru iPhone.
Ledakan teknologi memberi kesan positif kepada masyarakat kerana perkembangan itu bertindak sebagai pemacu ke arah kemunculan teknologi telefon bimbit yang semakin memenuhi pasaran negara, namun senario berkenaan turut dikaitkan dengan kehadiran virus dan penggodam atau penceroboh komputer.

Ia wujud dengan sifatnya yang menyerang ribuan komputer menerusi penyebaran pelbagai jenis virus yang mampu mendatangkan kerosakan kepada sistem pemproses komputer.

Kini telefon pintar menjadi tarikan penggodam yang sama ada sengaja menyebarkan virus atau cuba mencuri maklumat di telefon dan mensasarkan ruang telekomunikasi untuk menyebarkan kerosakan dari satu telefon ke satu yang lain.

Virus pertama yang dikesan dikenali sebagai SymbOS Cabir dari Czech Republic dan Slovakia pada 2004.

Cabir dihantar ke syarikat perisian keselamatan Kaspersky Lab di Rusia dan dianggap sebagai ‘bukti’ bahawa virus boleh ditulis dan disebarkan menerusi telefon bimbit.

Ia dibina untuk telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Symbian Series 60 dan bertindak menerusi Bluetooth (dalam lingkungan 30 meter) dengan menghantar dirinya sendiri yang menyamar sebagai fail keselamatan.

Selepas penerima memasang fail terbabit, perkataan ‘Caribe’ akan terpamer di telefon bimbit.

Sekiranya telefon yang dijangkiti itu aktif, Cabir akan melancarkan dirinya sendiri dan mengimbas frekuensi untuk menghantar dirinya ke telefon bimbit yang lain. Proses imbasan ini yang melemahkan tenaga bateri telefon yang dijangkiti.

Selain Bluetooth, telefon bimbit turut dijangkiti menerusi inframerah, penukaran kad memori, SMS, MMS, GPRS dan pindah turun menerusi ‘over-the-air-programming’ (OTA) iaitu cara terbaru memindah turun perisian ke telefon bimbit.

Hampir 400 virus telefon bimbit dikesan dan dijangkakan meningkat dengan kedatangan teknologi telefon pintar.

Masyarakat hari ini berlumba-lumba ingin memiliki telefon pintar kerana dibekalkan dengan pelbagai alternatif untuk berhubung seperti WiFi, Bluetooth, port USB, CD/DVD dan slot memori kad ‘flash’ bagi memudahkan pemindahan data yang pelbagai.

Pengarah Teknikal Kaspersky Lab APAC, Nathan Wang, berkata pengguna harus berhati-hati jika ingin muat turun atau naik pelbagai data seperti klip video, gambar dan nada dering kerana cara penyebaran dan jangkitan virus ini adalah sama seperti melalui komputer.

“Pada 2005, virus pertama yang menyerang menerusi Mobile Messaging System (MMS) dikenali sebagai CommWarrior menerusi aplikasi Symbian Series 60. Podloso pula dikesan sebagai virus pertama yang menyerang iPod pada 2007.

“Statistik 2007 menunjukkan virus telefon bimbit berkembang pantas hingga 110,000 telefon bimbit dijangkiti virus. Manakala trojan Viver menjangkiti hampir 500 telefon bimbit dalam sehari.

“Berdasarkan penyedia perkhidmatan Vimpelcom, Kaspersky Mobile Security berjaya menghentikan hampir 1000 MMS yang dijangkiti dalam sehari,” katanya.

Menurut Nathan, pengguna mempunyai banyak maklumat peribadi di dalam telefon berbanding e-mel maka tidak menghairankan jika penularan virus merebak lebih banyak di kalangan pengguna telefon bimbit berteknologi pintar yang mempunyai aplikasi terbaru menyerupai komputer peribadi.

“Pengguna telefon bimbit suka menyimpan pelbagai data penting menerusi Short Messaging System (SMS) atau MMS seperti maklumat akaun bank dan butiran peribadi kerana mudah untuk dirujuk jika terlupa.

“Ia menjadi tarikan penggodam untuk memasuki telefon pengguna seterusnya menggunakan data terbabit untuk kepentingan sendiri.

“Laporan daripada media turut mempengaruhi pemikiran pengguna yang beranggapan virus hanya menyerang komputer dan tiada penekanan mengenai kecurian data telefon bimbit.

“Berita mengenai serangan virus di telefon bimbit agak kurang diperkatakan. Justeru, ia perlu ditekankan agar pengguna sentiasa berhati-hati dengan serangan virus yang tiada kesudahan,” katanya.

Atas dasar ini Kaspersky memperkenalkan Kaspersky Mobile Security 8.0 (KMS) sebagai langkah keselamatan bagi semua telefon bimbit yang bertindak melindungi ancaman virus yang mampu mencuri dan memadam maklumat, menyalin senarai nombor telefon, membeku serta memusnahkan fungsi telefon.

Program yang mesra pengguna ini menawarkan perlindungan masa nyata bagi melindungi telefon bimbit daripada semua sumber iaitu MMS, SMS, Bluetooth, kad memori flash, data sync dan Wi-Fi.

Seperti mana jangkitan di komputer, pengguna diberi pilihan untuk membiarkan, kuarantin atau membuang fail yang dijangkiti.

Kad memori dan memori dalaman akan diimbas untuk dilindungi daripada sebarang virus.

Sementara untuk menghentikan spam, pengguna perlu menentukan sumber yang diperoleh sama ada mahu menerimanya atau tidak.

Sekiranya pengguna pernah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali atau mendapat spam, bolehlah menempatkan nombor terbabit di kalangan senarai hitam.

Menurut Nathan, selain bertindak sebagai antivirus Kaspersky merupakan satu-satunya perisian keselamatan yang turut menawarkan perlindungan antikecurian.

Sama ada telefon bimbit hilang secara tidak sengaja atau ia dicuri, pastinya pemilik telefon berhadapan dengan risiko kerana maklumatnya kini terdedah.

“Tiga pertahanan untuk antikecurian telefon membabitkan SMS Block, SMS Clean dan Subscriber Identity Module Watch (SIM Watch).

“Sekiranya telefon didapati hilang, pemilik telefon boleh menghantar SMS tersembunyi yang memberi arahan kepada telefonnya untuk menghalang data daripada diakses ataupun terus menyingkirkan data daripada memori dalaman dan kad memori,” katanya.

SIM Watch berperanan dengan menghantar isyarat ke nombor telefon baru apabila pencuri menukarkan kad sim asal dengan yang baru di telefon bimbit yang dicuri. Secara automatik, telefon terbabit akan menghantar nombor telefon baru kepada pemiliknya tanpa pengetahuan si pencuri.

SMS Find pula membolehkan pemilik asal mengesan lokasi telefon bimbitnya melalui SMS yang diterima yang menggunakan aplikasi Global Positioning System (GPS).

Selepas menghantar SMS ke telefon bimbit yang hilang, pemilik akan disambungkan ke peta Google dengan koordinat yang tepat.

Menarik dan berbaloi dengan adanya antikecurian yang disediakan dalam KMS.

Ini bermakna pengguna dan pencuri akan saling berhati-hati sama ada untuk menjaga telefon bimbit atau jika berniat mencuri telefon bimbit kerana pastinya berhadapan dengan hukuman dan undang-undang.

KMS sememangnya direka memenuhi platform telefon bimbit dan secara praktikalnya amat sesuai untuk kedua-dua jenis sistem pemproses, Symbian dan Windows Mobile. Interaksinya amat mudah untuk digunakan, tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar, malahan tidak mengganggu bateri telefon bimbit.

Sama seperti mengendalikan jadual mengimbas virus di komputer, pengguna mudah mengendalikan jadual imbasan mengikut masanya sendiri ataupun secara automatik.

Imbasan ini meliputi semua objek, direktori, sektor dan keseluruhan cakera dan mempunyai pilihan untuk membuang atau kuarantin virus terbabit.

Manakala, hasil tindakan dan imbasan akan disimpan dan dilaporkan dalam log aktiviti.

Pengguna juga digalakkan untuk mengemaskini pangkalan data antivirus termasuk menerusi penyelarasan dengan komputer bagi membolehkan ia mengemaskini program dan bertindak ke atas virus dengan berkesan.

Komponen terbaru seperti ‘parental control’ membolehkan ibu bapa mengehadkan mesej terima dan hantar di telefon bimbit anak-anak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Ibu bapa juga boleh menggunakan SMS Find untuk mengetahui lokasi anak mereka.

Kita tidak mampu mempertikaikan kebolehan antispam yang dibekalkan menerusi KMS 8.0 ini.

Sistem saringan spam mampu menghalang mesej dan panggilan telefon yang tidak dikenal pasti, malah menyelamatkan pengguna daripada penipuan iklan.

Versi ini membolehkan pengguna membuat penyaringan panggilan dan mesej menerusi mod senarai putih (menerima panggilan dan mesej daripada nombor sedia ada) dan senarai hitam (menerima panggilan dan mesej daripada nombor yang tiada dalam senarai putih).

Fungsi firewall turut dikemas kini antara langkah keselamatan untuk mengelakkan serangan penggodam dan cecacing mobil yang merebak menerusi penyambungan Bluetooth dan Wi-Fi.

Lambakan telefon bimbit pintar bakal menjadi perhatian pengguna hari ini namun kawalan keselamatan dalam telefon yang harus diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kecurian dan kerugian. Tidak salah jika kita berhati-hati sekarang daripada menyesal di kemudian hari.

sumber : hmetro.com.my

Berita Siber

Hadiah untuk pengguna Kingston

June 8th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Kingston Technology Company Inc. memberi peluang kepada peminatnya terutama pelajar untuk menyertai pertandingan ‘VERIFY & Win’ bermula 23 Mei dan berakhir pada 21 Jun 2009.

Pengguna Kingston hanya perlu melayari laman Kingston dengan memasukkan kod pengesahan pembelian barangan memori Kingston tanpa sebarang borang penyertaan mahupun slogan.

Pelbagai hadiah lumayan seperti kit HyperX DDR2, Kingston DataTraveler Terra Cotta dan Nintendo DS Lite ditawarkan. Layari www.kingston.com/asia/verify sekarang.

sumber : hmetro.com.my

Umum

Microsoft labur RM3 bilion bangunkan teknologi

June 7th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Microsoft Malaysia mengumumkan pelaburan RM3.045 bilion dalam bentuk inisiatif Microsoft DreamSpark bagi membangunkan teknologi dan menjana inovasi di kalangan 8,700 pelajar sekolah menengah di negara ini.

Pelaburan DreamSpark RM3.045 bilion diikuti daripada komitmen Microsoft Malaysia bernilai RM500 ribu untuk program BizSpark bagi memulakan syarikat baru dan usahawan tekno.

Pengarah Urusannya, Yasmin Mahmood berkata, inisiatif DreamSpark yang baru dilancarkan itu merupakan sebahagian daripada usahasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (MoHE).

Inisiatif DreamSpark akan menyediakan pelajar dengan akses percuma kepada pembangun pencipta perisian Microsoft seperti Visual Studio Pro, Expression, XNA Game Studio 2.0, SQL Server Development Edition dan pelbagai produk dan peralatan perisian daripada portfolio.

“DreamSpark merupakan sebahagian komitmen Microsoft bagi membangunkan modal insan di kalangan pelajar di negara ini.

“Kami yakin pelajar berkenaan akan mendapat faedah daripada program ini yang bakal membantu memberikan kesedaran mengenai potensi dalam kedua-dua akademik dan karier masa depan,” katanya pada majlis pelancaran program Microsoft DreamSpark dan penyampaian hadiah Imagine Cup, baru-baru ini.

Majlis berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Profesor Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Saifuddin berkata, aset paling besar adalah modal insan dan pembangunannya akan mengubah negara daripada berasaskan ekonomi kepada negara yang dibina atas inovasi berterusan.

“Kami telah membina hubungan yang rapat dengan Microsoft bagi memberikan cahaya teknologi inovasi di kalangan pelajar dengan menyediakan peralatan diperlukan bagi mempamerkan hasil inovasi mereka,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 26 kumpulan daripada 13 universiti mempamerkan penyelesaian kemenangan mereka bagi pertandingan akhir Imagine Cup Malaysia.

Bertemakan ‘Imagine a world where technology helps solve the thoughest problem facing us today‘, pelajar mencipta sesuatu bagi menyelesaikan masalah sosial yang dibincangkan oleh United Nations Millennium Development Goal meliputi kemiskinan tegar sehingga kepada penyebaran HIV/AIDS.

Pemenang Malaysian Imagine Cup, Kumpulan Capricorn dari Universiti Sains Malaysia akan berentap ke Worldwide Finals di Kaherah, Mesir bermula 3 hingga 7 Julai 2009.

Kumpulan Capricorn akan mempamerkan ciptaannya ‘GreenEve2Peace’ kepada penonton di Kaherah.

Ia merupakan penyelesaian perisian yang membantu petani meningkatkan hasil pertanian dengan kos yang minimum.

Hadiah bagi Imagine Cup 2009 berjumlah RM630,000 bagi sembilan kategori iaitu Reka bentuk Perisian, Pembangunan Terpendam, Pembangunan Permainan, Robotik dan Algoritma, Cabaran IT, MashUp, Fotografi, Filem Pendek dan Rekaan.

sumber : www.utusan.com.my

Berita Siber