Archive

Archive for October, 2009

Prestasi unggul untuk perniagaan

October 9th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN

nazrul.sharuddin@utusan.com.my

Kehadiran model ini disasarkan kepada golongan peniaga.


PENGELUAR produk teknologi terkenal, Dell baru-baru ini telah memperluaskan siri pengkomputeran Vostro menerusi pengenalan model Vostro 1220. Dengan rekaan bergaya, nipis dan ringan, ia dibangunkan secara eksklusif untuk golongan peniaga kecil yang mahukan tawaran ketahanan bateri serta sekuriti tanpa kompromi.

Didatangkan bersama skrin seluas 12.1 inci, model berkenaan dipacu menggunakan pemproses Intel Core 2 Duo dengan ketahanan bateri selama sembilan jam sesuai untuk kegunaan peniaga yang sering mengembara.

Menurut Pengurus Besar Perniagaan Kecil dan Sederhana Dell Asia Selatan, Khoo Teng Guan model tersebut diperkenalkan berdasarkan permintaan daripada pengguna.

“Pengguna hari ini mahukan komputer riba dengan prestasi terbaik, berkuasa, sistem sekuriti yang terjamin serta tahan lama bagi memenuhi keperluan pengkomputeran mobiliti mereka,” katanya.

Dari segi produktiviti, model berkenaan dilengkapi dengan penyelesaian perisian persidangan video lengkap seperti laman bual Dell, integrasi kamera web dan juga mikrofon.

Bagi fungsi sekuriti pula, ia didatangkan bersama bacaan cap jari serta perisian sistem isyarat lambaian.

Dari segi kemudahan akses kepada Internet, model ini dilengkapi dengan capaian wayarles 802.11 atau pilihan penyelesaian jalur lebar binaan luar.

Dell Vostro 1220 kini ditawarkan pada harga pasaran bermula RM2,999. Maklumat dan spesifikasi lengkap boleh diperoleh dari laman web www.dell.com/vostro.

Sumber asal dipetik dari utusan malaysia online

Berita Siber

Lindungi Data Anda dengan Window XP

October 7th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Salam Pembaca RahsiaSiber Semua,

Harini saya ingin berkongsi tentang cara untuk melindungi data komputer kita dari diakses oleh orang yang tidak dikehendaki. Anda mungkin tidak mahu sesuatu maklumat dalam komputer anda diketahui oleh orang lain contohnya ahli keluarga dan sebagainya. Kita sedia maklum, kebanyakan dari kita berkongsi komputer dengan ahli keluarga lain. Jadi untuk mengelakkan org lain mengakses maklumat milik anda, seharusnya anda membina akaun pegguna @ user accounts untuk setiap pengguna terbabit.

Langkah ini bukan sahaja untuk melindungi data peribadi tetapi juga amat penting untuk melindungi data penting dari dipadamkan oleh pengguna yang tidak berapa mahir secara tidak sengaja. Bayangkan jika komputer tersebut anda gunakan untuk bisnes dan semestinya maklumat itu amat penting. Apa perasaan anda jika sekiranya anak anda secara tidak sengaja terpadam maklumat tersebut? haru biru ler jawabnya.:p

oleh sebab itu amat penting anda buatkan akaun pengguna dan kata laluan pada komputer anda. Caranya ialah seperti dibawah:

  1. Klik butangĀ  [Start] dan pilih [Control Pane]. Pastikan anda menggunakan “Classic View” dan klik pada ikon [user account]
  2. Apabila kekotak dialog ” User Account” muncul, klik pada ikon akaun anda dan pilih pilihan yang ditulis dengan “Create a Password”.
  3. Masukkan kata laluan anda sebanyak 2 kali beserta dengan kata pembayang (clue) untuk membantu anda mengingati kata laluan tersebut.
  4. Selepas itu anda klik butang [Back] dan pilih akaun pelawat (Guest). Pastikan akaun “Guest” diaktifkan. Untuk aktikan hanya perlu klik pada butang “Turn on the Guest account”. Selesai.

Window XP anda telah berjaya dilindungi dengan kata laluan. Anda perlu memasukkan kata laluan setiap kali mahu memasuki Window.

Selamat mencuba.

Asas Komputer, Windows XP ,

Cara Bina Folder Baru Dalam Komputer

October 6th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Salam Pembaca RahsiaSiber yang budiman,

Anda apa khabar? HarapĀ  anda sihat sejahtera hendaknya. Beberapa hari yang lepas saya menerima SMS daripada kakak ipar yang bertanyakan cara untuk membuat folder baru dalam komputer. Jadi, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa cara untuk membina folder baru. Kebiasaanya kita membina folder baru bagi memudahkan sebarang fail atau data disimpan dengan teratur. Contohnya, kita mempunyai banyak gambar seperti gambar berkelah kat tepi pantai, gambar keluarga dan sebagainya yang disimpan dalam folder My Pictures. Jadi untuk memudahkan kita mencari gambar tersebut, eloklah jika dibuat folder khusus untuk gambar-gambar tersebut seperti kategori percutian, keluarga dan lain-lain.

Baiklah. Dibawah ini saya kongsikan beberapa cara untuk membina folder yang baru.

  1. Klik kanan pada tetikus dan pilih [New] > [Folder]
  2. Jika anda berada di dalam mana-mana direktori contohnya My Documents dan lain-lain, perhatikan kekotak menu yang berada disebelah kiri. Anda boleh membina folder baru dengan mengklik perkataan Make a new folder.
  3. Cara lain ialah dengan mengklik menu File yang terdapat pada Toolbar. klik [File] > [New] dan pilih [Folder]

Sekarang anda telah pun berjaya membina folder yang baru. Saya berharap kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan.

Selamat mencuba.

Asas Komputer, Tutorial ,

Risiko internet

October 5th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Aktiviti dalam talian tanpa sempadan, kawalan dedah remaja dengan pelbagai risiko

KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan ‘Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian – jawapannya ialah tidak tahu’.

Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko.

Berdasarkan kajian ‘Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia’ mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

“Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan,” katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

“Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

“Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus),” katanya.

‘Ibu bapa perlu ambil tahu ketika anak dalam talian’

BIARPUN dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet.

Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet.

Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak.

Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak.

“Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan.

“Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi,” katanya.

Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat.

Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan.

Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari.

Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:

  • Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
  • 24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
  • 48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.
  • Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa ‘lari imbas’ AV setiap bulan atau kurang.
  • Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.
  • INFO: Kajian NLOR di Malaysia

  • Dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009 Responden
  • 397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
  • 35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun.
  • Kajian NLOR global:

  • Responden: 9,000 dewasa dan remaja
  • 12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
  • 7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.
  • Hasil kajian global:
  • 92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
  • 42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
  • Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
  • 7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM
  • 24 peratus layari laman sosial Twitter.
  • Sumber Berita dipetik daripada www.bharian.com.my

    Pemilik artikel:

    Oleh Mohd Azis Ngah
    azis@bharian.com.my


    Berita Siber