Salam Hormat,
Maaf ye sebab lama tak menjenguk blog ini. Emm, kali ini saya akan kongsikan info berkaitan dengan nama domain atau domain name (sama je cuma yang ni dalam bahasa inggeris.hehe).
Secara mudahnya, nama domain ialah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses (melawat) sesebuah laman web. Sebagai contoh, anda mahu melawat laman web Rahsiasiber.com, maka anda akan menaip www.rahsiasiber.com pada browser yang anda gunakan.

Domain ini terbentuk dari turutan nombor yang kita panggil sebagai IP address. Domain lebih mudah digunakan dan diingati berbanding IP address yang terdiri daripada nombor-nombor yang unik.
Di alam siber, domain di ibaratkan seperti alamat sebuah rumah di mana satu rumah hanya mempunyai alamatnya tersendiri. Dalam erti kata lain, alamat tersebut hanya khas untuk rumah itu je, dan tiada alamat yang sama di tempat lain. Contoh paling mudah ialah alamat rumah anda yang mana alamat itu hanya untuk rumah anda sahaja, bukan untuk rumah orang lain.
Contoh domain name adalah seperti berikut:
www.google.com.my
www.yahoo.com
dan banyak lagi..
Sekian sahaja untuk kali ini. Insyaallah saya akan kongsikan info yang lebih mendalam berkenaan dengan domain name ini pada masa akan datang.
jumpa lagi.
Related terms: Cek Nama Domain, Nama Domain Indonesia
domain ni memang sangat penting sebagai identiti website kita, sebab ia cuma boleh wujud satu je dalam dunia ni. melainkan kalau nak guna extension selain .com