Apa itu Webhosting?

Webhosting Murah

Harini saya ingin menceritakan tentang webhosting. Saya seringkali ditanya, ” webhosting itu apa?”. Bagi mereka yang telah sudah sedia ada gambaran mengenainya, amat mudah untuk saya jelaskan. Tetapi bagi mereka yang agak baru dalam dunia siber, perkara ini amat mengelirukan.

Baiklah, saya akan memberi analogi yang cukup simple supaya anda mudah faham. Katakan kita mahu membina dan memiliki laman web. Kita sebenarnya amat terikat dengan 3 komponen yang akan saya jelaskan di bawah.

  1. Laman Web (Rumah@pejabat@premis perniagaan)
    Secara analoginya, kita boleh menganggap bahawa laman web itu seperti rumah atau pejabat kita. Bagaimana rumah dibina?apa peralatan dan bahan yang digunakan?. Sudah semestinya kita memerlukan contohnya simen, kayu dan yang sewaktu dengannya untuk membina rumah kita. 

    Begitu juga dengan laman web, kita memerlukan peralatan pembangunan laman web yang khusus seperti  Dreamweaver, Frontpage dan lain-lain. Laman web kita itu boleh berbentuk html, php, asp dan sebagainya.

  2. Nama Domain (Alamat rumah)
    Nama domain pula bolehlah di anggap sebagai alamat rumah dan amat penting untuk memastikan pelawat dapat menjumpai dan memasukinya atau dengan kata lain mengakses laman web anda  itu. Nama domain boleh dibeli dari mana-mana penjual domain atau lebih di kenali sebagai “Pendaftar Nama Domain” yang terdapat di internet. Harga domain kebiasaannya bermula serendah RM35 setahun hinggalah RM150 setahun. Sekiranya anda tidak mempunyai nama domain, ibaratnya anda membina rumah tanpa alamat.
  3. Webhosting(Tapak rumah)
    Webhosting pula boleh di anggap tapak/tanah bagi rumah anda. Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah idaman anda. Oleh sebab itu anda memerlukan webhosting sekiranya mahu memiliki sebuah laman web. Webhosting ini sebenarnya merupakan komputer yang mempunyai sambungan ke internet 24 jam sehari. Komputer ini lebih di kenali sebagai Server yang mana ia berangkaian antara satu sama-sama. Kita hanyalah perlu menyewa ruang komputer atau server ini daripada penyedia webhosting yang ada di internet. Contoh webhosting yang bagus ialah NetKl.com. Blog rahsiasiber ini telah mengunakan webhosting dari pihak Netkl.com sejak 3 tahun yang lepas. Webhosting Murah .

Harap anda jelas dengan konsep dan penerangan ringkas berkenaan Webhosting.

  • Laman Web = Rumah / Pejabat
  • Nama Domain = Alamat Rumah / Pejabat
  • Webhosting = Tapak Rumah / Pejabat

p/s – Maklumat berkaitan:

Info tentang nama domain boleh rujuk disini – Nama Domain

Info tentan server boleh rujuk disini – Server

Related terms: Web Hosting Murah Malaysia

Facebook comments:

9 thoughts on “Apa itu Webhosting?

  1. unggu cyber

    salam..info yg jelas tentang webhosting. saya tgh plan nk guna webhosting berbayar . now tgh survey webhosting mana yg terbaik. di netkl, dlm setahun berapa kali admin pernah ada masalah dgn webhosting? just nk tahu. tq for sharing.

  2. Khairul

    @ Ungu Siber
    Wassalam. Terima kasih kerana singgah di blog ini. Pada pendapat saya,server netkl amat stabil dan kurang mengalami masalah downtime. Normal sebenarnya jika sesuatu webhosting itu “down” beberapa kali setahun. Tapi harus diingat,semua hosting tidak dapat memberi jaminan bahawa server mereka 100% stabil. Kadangkala ada masanya untuk upgrade sistem mereka dan pada waktu inilah sesetengah akaun laman web akan mengalami masalah utk beberapa ketika dan keadaan adalah normal. Apa yang penting dalam memilih webhosting yang bagus ialah dgn mengkaji reputasi mereka,pengalaman pelanggan yang sediaada dan khidmat selepas jualan. Secara peribadinya,saya mengunakan lebih dari satu webhosting kerana saya mempunyai banyak lamanweb. Antara webhosting yang saya gunakan ialah netkl,datakl dan lain-lain. Harap jawapan saya membantu Ungu Siber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>