Penipuan Melalui Email

Penipuan Email

Baru-baru ini saya menerima satu email yang kononnya datang dari libertyReserved.com. Dalam email tersebut pihak libertyReserved memaklumkan bahawa akaun telah disekat. Saya tidak mempunyai akaun di libertyreserved.com dan tidak akan terperdaya dengan taktik seperti ini. Lihat screenshot dibawah untuk lebih jelas.

Penipuan Email

Anda mungkin menerima email ini atau email seumpama ini tidak kiralah dari pihak yang kononnya mendakwa mereka dari maybank2u.com ke cimbcliks.com atau sebagainya. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah pihak bank atau pihak yang berautoriti seperti paypal, ebay dan lain-lain TIDAK akan sekali-kali meminta maklumat akaun pelanggan mereka melalui email. Hanya penyangak-penyangak siber sahaja yang melakukan modus operandi seperti ini. Dibawah ini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya miliki untuk manfaat anda semua.

  • Jika anda menerima email dari pihak bank atau pihak-pihak seperti ebay dan sebagainya, anda perlu memeriksa dengan teliti seperti alamat pengirim, cari kesalahan ejaan dan jika terdapat pautan ke sesuatu laman web, anda JANGAN terus klik pautan tersebut. Contoh anda terima email dari maybank2u.com kononnya dan dalam email tersebut meminta anda mengklik pautan yang disediakan. Apa yang anda perlu buat ialah, taip secara manual web maybank2u.com di pelayar web anda bukannya mengklik link yang diberikan. Ini kerana, untuk mengelakkan anda daripada tertipu sekiranya email tersebut adalah palsu.
  • Sekiranya anda mahu memastikan samaada mesej email yang diterima itu benar atau palsu, anda patut melaporkan kepada pihak sebenar (kononnya diwakili mesej tersebut). Dengan berbuat demikian, pihak yang tulen akan menyedari wujudnya penipuan sebegitu dan mereka boleh mengambil tindakan yang sewajarnya di samping mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Sekali lagi, suka untuk saya mengingatkan anda dan diri saya sendiri supaya tidak terpedaya dengan penipuan seperti ini.

Facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>