Definisi Ringkas Server:
Server ialah komputer atau peralatan (device) di dalam sesuatu rangkaian yang menguruskan sumber rangkaian tersebut. Contonhya, file server ialah komputer atau peralatan simpanan (storage device) yang di dedikasikan atau di khususkan sebagai tempat untuk menyimpan fail. Mana-mana pengguna yang berada dalam rangkaian (network) itu dapat mengakses atau mencapai fail di server tersebut. Print server ialah komputer yang menguruskan satu atau lebih pencetak (printer) manakala network server ialah komputer yang menguruskan trafik rangkaian (network traffic) dan Contoh lain, web server menguruskan fail halaman web yang boleh diakses oleh penguna komputer yang lain yang bersambung dengan rangkaian internet.
Contoh rangkaian server
Internet dan Web Server:
Seperti yang di ketahui umum, internet ialah jaringan komputer global yang saling bersambungan di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini yang bersambungan melalui kabel komunikasi dan talian telefon membentuk satu rangkaian komputer yang di namakan internet. Setiap komputer yang saling berangkaian ini boleh mengakses di antara satu sama lain dengan mematuhi syarat-syarat atau kebenaran akses yang tertentu.
Visual Jaringan internet
Hampir secara keseluruhannya, struktur internet adalah berdasarkan model client-server. Terdapat berjuta-juta server yang bersambungan dengan internet di seluruh dunia dan kebiasaannya seseorang pengguna internet memerlukan satu atau lebih interaksi dengan satu atau lebih server.
Gambaran Bagaimana Web Server Berfungsi
Apabila anda melawat sesuatu laman web di internet, anda sebenarnya sedang mengakses sebuah server. Server ini dikenali sebagai web server yang pada dasarnya berfungsi untuk menyediakan kandungan statik (static content) kepada pelayar web (web browser) dengan cara memuatkan (loading) sesebuah fail dari cakera (disk) melalui rangkaian dan menyiapsediakan untuk dipaparkan kepada pelayar web pengguna. Web browser berkomunikasi dengan web server dengan menggunakan perantara HTTP. Anda boleh merujuk kepada laman web wikipedia untuk maklumat lanjut tentang http ini.
contoh web server
bahagian dalaman web server
Contoh mudah untuk memahami web server ialah, apabila anda melawat blog rahsiasiber.com, anda sebenarnya mengakses server di mana blog itu di tempatkan. Apa yang berlaku ialah, pelayar web yang anda gunakan seperti contohnya Mozilla Firefox dan Internet Explorer akan membuat permintaan kepada web server tentang blog rahsiasiber.com. Setelah dijumpai lokasinya, web server akan memaparkan blog rahsiasiber.com kepada pelayar web anda itu tadi.
Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua tentang server dan internet. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.
sumber rujukan : wikipedia, webopedia.
No related posts.



{ 1 trackback }