Cara Bina Folder Baru Dalam Komputer

by admin on October 6, 2009

Salam Pembaca RahsiaSiber yang budiman,

Anda apa khabar? HarapĀ  anda sihat sejahtera hendaknya. Beberapa hari yang lepas saya menerima SMS daripada kakak ipar yang bertanyakan cara untuk membuat folder baru dalam komputer. Jadi, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa cara untuk membina folder baru. Kebiasaanya kita membina folder baru bagi memudahkan sebarang fail atau data disimpan dengan teratur. Contohnya, kita mempunyai banyak gambar seperti gambar berkelah kat tepi pantai, gambar keluarga dan sebagainya yang disimpan dalam folder My Pictures. Jadi untuk memudahkan kita mencari gambar tersebut, eloklah jika dibuat folder khusus untuk gambar-gambar tersebut seperti kategori percutian, keluarga dan lain-lain.

Baiklah. Dibawah ini saya kongsikan beberapa cara untuk membina folder yang baru.

  1. Klik kanan pada tetikus dan pilih [New] > [Folder]
  2. Jika anda berada di dalam mana-mana direktori contohnya My Documents dan lain-lain, perhatikan kekotak menu yang berada disebelah kiri. Anda boleh membina folder baru dengan mengklik perkataan Make a new folder.
  3. Cara lain ialah dengan mengklik menu File yang terdapat pada Toolbar. klik [File] > [New] dan pilih [Folder]

Sekarang anda telah pun berjaya membina folder yang baru. Saya berharap kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan.

Selamat mencuba.

Related posts:

  1. Cakera baru boleh simpan 100,000 lagu
  2. Apa itu Komputer?
  3. Hadkan pencarian maklumat dalam blog sahaja

Facebook comments:

{ 4 comments… read them below or add one }

shahrul October 6, 2009 at 10:17 am

Saya sudah tahu tutorial ini, hehe

admin October 6, 2009 at 10:38 am

shahrul :
Saya sudah tahu tutorial ini, hehe
UN:F [1.6.4_902]

please wait…

Rating: 0.0/5 (0 votes cast)

UN:F [1.6.4_902]

Rating: 0 (from 0 votes)

wahh.tahniah kerana saudara shahrul dah tahu.Semoga ilmu ini di manfaatkan dengan sebaiknya.

khir November 8, 2010 at 10:36 pm

saya ingin tahu cara buat blok bisnes

admin November 8, 2010 at 11:53 pm

Saudara mahu bina blog bisnes yea?
saudara boleh belajar buat blog sendiri dengan melabur sedikit wang untuk membeli panduan buat blog yang diajar melalui video. Klik disini untuk maklumat lanjut.
Harap solusi ini dapat membantu saudara dalam usaha untuk membuat blog bisnes nanti..

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: