Lindungi Data Anda dengan Window XP
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Salam Pembaca RahsiaSiber Semua,
Harini saya ingin berkongsi tentang cara untuk melindungi data komputer kita dari diakses oleh orang yang tidak dikehendaki. Anda mungkin tidak mahu sesuatu maklumat dalam komputer anda diketahui oleh orang lain contohnya ahli keluarga dan sebagainya. Kita sedia maklum, kebanyakan dari kita berkongsi komputer dengan ahli keluarga lain. Jadi untuk mengelakkan org lain mengakses maklumat milik anda, seharusnya anda membina akaun pegguna @ user accounts untuk setiap pengguna terbabit.
Langkah ini bukan sahaja untuk melindungi data peribadi tetapi juga amat penting untuk melindungi data penting dari dipadamkan oleh pengguna yang tidak berapa mahir secara tidak sengaja. Bayangkan jika komputer tersebut anda gunakan untuk bisnes dan semestinya maklumat itu amat penting. Apa perasaan anda jika sekiranya anak anda secara tidak sengaja terpadam maklumat tersebut? haru biru ler jawabnya.:p
oleh sebab itu amat penting anda buatkan akaun pengguna dan kata laluan pada komputer anda. Caranya ialah seperti dibawah:
- Klik butangĀ [Start] dan pilih [Control Pane]. Pastikan anda menggunakan “Classic View” dan klik pada ikon [user account]
- Apabila kekotak dialog ” User Account” muncul, klik pada ikon akaun anda dan pilih pilihan yang ditulis dengan “Create a Password”.
- Masukkan kata laluan anda sebanyak 2 kali beserta dengan kata pembayang (clue) untuk membantu anda mengingati kata laluan tersebut.
- Selepas itu anda klik butang [Back] dan pilih akaun pelawar (Guest). Pastikan akaun “Guest” diaktifkan. Untuk aktikan hanya perlu klik pada butang “Turn on the Guest account”. Selesai.
Window XP anda telah berjaya dilindungi dengan kata laluan. Anda perlu memasukkan kata laluan setiap kali mahu memasuki Window.
Selamat mencuba.
Related posts:
- Lindungi BIOS Komputer Anda Adakah anda menggunakan kata laluan untuk memasuki Windows komputer ataupun...
- Cara Mudah Lindungi Maklumat Sulit Pernahkan anda menghadapi masalah untuk melindungi data daripada diakses oleh...
- Storan 25GB percuma dengan SkyDrive E-mel Artikel JUMLAH maklumat digital meningkat secara mendadak dengan permintaan untuk menyimpan...
- Tips XP – Reboot PC Dengan Lebih Pantas Hai Pembaca Rahsia Siber semua, Nampaknya sudah 2 bulan saya...
- Amalan Keselamatan Terbaik: Melindungi Kata laluan Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


Komen Terkini