Home > Berita Siber, Jenayah Siber > 20 kes tipu Internet

20 kes tipu Internet


Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


MUAR: Polis mengesan hampir 20 kes dengan kerugian dianggarkan RM50,000 menerusi sindiket penipuan melalui Internet dan panggilan telefon yang bergiat aktif di daerah ini sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata taktik digunakan ialah pembelian barangan melalui Internet, dakwaan boleh membantu mendapatkan pinjaman dan menggunakan nama syarikat kiriman ekspres.

Beliau berkata, pihaknya menerima lima laporan membabitkan kerugian RM10,550 selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun bank sebagai bayaran deposit untuk membantu mendapatkan pinjaman.

“Melalui taktik itu mangsa dihubungi individu tertentu yang mendakwa boleh membantu mendapatkan pinjaman wang, dengan syarat mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun tertentu. Malangnya selepas mangsa berbuat demikian, individu itu gagal dihubungi dan wang deposit itu lesap.

“Kita turut menerima 10 laporan membabitkan kerugian kira-kira RM14,000 akibat penipuan membeli barangan melalui Internet yang menyalah gunakan laman web e-Bay,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan telefon bimbit, beg tangan dan aksesori kereta memasukkan wang deposit antara RM400 hingga RM3,800 tetapi gagal mendapatkan barangan dipesan.

Menurutnya, dalam tempoh sama pihaknya menerima tiga laporan mengenai penipuan barangan kiriman melalui syarikat kiriman ekspres membabitkan kerugian kira-kira RM21,000.

“Melalui penipuan menggunakan nama syarikat kiriman ekspres itu, mangsa dihubungi melalui telefon memaklumkan ada barangan dikirim kepada mereka tetapi perlu membayar wang pendahuluan sebagai kos. Namun selepas menjelaskan bayaran itu, barangan dijanjikan tidak dihantar,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohamad Nasir berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 73 tahun selepas dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 18 kes penipuan membabitkan janji mendapatkan barangan rampasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, lelaki itu ditahan di Parit Jawa kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin dan dipercayai turut terbabit dalam kes penipuan sama yang dilaporkan di sekitar Johor Bahru.

Beliau berkata, lelaki itu mengaku anaknya bekerja sebagai pegawai kastam dan mampu mendapatkan pelbagai barang rampasan kastam dengan harga murah.

Mangsa diminta menyerahkan wang deposit antara RM200 hingga RM450 sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama wang berkenaan. Sehubungan itu polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

Dalam kes lain, Mohamad Nasir berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dan merampas kira-kira 6,000 cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dan pelbagai peralatan cetak rompak bernilai kira-kria RM50,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sakeh, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Sumber berita :  harian Metro Online

Oleh JUNITA MAT RASID
am@hmetro.com.my

<br>

Related posts:

  1. Jenis-Jenis Ketagihan Internet Menurut Kajian Center for Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan...
  2. Awas Jerat Cinta Siber!! Semalam saya belek-belek akhbar harian metro bertarikh 23 Mac 2009...
  3. Jangan Jadi Mangsa Perogol Siber IA bukan perkara baru namun ia juga tidak pernah...
  4. Meminimum risiko transaksi perbankan Internet Oleh FIRKHAN ALI BIN HAMID ALI KEMAJUAN teknologi komputer dan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Berita Siber, Jenayah Siber

  1. January 1st, 2010 at 10:00 | #1

    ni ad 1 penipu intenet
    sy telah ditipu oleh mohamd rizal:
    no telefon:0195208121
    no ic:830702025363
    no akaun maybank:164342219927
    keja kt kilang boieng kat bukit kayu itam kedah
    sape2 yg nmpk maklumat diatas
    bjaga2 sbb dy mmg pnipu
    ak kna tipu rm200 sbb nk beli nokia 3120 classic

  1. No trackbacks yet.
This site uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic SEO Table Of Contents 1.6.0.