500 EIO jayakan e-Book
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
KUALA TERENGGANU 26 Mei – Seramai 500 orang pegawai eksekutif maklumat (EIO) akan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negeri bagi melicinkan pelaksanaan program buku elektronik atau e-Book.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, bagi peringkat pertama seramai 135 orang EIO telah dilantik dan ditempatkan di sekolah-sekolah.
Menurutnya, baki seramai 350 orang akan diambil bertugas tidak lama lagi.
”Seramai 18 pegawai teknikal juga akan diambil bertugas untuk melaksanakan program ini.
”Kita melatih pegawai yang khusus untuk mengendalikan e-Book. Sebarang kerosakan atau masalah e-Book boleh dirujuk kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran e-Book di Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu hari ini yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.
Menurut Ahmad Razif, pelaksanaan program e-Book ini berikutan keprihatinan kerajaan negeri dengan keperluan pendidikan semasa.
Katanya, penggunaan e-Book akan mengubah landskap pendidikan di Terengganu dengan memberi lonjakan hebat terhadap penggunaan teknologi maklumat (IT) di kalangan murid sekolah.
”Usaha ini diyakini mampu mencapai impian kita untuk menjadikan Terengganu sebagai ‘Anjung Ilmu’ pada masa hadapan,” katanya.
sumber : www.utusan.com.my
Related posts:
- Storan 25GB percuma dengan SkyDrive E-mel Artikel JUMLAH maklumat digital meningkat secara mendadak dengan permintaan untuk menyimpan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.





Komen Terkini