Jenis-Jenis Ketagihan Internet
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Menurut Kajian Center for Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklafikasikan kepada 5 kategori yang utama iaitu,
- Ketagihan mendapatkan maklumat – Merujuk kepada individu yang menggunkan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
- Ketagihan menggunakan komputer – Ia merujuk kepada individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
- Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet – Ia merujuk kepada individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
- Ketagihan hubungan siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik sembang seperti IRC, ICQ, forum, jaringan sosial seperti friendster, facebook dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.
- Ketagihan seksual-siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta ruangan sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksual secara terbuka.
Simptom-Simptom BagiĀ Mereka Yang Mengalami Ketagihan:
Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:
- Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa kerugian dan kekecewaan sekiranya tidak menggunakannya.
- Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
- Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
- Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.
Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, pakar psikologi, menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit IAD ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak misalnya keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.
* Diadaptasikan dari sumber MPC keluaran Mei 2006.
Related posts:
- Risiko internet Aktiviti dalam talian tanpa sempadan, kawalan dedah remaja dengan...
- 20 kes tipu Internet MUAR: Polis mengesan hampir 20 kes dengan kerugian dianggarkan RM50,000...
- Penerangan Mudah Tentang Server Dan Internet Definisi Ringkas Server: Server ialah komputer atau peralatan (device) di...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


Komen Terkini