Hai Pembaca Rahsia Siber,
Hari ini saya ingin berkongsi berita gembira untuk anda yang setia bersama dengan produk Samsung. Berita apa yang mengembirakan itu? jom kita baca seterusnya.

Samsung Malaysia memberikan anda peluang seumur hidup untuk memenangi percutian impian ke Pulau Jeju di Korea. Bagaimana caranya untuk memenangi percutian tersebut? Senang sahaja. Menerusi Peraduan Double The Deal, anda hanya perlu membeli komputer riba Samsung dengan pemprosesan Intel Core generasi kedua i5 atau i7 bermula 1 julai yang lepas sehingga 15 Ogos 2011.
Anda akan diberikan borang penyertaan ketika membuat pembelian dan perlu menjawab dua soalan yang diberikan serta menghantar borang berkenaan menerusi pos atau online ke portal Samsung. Mudah bukan?
Apa yang anda akan menangi? Ok. Kalau anda hendak tahu, pemenang utama akan menerima hadiah bernilai RM20,000 dan percutian impian ke Pulau Jeju untuk 2 orang! Woww. Bestnya! Manakala untuk 10 orang pemenang seterusnya akan mendapat hadiah kamera NX100 setiap orang.
Ok. Kalau anda mahu memenangi hadiah tersebut, cepat-cepatlah membeli komputer riba Samsung dan menghantar borang penyertaan. Mana la tahu kan anda mungkin pemenang utama peraduan itu.
Maklumat lanjut berhubung peraduan “Double The Deal“, layari www.samsung.com/my/doublethedeal
Jom kongsikan pengalaman dan cerita anda di ruangan komen di bawah.