Home > Aplikasi Percuma, Berita Siber > Storan 25GB percuma dengan SkyDrive E-mel Artikel

Storan 25GB percuma dengan SkyDrive E-mel Artikel


Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


JUMLAH maklumat digital meningkat secara mendadak dengan permintaan untuk menyimpan serta berkongsi pelbagai maklumat seperti muzik, filem, foto dan sebagainya membebankan pengguna yang mempunyai kapasiti storan terhad.

Justeru, Microsoft memperkenalkan penyelesaian dan pengguna boleh menyimpan sehingga 25 gigabait (GB) data secara ‘online’ dengan perlindungan kata laluan menerusi Windows Live.
Ketua Windows Live, Asia Tenggara, Barrie Ooi, berkata aspek penting dalam komunikasi kini memerlukan pelayar Internet mengurus kandungan digital secara terperinci yang diperoleh dari pelbagai sumber apabila mereka berkongsi dengan saudara atau rakan lain.
“Contohnya, apabila kita pulang ke rumah selepas masa pejabat dengan berkeinginan menyambung kerja pejabat, kaedah yang dilakukan ialah menyimpan maklumat terbabit dalam pemacu USB atau e-mel kepada diri sendiri.
“Namun ia boleh memakan diri jika maklumat didapati hilang dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, Microsoft memperkenalkan Windows Live SkyDrive yang dibangunkan berdasarkan teknologi perkomputeran ‘cloud’ bagi menyimpan 25GB maklumat pengguna secara percuma.
“SkyDrive dilindungi sistem keselamatan terbaik yang tidak perlu diragui pengguna,” katanya.
Tambahnya, SkyDrive turut memperkenalkan ciri perkongsian yang mana pengguna boleh berkongsi fail di dalamnya dengan orang lain melalui penetapan kawalan dokumen disediakan.

Sumber artikel : it@Metro

Related posts:

  1. Lindungi Data Anda dengan Window XP Salam Pembaca RahsiaSiber Semua, Harini saya ingin berkongsi tentang cara...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Aplikasi Percuma, Berita Siber

  1. mancai
    February 14th, 2010 at 12:42 | #1

    tapi IE8 masih banyak kekurangan lagi berbanding browser2 lain… IE9 tak silap akan menggantikan IE8 tak lama lagi…

  1. No trackbacks yet.
This site uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic SEO Table Of Contents 1.6.0.