Archive

Archive for the ‘Asas Komputer’ Category

Lindungi Data Anda dengan Window XP

October 7th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Salam Pembaca RahsiaSiber Semua,

Harini saya ingin berkongsi tentang cara untuk melindungi data komputer kita dari diakses oleh orang yang tidak dikehendaki. Anda mungkin tidak mahu sesuatu maklumat dalam komputer anda diketahui oleh orang lain contohnya ahli keluarga dan sebagainya. Kita sedia maklum, kebanyakan dari kita berkongsi komputer dengan ahli keluarga lain. Jadi untuk mengelakkan org lain mengakses maklumat milik anda, seharusnya anda membina akaun pegguna @ user accounts untuk setiap pengguna terbabit.

Langkah ini bukan sahaja untuk melindungi data peribadi tetapi juga amat penting untuk melindungi data penting dari dipadamkan oleh pengguna yang tidak berapa mahir secara tidak sengaja. Bayangkan jika komputer tersebut anda gunakan untuk bisnes dan semestinya maklumat itu amat penting. Apa perasaan anda jika sekiranya anak anda secara tidak sengaja terpadam maklumat tersebut? haru biru ler jawabnya.:p

oleh sebab itu amat penting anda buatkan akaun pengguna dan kata laluan pada komputer anda. Caranya ialah seperti dibawah:

  1. Klik butang  [Start] dan pilih [Control Pane]. Pastikan anda menggunakan “Classic View” dan klik pada ikon [user account]
  2. Apabila kekotak dialog ” User Account” muncul, klik pada ikon akaun anda dan pilih pilihan yang ditulis dengan “Create a Password”.
  3. Masukkan kata laluan anda sebanyak 2 kali beserta dengan kata pembayang (clue) untuk membantu anda mengingati kata laluan tersebut.
  4. Selepas itu anda klik butang [Back] dan pilih akaun pelawar (Guest). Pastikan akaun “Guest” diaktifkan. Untuk aktikan hanya perlu klik pada butang “Turn on the Guest account”. Selesai.

Window XP anda telah berjaya dilindungi dengan kata laluan. Anda perlu memasukkan kata laluan setiap kali mahu memasuki Window.

Selamat mencuba.

Asas Komputer, Windows XP ,

Cara Bina Folder Baru Dalam Komputer

October 6th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Salam Pembaca RahsiaSiber yang budiman,

Anda apa khabar? Harap  anda sihat sejahtera hendaknya. Beberapa hari yang lepas saya menerima SMS daripada kakak ipar yang bertanyakan cara untuk membuat folder baru dalam komputer. Jadi, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa cara untuk membina folder baru. Kebiasaanya kita membina folder baru bagi memudahkan sebarang fail atau data disimpan dengan teratur. Contohnya, kita mempunyai banyak gambar seperti gambar berkelah kat tepi pantai, gambar keluarga dan sebagainya yang disimpan dalam folder My Pictures. Jadi untuk memudahkan kita mencari gambar tersebut, eloklah jika dibuat folder khusus untuk gambar-gambar tersebut seperti kategori percutian, keluarga dan lain-lain.

Baiklah. Dibawah ini saya kongsikan beberapa cara untuk membina folder yang baru.

  1. Klik kanan pada tetikus dan pilih [New] > [Folder]
  2. Jika anda berada di dalam mana-mana direktori contohnya My Documents dan lain-lain, perhatikan kekotak menu yang berada disebelah kiri. Anda boleh membina folder baru dengan mengklik perkataan Make a new folder.
  3. Cara lain ialah dengan mengklik menu File yang terdapat pada Toolbar. klik [File] > [New] dan pilih [Folder]

Sekarang anda telah pun berjaya membina folder yang baru. Saya berharap kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan.

Selamat mencuba.

Asas Komputer, Tutorial ,

Slot CNR

May 13th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Slot CNR (connection network riser) digunakan untuk jaringan (network) yang berfungsi pada bus pada 128 bit. Slot ini berwarna coklat dan memiliki ukuran atau saiz yang sedikt lebih panjang dari slot AMR.

Slot CNR

kredit gambar: http://www.atmarkit.co.jp/

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Slot AMR

May 12th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Slot AMR (audio modem riser) hanya digunakan oleh modem dengan sokongan audio yang berfungsi pada bus 128 bit. Slot ini dapat dikenalpasti pada papan induk iaitu berwarna coklat dan saiznya pendek berbanding dengan slot CNR.

Slot AMR

kredit gambar : http://www.dansdata.com

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Lindungi BIOS Komputer Anda

April 28th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Adakah anda menggunakan kata laluan untuk memasuki Windows komputer ataupun laptop anda? Jika ya, anda sebenarnya bertindak bijak kerana peka dengan keselamatan data yang berada dalam komputer anda. Tahukah anda, komputer yang dilindungi tadi masih mampu diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka-mereka ini akan menggunakan berbagai trik untuk menceroboh sistem. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, elokla anda memasang kata laluan pada BIOS sistem komputer anda supaya tiada siapa pun dapat memanipulasikan ketetapan pada sistem tanpa kebenaran. Pastikan juga anda mengubah ketetapan pada BIOS supaya sistem ‘boot’ pada pemacu keras (harddisk) bukannya pada pemacu Cd-Rom atau sebagainya.

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Apa itu Cache Memory?

April 27th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi cache memory yang kita sering dengar bila bercakap tentang komputer. Apa sebenarnya cache memory itu?Emm.Baiklah, mari kita mulakan pelajaran untuk hari ini tentang cache memory. Sebenarnya, cache memory adalah merupakan tempat simpanan data atau informasi (maklumat) sementara yang kerap digunakan atau diakses oleh sesebuah komputer.Cache memory terletak pada CPU atau bersebelahanya pada chip yang berasingan. CPU menggunakan cache memory untuk menyimpan arahan yang kerap digunakan untuk menjalankan sesebuah program. Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kelajuan sistem secara keseluruhan.

Terdapat 2 bahagian cache memory pada komputer iaitu level 1 dan level 2 yang sering diisitilahkan dengan cache L1 dan L2. Cache L1 terdapat pada CPU secara terbina dalam manakala cache L2 pula terletak dalam cip berasingan dan terletak berdekatan dengan CPU. Sesetengah CPU mempunyai L1 dan L2 secara terbina dalam dan L3 terletak di luarnya. CPU yang mempunyai cache memory terbina dalam lebih pantas berbanding dengan yang berada di luar kerana ia beroperasi seiring dengan kelajuan mikroprosessornya.

Walaubagaimanapun, cache yang berasingan secara kasarnya adalah 2 kali ganda lebih laju sepertimana Random Acces Memory (RAM). Cache memory lebih mahal harganya berbanding dengan RAM tetapi amat berbaloi membeli CPU dan papan induk yang mempunyai cache terbina dalam untuk memaksimunkan keupayaan sistem.

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware) ,

Bahagian Penting Processor

March 1st, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Processor mempunyai tiga bahagian penting iaitu seperti berikut :

Arithmatics Logical Unit (ALU)
ALU Merupakan pusat dari semua kiraan matematik bertujuan menjalankan segala arahan yang perlu dilaksanakan oleh sesebuah sistem PC.

Control Unit (CU)
CU merupakan bahagian yang mengatur semua laluan data dan kiraan yang dilakukan oleh processor. Dengan adanya unit ini, semua kiraan dan pelaksanaan boleh dilakukan mengikut urutan tanpa masalah tindihan antara satu arahan dengan arahan yang lain.

Memori Unit (MU)
MU
merupakan unit sokongan. Semua arahan yang kerap digunakan oleh processor akan disimpan dalam bahagian ini. Dengan adanya memori unit, processor tidak perlu membawa arahan yang sama kebahagian yang lain. Oleh yang demikian, tempoh yang diperlukan bagi menjalankan arahan-arahan penting boleh dipendekkan atau dijimatkan.
Dalam processor yang moden, memori unit sudahpun berada dalam bahagian tersebut (c0re). Secara umumnya, memori ini disebut sebagai cache memory yang diletakkan pada sebuah processor bagi memastikan kelajuan pelaksanaannya adalah baik.

sumber : synergy media

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware) ,

Glosari Tanpa Wayar

February 17th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


802.11g

kad PCI tanpa wayar 802.11g

802.11a
Ethernet tanpa wayar 54Mbps beroperasi dalam jalur 5GHz

802.11b
Ethernet tanpa wayar 11Mbps beroperasi dalam jalur 2.4GHz

802.11e
Tahap kualiti perkhidmatan untuk rangkaian setempat tanpa wayar. Contohnya untuk menyokong VoIP.

802.11g
Kesinambungan kepada 802.11b, menyediakan sehingga 54Mbps pada spektrum 2.4GHz seperti yang digunakan oleh 802.11b

802.11h
Tambahan kepada 802.11a untuk memastikan ia mematuhi tetapan Eropah kepada rangkaian setempat 5GHz

802.11i
Standard untuk keselamatan tanpa wayar dimana Wireless Protected Access adalah salah satu daripadanya.

802.11j
Versi Jepun untuk 802.11h

802.11n
Spesifikasi cadangan untuk kelajuan dua kali ganda 802.11a/g kelengkapan LAN tanpa wayar yang muncul pada 2006

802.15
Standard untuk rangkaian peribadi (personal area network) berasaskan Bluetooth.

802.16
Satu set standard komunikasi tanpa wayar untuk rangkaian kawasan metropolitan berkapasiti tinggi (Mans), atau juga dikenali sebagai WirelessMan dan WIMAX.

802.20
Cadangan untuk Mans tanpa wayar 1MB dalam jarak sehingga 15KM, ia beroperasi pada jalur 3.5GHz dan kebawah

802.1x
Skema pengesahan berasaskan Extensible Authenticaton Protokol.

Titik Capaian – Access Point
Bertindak sebagai titik kepada pelanggan LAN tanpa wayar, biasanya menyokong sehingga 253 pengguna serentak dalam jarak maksimun 100 meter

Bluetooth
Teknologi sambungan atau capaian tanpa wayar dalam jarak yang pendek(10 – 100 meter) bagi menggantikan kabel  di mana ia digunakan untuk telefon bimbit, PDA dan peranti-peranti lain seperti pencetak. Alternatif  kepada inframerah (infrared).

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Apa itu PCI Express?

December 27th, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Kad grafik PCI Express

PCI Express adalah penganti kepada PCI bus (bas selari) dengan aliran bersiri data. Kini PCI Express menghantar data dalam paket menerusi sambungan bersiri. Dengan itu, ia lebih kurang sama dengan Fibre Channel, USB IEEE 1394 dan Ethernet.

PCI Express adalah bas data chip – ke – chip yang membolehkan pemproses mikro berkomunikasi dengan bas-bas luaran seperti USB, atau kad I/O dalaman. Ia menggunakan 1 sehingga 32 laluan data untuk menghantar maklumat. Setiap laluan terdiri daripada 2.5 Gbits/saat penghantar dan dua penerima, setiap satu arah untuk memberikan laluan kepada data antara hos dan peranti.

PCI Express akan menjadi satu-satunya I/O yang akan berkomunikasi dengan chipset asas dan sistem bas lain seperti USB dan IEEE1394 juga akan ditukar kepada PCI Express. Ia juga mengantikan Advanced Graphic Port, yang digunakan bersama kad grafik.

Asas Komputer, Perkakasan (Hardware)

Apa itu Komputer?

December 22nd, 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Definisi Komputer

Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat.
Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.

Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer

Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer (PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis sempadannya.

Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :

kaedah kerja komputer

Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :

1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3. Brainware (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.
- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer, manusia dan program.

Penggolongan Komputer

Berdasarkan data yang diolah :

  1. Komputer Analog
    - Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
    - Data berbentuk fizik
    - Output dalam bentuk penyusunan atau pengawalan
  2. Komputer Digital
    - Jenis penggunaan adalah secara berterusan (continue)
    - Data dalam bentuk nombor dan huruf
  3. Komputer Hybrib (Hibrid)
    komputer hibrib merupakan gabungan antara komputer analog dan komputer digital. Kebiasaannya, komputer ini hanya digunakan bagi menyelesaikan masalah-masalah utama kerana ia memiliki kemampuan yang lebih cepat dan tepat.

Berdasarkan Penggunaan :

  1. General Purpose (Umum)
    General purpose bermaksud komputer digunakan secara umum. Sebagai contoh, melaksanakan pengelolaan grafik dan multimedia, pengelolaan database serta pengelolaan program.
  2. Special pupose (khususs/Utama)
    Special purpose bermaksud komputer digunakan secara khusus. Sebagai contoh, digunakan untuk server, PC router dan terminal dumb.

Berdasarkan Kemampuan :

Merujuk pada kemampuan kerja, komputer boleh dibezakan melalui beberapa kategori seperti berikut :

  • Mikro komputer
  • Mini komputer
  • Small komputer
  • Medium komputer
  • Large komputer
  • Super komputer

Kemampuan Komputer

Komputer mampu mengolah data dalam tempoh yang pelbagai. Selain dari memiliki kemampuan operasi yang cepat dan tepat, komputer juga memiliki kemampuan memori yang kuat. Kapasiti yang digunakan oleh sistem komputer adalah seperti berikut :

1 byte = 8 bit (binari digit) atau satu ciri
1 kilobyte (KB) = 1,024 byte
1 megabyte (MB) = 1,024 KB atau 1,048,576 bit
1 gigabyte (GB) = 1,024 MB atau 1,048,576 KB atau 1,073,741,842 bit
1 terabyte (TB) = 137,438,953,472 byte atau 1,099,511,627,776 bit

sumber : buku Menguasai Kemahiran Memperbaiki Komputer

Asas Komputer

This site uses a Hackadelic PlugIn, Hackadelic SEO Table Of Contents 1.6.0.