Archive

Archive for the ‘Berita Siber’ Category

Twitter, Facebook bantu pencuri

July 22nd, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


 

LONDON: Rangkaian laman web sosial seperti Twitter dan Facebook kini menjadi alat bantu kepada pencuri untuk mengesan kediaman yang kosong dan berpotensi untuk dipecah masuk.

Berdasarkan kajian, ramai pengguna laman web sosial itu menyiarkan alamat masing-masing bersama perincian lain, termasuk bila dan ke mana mereka akan bercuti.


Melalui kajian 50 bekas pencuri dikendali syarikat insurans More Than, kebanyakan penjenayah meluangkan masa secukupnya menyelidik sasaran mereka sebelum bertindak.


Bekas pencuri yang kini menjadi paderi, Richard Taylor, berkata pada ketika dulu penjenayah memperoleh maklumat daripada posmen atau penjual susu.


“Kini penggunaan Internet secara tidak sedar memberikan maklumat mengenai pergerakan masing-masing, misalnya, bila pergi ke lapangan terbang, penghantaran barangan atau sebagainya.


“Saya selalu yakin bahawa, jika ada 900 rakan hubungkan dengan anda melalui Facebook, anda mungkin hanya ada seorang sahabat dan selebihnya individu anda tidak kenali,” katanya.


Jurucakap More Than, Pete Markey, berkata hasil kajian menunjukkan walaupun penjenayah menggunakan kaedah lama ketika memecah masuk bangunan, mereka tetap mempelajari teknologi terkini.


“Menggunakan Facebook atau Twitter untuk menceritakan percutian anda di Barbados mungkin mengagumkan orang lain, tetapi ia juga memadai untuk pencuri yang mahir teknologi mendapat semua maklumat diperlukan,” katanya.


Kajian More Than menunjukkan, 68 peratus pencuri mengaku mengumpul maklumat mengenai rumah sasaran dan rutin penghuninya sebelum bertindak.


Sebanyak 12 peratus bekas penjenayah pula berkata, mereka sering menggunakan rangkaian laman web sosial untuk membuat penyelidikan. – Agensi

sumber artikel : harian metro

Berita Siber

Berita IT: Mudah.my selamat dengan PayPal

June 7th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


MEMBELI-BELAH secara talian semakin menjadi lumrah di negara ini apabila semakin banyak syarikat yang wujud saling bersaing dalam menawarkan produk di atas platform itu.

Bagi meningkatkan kemudahan bayaran bertaraf antarabangsa, Mudah.my bekerjasama dengan PayPal, penyedia pembayaran atas talian untuk menyediakan aspek keselamatan terbaik kepada pengguna. 

Pengurus Besar Mudah.my, Shylendra AS Nathan, berkata pengiklan, pembeli dan penjual kini boleh menguruskan transaksi dengan lebih selamat dan yakin menerusi PayPal

Pada masa yang sama, mod keselamatan PRO Niaga berjaya meningkatkan pengurusan strategik Mudah.my bagi memberi peluang kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS) dengan ciri-ciri tambahan. 

"Perkhidmatan terbabit membolehkan peniaga ini membina 'storefront' maya dan mengiklankan produk dan perkhidmatan dengan kos yang sederhana. Hampir 20,000 mendaftar storefront Pro Niaga bagi menjamin perniagaan jangka panjang dengan Mudah.my," katanya. 

Kajian comScore1 mendapati, Mudah.my berada di kedudukan tertinggi bagi laman jual beli atas talian tempatan dan menerima hampir 3 juta pengunjung unik setiap bulan. 

Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara, Mario Shiliashki, berkata budaya jual beli atas talian semakin meningkat di Asia dan Mudah.my antara pilihan terbaik pengguna. 

"PayPal menawarkan keselamatan maksimum kepada 81 juta lebih pemegang akaun aktif menerusi ukuran keselamatan termasuk data enkripsi dan pemantauan transaksi 24/7," katanya lagi sambil menambah bahawa akaun pengguna dilindungi daripada berlakunya sebarang pembayaran tidak sah. 

sumber artikel : it@metro online

Berita Siber

Teknologi Tenaga Pintar

May 17th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

 


 

KEUNGGULAN serta ketahanan komputer riba daripada Acer sememangnya tidak pernah dinafikan.

Memiliki reka bentuk yang elegan, tampak mewah serta moden menjadikannya pilihan utama peminat komputer riba di negara ini.

Kini, demi memenuhi kehendak peminatnya, Acer sekali lagi melancarkan komputer riba terbarunya yang lebih nipis dan memiliki jangka hayat bateri yang lebih lama.

Aspire TimelineX 4820TG, memiliki kombinasi prestasi, jangka hayat bateri dan reka bentuk nipis yang unggul mampu memenuhi segala keperluan pengguna masa kini.

Jangka hayat bateri

Jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga 12 jam lamanya memudahkan para penggunanya untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa perlu ‘mengheret’ bersama kabel pengecasnya.

Bagi para pengguna juga sentiasa bergerak, TimelineX direka hanya setebal 24 milimeter (mm) dan hanya seberat 2.2 kilogram (kg) pastinya ia merupakan pilihan yang tepat.

Jangka hayat kuasa baterinya direalisasikan melalui teknologi pintar dikenali sebagai Acer PowerSmart.

Hanya dengan mengaktifkan butang PowerSmart, ia mampu memanjangkan jangka hayat bateri secara automatik dengan mengubahsuai tahap warna dan kecerahan untuk prestasi optimum.

Teknologi tersebut hanya menggunakan kurang daripada 66 peratus tenaga berbanding apa yang diperlukan oleh Energy Star.

Apabila bateri tersebut sudah dicaj penuh, bekalan elektrik akan diputuskan secara automatik sekali gus mengurangkan pembaziran elektrik dan mengurangkan tekanan ke atas bateri.

TimelineX turut disokong oleh unit pemproses baru Intel Core i5 bagi memastikan ia dapat diadaptasi terhadap keperluan pengguna.

Teknologi Intel Turbo Boost yang dipadankan dengan TimelineX pula mampu melenyapkan rasa kecewa pengguna terhadap aplikasi laman maya yang perlahan.

Sumber Berita : Utusan Online

Berita Siber

Komputer Selam

May 16th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


 

Oleh ABD. HALIM HADI
halimhadi@utusan.com.my

 KESELAMATAN ketika berada di dasar laut merupakan antara perkara yang paling ditakuti bagi mereka yang ingin menceburi dunia selam skuba.

Namun inovasi dan perkembangan teknologi peralatan skuba yang semakin canggih telah membuktikan aktiviti itu semakin selamat untuk dilakukan.

Sejak penciptaan pengawal atur (regulator) oleh Jacques Cousteau pada 1942, antara peralatan skuba terpenting yang dihasilkan manusia adalah komputer selam.

Keperluannya adalah seperti memiliki sebuah kompas ketika di dalam hutan malah bagi yang memahami ketelitian undang-undang selam skuba, alat itu boleh diibaratkan sebagai ‘nyawa’ setiap kali turun menyelam.

Kelebihan alat yang dipakai seperti jam tangan itu adalah keupayaannya melakukan pengiraan nyah-mampat (decompression) secara automatik yang menggantikan pengiraan cara manual menggunakan jadual selam.

Status nyah-mampat semasa menyelam dipengaruhi oleh dua faktor iaitu kedalaman dan tempoh selaman. Secara umumnya, semakin dalam seseorang itu menyelam maka semakin singkat waktu selaman.

Kegagalan mematuhi peraturan berkaitan dua faktor itu boleh menyebabkan penyelam mengalami penyakit nyah-mampat (DCS) akibat kandungan nitrogen yang berlebihan di dalam badan.

Keselamatan ketika melakukan selam skuba sebenarnya sangat bergantung kepada pengiraan nyah-mampat seperti yang digariskan mengikut piawaian antarabangsa.

Melalui paparan maklumat yang dikemaskini sepanjang selaman pada skrin komputer selam, penyelam mampu mengawasi dan mematuhi peraturan dengan lebih tepat tanpa risiko kesilapan pengiraan secara manual.

Komputer selam atau dive com melakukan pengiraan dengan memantau tempoh selaman, kedalaman dan kedua-duanya sekali melalui kaedah pengiraan yang dinamik. Ia membantu meningkatkan keupayaan penyelam menyelam dengan lebih selamat, selesa dan lebih lama.

Dengan mengira pergerakan pelbagai peringkat kedalaman, pengiraan efisien secara langsung memaksimumkan masa di dalam air. Dalam kata lain, pengguna komputer selam mempunyai lebih masa menyelam berbanding pengiraan manual.

Ketika melakukan hentian keselamatan (safety stop), ia memberitahu penyelam paras kedalaman dan tempoh masa yang sepatutnya. Jika terlupa atau melebihi paras sepatutnya, alat ini akan mengeluarkan bunyi sebagai peringatan.

Di darat pula, pengiraan automatiknya menyatakan waktu selang di darat (surface interval) sebelum penyelam boleh melakukan selaman seterusnya.

Dengan alat itu juga, penyelam tidak perlu bersusah-payah mencatat kedalaman, tempoh selaman, waktu serta bilangan selaman yang telah dilakukan kerana semua data telah tersimpan di dalamnya.

Selain kelebihan yang dinyatakan di sini, komputer selam juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi penting yang biasanya ada pada jam tangan.

Bagi yang merancang untuk turun ke laut pada musim cuti akan datang fikirkan keselamatan anda ketika menyelam. Komputer selam adalah alat pertama yang harus dimiliki sebelum melabur untuk kelengkapan selam yang lain.

Suunto sebagai pengeluar alat perincian prestasi sukan berketepatan tinggi menawarkan pelbagai pilihan komputer selam yang menjadikannya antara jenama paling popular di negara ini.

Dengan penampilan bergaya kasual seperti jam tangan, D4 adalah model popular dan paling banyak terlilit di tangan penyelam dengan fungsi yang mudah dioperasikan.

Sumber Berita : Utusan Online

Berita Siber

Minggu Digital di Mid Valley

May 12th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


BERMULA semalam hingga hujung minggu ini, pusat beli-belah terkemuka, Mid Valley Megamall menganjurkan promosi Minggu Digital dengan tawaran pelbagai produk IT termasuk telefon bimbit, pembantu digital peribadi (PDA), kamera digital, laptop dan LCD.

Sebanyak 21 gerai mempamerkan pelbagai perkakasan digital dengan jenama terkemuka mengambil bahagian seperti Acer, Asus, HP, Lenovo, Sony, Panasonic, Canon dan Samsung bagi memeriahkan Minggu Digital itu. Pameran terbabit yang turut disertai syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan Celcom bakal dipenuhi pelbagai kategori gajet menarik menanti pengguna.

sumber : hmetro


Berita Siber

Berita IT: SKMM anjur pameran teknologi tempatan

May 11th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka Pameran Makmal Teknologi SKMM di Cyberjaya kepada orang ramai dalam usaha mempamerkan perkakasan komunikasi dan teknologi terkini keluaran tempatan.

Makmal Teknologi SKMM terbabit menunjukkan kehebatan syarikat tempatan Malaysia dalam penyelidikan dan pembangunan serta inovasi mereka.

Orang ramai mampu memperoleh pengalaman menggunakan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan multimedia secara interaktif menerusi demonstrasi langsung, video montaj, perkakasan teknologi dan teknologi maklumat.

Antara teknologi dipamerkan termasuk WiWi MIMOS yang berlandaskan teknologi IPv6 menggunakan komputer iDOLA (komputer mudah alih).

Pameran terbabit akan berlangsung dari 29 April hingga 29 Jun 2010 di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

sumber berita : hmetro

Berita Siber

SSD lebih pantas

April 19th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


INTEL Corporation mengumumkan edisi terkini pemacu storan ‘solid-state’ berkeupayaan tinggi (SSD), Intel X25-V Value SATA SSD yang disasarkan untuk segmen netbook dan PC desktop yang menggunakan dwipemacu storan (SSD/HDD).

SSD 40 gigabait (GB) berharga AS$125 itu boleh menggantikan atau bergerak seiring dengan HDD tapi tanpa sebarang bahagian yang bergerak atau plat berpusing untuk menjadikannya boleh dijadikan sandaran serta berkeupayaan tinggi.
Berasaskan keupayaan tinggi itu, pengguna menjadi lebih produktif kerana tahap responsif pantas ke atas keseluruhan sistem.
Dengan pelarasan dwipemacu, Intel X25-V SSD ini dipasang ke dalam PC sejajar dengan HDD. SSD akan dijadikan sebagai lokasi simpanan sistem operasi dan pelbagai aplikasi utama lain untuk mengambil kesempatan ke atas kepantasannya iaitu hampir empat kali lebih pantas berbanding HDD berkelajuan 7200RPM.
Dengan kapasiti pemacu SSD 40GB yang ditetapkan untuk membuat ‘boot’ sistem PC, SSD terbabit boleh menampung sistem operasi Microsoft Windows 7, aplikasi Microsoft Office atau lain-lain aplikasi termasuk game dengan peningkatan prestasi sistem sehingga 43 peratus lebih pantas dan penambahbaikan pengalaman bermain game sehingga 86 peratus.

sumber : it@metro

Berita Siber

IE8 lebih selamat

January 10th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


BARU-BARU ini, Microsoft Corp mendedahkan Laporan Keselamatan Pintar versi ke-7 (SIRv7) kepada umum yang memperlihatkan ketelusan syarikat peneraju perisian, per khidmatan dan penyelesaian dalam dunia perkomputeran dalam menangani masalah serangan siber.

BARU-BARU ini, Microsoft Corp mendedahkan Laporan Keselamatan Pintar versi ke-7 (SIRv7) kepada umum yang memperlihatkan ketelusan syarikat peneraju perisian, per khidmatan dan penyelesaian dalam dunia perkomputeran dalam menangani masalah serangan siber.

Jangkitan ‘worm’ atau cecacing menjadi ketakutan utama pada tahun ini dengan peningkatan hampir 100 peratus yang direkodkan pada Januari hingga Jun 2009.

Penyangak yang menyamar sebagai pembekal perisian ke selamatan juga dikesan sebagai masalah utama kepada peng guna siber namun hanya 20 peratus pelanggan tertipu sejak enam bulan lalu.

Sungguhpun begitu, cabang Trojans iaitu Zlob yang menjadi ancaman utama sejak dua tahun lalu berjaya dikekang Microsoft menerusi aktiviti agresif melindungi mesin pe langgan.

SIRv7 membekalkan maklumat mendalam dan tepat me ngenai landskap ancaman di seluruh dunia dan buat pertama kalinya Microsoft mendedahkan negara yang memiliki ka edah terbaik menangani jangkitan ‘malware.’

Ketua Keselamatan dan Privasi Asia Pasifik, Jacqueline Peterson-Jarvis, berkata maklumat dikumpul dalam SIRv7 diperoleh daripada pelanggannya di seluruh dunia yang menghasilkan data komprehensif untuk menidakkan an caman siber.

“Peningkatan ancaman berniat jahat seperti worm dikesan sebagai masalah utama hasil kajian kami.

“Cecacing banyak bergantung kepada akses perkongsian fail tidak dilindungi dan pertambahan peranti storan mudah alih yang kebanyakannya wujud dalam suasana enterpris,” ka tanya.

Peterson-Jarvis berkata, dua ahli keluarga worm yang aktif menyerang pengguna ialah ‘confickr’ menjangkiti peranti disambungkan menerusi sistem rangkaian.

“Taterf pula menduduki senarai kedua dengan pertambahan 156 peratus sejak separuh masa kedua pada 2008 yang mensasarkan pemain permainan ‘online.’

“Serangan terbabit bergantung kepada kejuruteraan sosial untuk menular selain akses kepada fail tidak dilindungi dan jumlah storan mudah alih seperti pemacu USB yang kerap digunakan dalam enterpris,” katanya.

Beliau berkata, Jepun, Austria dan Jerman adalah tiga negara yang perlu dicontohi kerana mereka memiliki kaedah bagi menangani masalah siber secara bersepadu seperti beker jasama dengan agensi bertanggungjawab menjaga kesela matannya.

“Selain itu, penguatkuasaan yang ketat dan kerjasama dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) dilihat usaha penting menangani ancaman siber,” ujarnya.

Internet Explorer 8 (IE8) yang diperkenalkan sejajar dengan kedatangan Windows 7 adalah contoh aplikasi carian selamat digunakan memandangkan ia dipertingkatkan dengan ka walan dan perlindungan lebih baik.
Sementara itu, Pengarah Kumpulan Teknologi dan Pe nyelesaian Microsoft Malaysia, Darien Nagle memaklumkan pihaknya menggunakan kepakaran kejuruteraan sosial untuk mengatasi masalah berkaitan keselamatan yang dihadapi pengguna sebelum ini.

“Pengguna mempunyai sebab kukuh untuk melayari In ternet dengan selamat menggunakan produk Microsoft,” katanya.

Lapan ciri terbaik yang ditonjolkan dalam IE8 ialah:

1. Bar alamat URL pintar yang mengesan laman web dipercayai saja.

2. Tab sensitif yang mengenali sub laman web dibuka bagi mengelakkan kekeliruan akibat terlalu banyak ikon dibuka.

3. IE8 jauh lebih pantas dengan menawarkan langkah mudah membuka perkara yang diingini.

4. Memiliki ‘Web Slices’ yang mengumpul maklumat ke gemaran anda.

5. Kotak carian pantas di sebelah kanan yang memaparkan maklumat serta visual kecil memudahkan pengguna mencari data diperlukan.

6. IE8 mampu disesuaikan dengan apa jua standard web.

7. Selamat dan Terjamin.

8. Carian menggunakan kaedah ‘InPrivate’ menjamin ke selamatan data ketika menggunakan komputer awam atau melayari Internet di tempat umum.

sumber artikel : Oleh Afiq Hanif  dari it@metro

Berita Siber

Storan 25GB percuma dengan SkyDrive E-mel Artikel

January 7th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


JUMLAH maklumat digital meningkat secara mendadak dengan permintaan untuk menyimpan serta berkongsi pelbagai maklumat seperti muzik, filem, foto dan sebagainya membebankan pengguna yang mempunyai kapasiti storan terhad.

Justeru, Microsoft memperkenalkan penyelesaian dan pengguna boleh menyimpan sehingga 25 gigabait (GB) data secara ‘online’ dengan perlindungan kata laluan menerusi Windows Live.
Ketua Windows Live, Asia Tenggara, Barrie Ooi, berkata aspek penting dalam komunikasi kini memerlukan pelayar Internet mengurus kandungan digital secara terperinci yang diperoleh dari pelbagai sumber apabila mereka berkongsi dengan saudara atau rakan lain.
“Contohnya, apabila kita pulang ke rumah selepas masa pejabat dengan berkeinginan menyambung kerja pejabat, kaedah yang dilakukan ialah menyimpan maklumat terbabit dalam pemacu USB atau e-mel kepada diri sendiri.
“Namun ia boleh memakan diri jika maklumat didapati hilang dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, Microsoft memperkenalkan Windows Live SkyDrive yang dibangunkan berdasarkan teknologi perkomputeran ‘cloud’ bagi menyimpan 25GB maklumat pengguna secara percuma.
“SkyDrive dilindungi sistem keselamatan terbaik yang tidak perlu diragui pengguna,” katanya.
Tambahnya, SkyDrive turut memperkenalkan ciri perkongsian yang mana pengguna boleh berkongsi fail di dalamnya dengan orang lain melalui penetapan kawalan dokumen disediakan.

Sumber artikel : it@Metro

Aplikasi Percuma, Berita Siber

20 kes tipu Internet

November 16th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


MUAR: Polis mengesan hampir 20 kes dengan kerugian dianggarkan RM50,000 menerusi sindiket penipuan melalui Internet dan panggilan telefon yang bergiat aktif di daerah ini sejak Mei lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata taktik digunakan ialah pembelian barangan melalui Internet, dakwaan boleh membantu mendapatkan pinjaman dan menggunakan nama syarikat kiriman ekspres.

Beliau berkata, pihaknya menerima lima laporan membabitkan kerugian RM10,550 selepas mangsa memasukkan wang ke dalam akaun bank sebagai bayaran deposit untuk membantu mendapatkan pinjaman.

“Melalui taktik itu mangsa dihubungi individu tertentu yang mendakwa boleh membantu mendapatkan pinjaman wang, dengan syarat mangsa memasukkan wang deposit ke dalam akaun tertentu. Malangnya selepas mangsa berbuat demikian, individu itu gagal dihubungi dan wang deposit itu lesap.

“Kita turut menerima 10 laporan membabitkan kerugian kira-kira RM14,000 akibat penipuan membeli barangan melalui Internet yang menyalah gunakan laman web e-Bay,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan telefon bimbit, beg tangan dan aksesori kereta memasukkan wang deposit antara RM400 hingga RM3,800 tetapi gagal mendapatkan barangan dipesan.

Menurutnya, dalam tempoh sama pihaknya menerima tiga laporan mengenai penipuan barangan kiriman melalui syarikat kiriman ekspres membabitkan kerugian kira-kira RM21,000.

“Melalui penipuan menggunakan nama syarikat kiriman ekspres itu, mangsa dihubungi melalui telefon memaklumkan ada barangan dikirim kepada mereka tetapi perlu membayar wang pendahuluan sebagai kos. Namun selepas menjelaskan bayaran itu, barangan dijanjikan tidak dihantar,” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohamad Nasir berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 73 tahun selepas dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 18 kes penipuan membabitkan janji mendapatkan barangan rampasan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, lelaki itu ditahan di Parit Jawa kira-kira jam 11.45 pagi kelmarin dan dipercayai turut terbabit dalam kes penipuan sama yang dilaporkan di sekitar Johor Bahru.

Beliau berkata, lelaki itu mengaku anaknya bekerja sebagai pegawai kastam dan mampu mendapatkan pelbagai barang rampasan kastam dengan harga murah.

Mangsa diminta menyerahkan wang deposit antara RM200 hingga RM450 sebelum lelaki itu menghilangkan diri bersama wang berkenaan. Sehubungan itu polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati.

Dalam kes lain, Mohamad Nasir berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dan merampas kira-kira 6,000 cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak dan pelbagai peralatan cetak rompak bernilai kira-kria RM50,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sakeh, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Sumber berita :  harian Metro Online

Oleh JUNITA MAT RASID
am@hmetro.com.my

<br>

Berita Siber, Jenayah Siber