Category Archives: Perisian (Software)

Percuma : Sophos Mobile Security untuk Android

Salam Pembaca RahsiaSiber semua,

Harini saya ingin review perisian keselamatan untuk peranti android. Sekiranya anda mempunyai gadget yang dikuasakan oleh android tidak kiralah handphone ke, tablet ke. Apa yang penting ia menggunakan android sebagai ‘powehouse’nya. Baiklah, jom kita lihat apa yang ada pada perisian Sophos Mobile Security ini.


Ciri -ciri yang terdapat pada Sophos Mobile Security untuk android :

Mengesahkan aplikasi yang selamat untuk dipasang

  • Mengimbas aplikasi yang anda akan install supaya ia tidak mengandungi kod berbahaya.
  • mengimbas aplikasi yang terdapat pada peranti atau kad SD untuk memastikan ia tiada virus dan sebagainya.
  • Meletakkan aplikasi yang mungkin boleh mengancam keselamatan peranti ke bahagian grey-list.

Mengunci dan mengesan lokasi peranti yang hilang

  • Menjalankan operasi Remote Lock untuk mengunci peranti yang hilang.
  • Menggunakan tracking teknology untuk menjejaki peranti anda yang hilang ( optional )
Menggunakan Sophos Privacy Advisor untuk kekal selamat
  • Mengesan aplikasi yang mengakses data personal dan mesej pada peranti anda.
  • Membantu anda mengesan aplikasi yang mungkin membazirkan wang anda dengan membuat pesanan sms atau panggilan tanpa anda sedari.
Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan perisian ini di laman web berikut:
RS : Adakah peranti android anda mempunyai perisian keselamatan? apakah jenisnya? Sila kongsi di sini..Terima kasih

TeraCopy : Salin fail dengan cepat dan mudah??!!

Zaman sekarang ni penggunaan komputer adalah satu keperluan yang cukup mendesak. Tidak kisah la kita ni seorang pekerja ke, pelajar ke. Hatta seorang perdana menteri pun guna komputer. Bercakap tentang komputer ni, saya nak kongsi satu software yang sangat berguna untuk kerja-kerja memindahkan fail atau dengan kata lain Copy N Paste. Software ini sangat bagus sebab ia mempercepatkan proses permindahan sesuatu fail yang bersaiz agak besar contoh 1ooMB dalam masa yang sangat singkat iaitu kira-kira 10 saat je ( ini saya punya eksperimen la..hehe).

 

 

Maklumla sekarang ni penggunaan fail bersaiz mega menjadi kebiasan. Fail muzik contohnya cukup besar dan mencecah berpuluh-puluh MB (megabit) untuk beberapa buah lagu. Itu tak termasuk fail video yang rata-rata bersaiz ratusan MB dan ada yang sampai tahap GB (gigabit).  Menjadi masalah apabila kita ingin memindahkan fail ini dari satu lokasi ke lokasi yang lain, contohnya ke pemacu pendrive (ala pemacu USB tu..). Fail yang besar akan memakan masa yang agak lama untuk dipindahkan.

Jadi, di sinilah gunanya software TeraCopy untuk mempercepatkan proses permindahan tersebut. Selain tu, antara fungsi yang ada pada TeraCopy ini adalah seperti:

  • Pause dan resume pemindahan fail.Pause proses permindahan untuk sementara waktu untuk mengosongkan ruang simpanan yang ada.
  • Senarai Fail yang Interaktif. TeraCopy menunjukkan fail yang gagal diproses untuk tindakan selanjutnya.
  • Full Unicode support.
  • Windows 7 x64 support dan banyak lagi..

Sekarang dengan TeraCopy, anda dapat jimatkan masa dan tidak pening kepala lagi  untuk memindahkan fail bersaiz mega. :-)

Dapatkan software TeraCopy di sini : TeraCopy

Jom edit gambar bersama Picnik.com

Hi Pembaca Rahsiasiber yang di sayangi,

Harini saya ingin berkongsi info tentang satu perisian mengedit gambar yang sangat mudah dikendalikan dan yang paling bestnya perisian ini percuma dan anda tak perlu susah payah untuk install di komputer pun! Apa yang anda perlukan ialah talian internet kerana ia berfungsi secara online.

Jom serlahkan kreativiti anda dengan Picnik.com.  Sebaik sahaja memasuki web picnik.com, anda hanya perlu upload gambar yang ingin diedit dan gambar tersebut sedia untuk proses pengubahsuian mengikut kehendak anda. Antara proses editing yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Auto fix
  • Rotate
  • Crop
  • Resize
  • Exposure
  • Color dan banyak lagi..

Selain itu, anda juga boleh memasukkan kesan khas pada gambar seperti frame,text,sticker, touch-up dan lain2. Menarik bukan? Kebanyakan fungsi seperti ini terdapat pada perisian editor grafik berbayar  seperti Adobe Photoshop dan lain-lain. Picnik memudahkan kita untuk mengubahsuai gambar dengan cara yang sangat mudah dan percuma.

Setelah siap proses ubahsuai, gambar tersebut boleh disimpan ke komputer kita atau dikongsi terus bersama rakan-rakan melalui email,flickr,twitter dan juga facebook. Fungsi ini amat menjimatkan masa kita kerana tidak perlu untuk upload gambar ke facebook dengan cara manual.

Kita juga boleh mengedit gambar yang terdapat di internet tanpa perlu upload! Contohnya, anda mempunyai gambar di Picasa Web Album, Flikr, Facebook, Photobucket dan sebagainya. Semua gambar tersebut boleh diedit dengan mudah dan cepat. Ini kerana, dengan Picnik anda boleh connect secara terus kepada rangkaian tersebut. Anda perlu mendaftar di Picknik terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan fungsi berkenaan. Jangan risau, proses pendaftaranya sangat mudah dan semestinya percuma!

Klik Picnik.com untuk mengakses web Picnik dan mula menghasilkan gambar yang unik hari ini juga. Cubalah picnik dan anda pasti seronok menggunakannya.