Harini saya ingin berkongsi tentang cara-cara membuat duit menggunakan kuasa internet. Hanya bekerja depan PC, anda mampu menjana wang seperti yang anda impikan. Berikut adalah senarai 15 cara buat duit di internet.
- Ebook
Sekiranya anda mempunyai informasi berguna yang lebih berbanding orang lain berkaitan sesuatu perkara dan informasi tersebut mampu memberi manfaat untuk orang lain, apa salahnya jika anda menulis sebuah ebook mengenainya dan sebarkannya dengan bayaran tertentu. - Perniagaan Secara Langsung Dalam Talian.
Anda boleh cuba menjual secara online contohnya melalui facebook, blog dan sebagainya. Selain dapat menjana keuntungan anda juga dapat membina rangkaian. - Blog
Anda menulis sesuatu perkara yang anda minati dan kongsikan di blog. Kandungan yang berkualiti dan unik akan dapat menarik minat pengunjung ke blog anda. Trafik yang tinggi membolehkan anda untuk menjana keuntungan seperti program Google Adsense dan sebagainya. Ribuan orang di seluruh dunia telah berjaya memperoleh ganjaran daripada kegemaran menulis di blog. - Banner Pengiklanan Web
Anda boleh menjual ruang iklan anda sendiri di talian dan ini adalah salah satu cara menjana wang yang amat menguntungkan di depan PC. Ia membolehkan anda dapat mengurangkan komisen orang tengah dan menentukan kadar anda sendiri. Format banner yang paling popular adalah 728×90, 120×600, 300×250 dan 125×125. - Pemasaran Perkongsian (Affiliate)
Anda menjadi orang tengah yang mempromosi sesuatu produk. Sekiranya ada tempahan melalui link affiliate anda, anda akan dibayar komisen. Apa yang menariknya ialah, anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mendaftar sebagai agen affiliate. - Domain
Jika anda mempunyai kemahiran apa salahnya melakukan jual beli domain. Perniagaan ini diibaratkan sebagai hartanah maya. Ramai individu di luar negara menjana jutaan ringgit melalui bisnes jual beli domain. - Pembantu Virtual (VA)
Ramai individu di luar sana memerlukan bantuan contohnya menaip artikel, membuat blog dan sebagainya. Jadikan diri anda pembantu virtual yang sangat berguna yang boleh respons dengan kadar yang pantas. Kepercayaan terhadap respon pantas dan tepat akan menjadikan anda laris dan mampu buat duit depan PC. - Khidmat Sunting Video
Tawarkan khidmat penyuntingan video mengikut tahap kemahiran anda samaada profesional atau amatur. Sekiranya bijak mencari pelanggan, tidak mustahil khidmat anda laris seperti goreng pisang. - Memasukkan Data
Syarikat-syarikat kecil kebanyakkannya memerlukan individu tambahan untuk kerja-kerja memasukkan data seperti maklumat pekerja dan sebagainya. Banyak tawaran kerja separuh masa seperti ini. Anda boleh mendapatkan maklumat di talian. - Jurualih bahasa (penterjemah)
Sekiranya anda menguasai bahasa inggeris dan bahasa malaysia dengan baik, anda boleh tawarkan khidmat menterjemah ebook dari bahasa inggeris ke bahasa Malaysia. Ramai Pemasar Internet tempatan memerlukan khidmat seperti ini. (termasuklah saya sendiri..hehe.) - Penulisan Artikel
Hasilkan artikel yang berkualiti dengan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan cari platform yang menawarkan hadiah saguhati atau wang tunai jika karya anda disiarkan. Banyak syarikat majalah dan syarikat pengiklanan yang menawarkan servis ini. - Laman Web
Bina laman web yang unik dan mampu menarik perhatian ramai pembaca dan cari jalan untuk mempopularkan laman web anda. Apabila sudah popular, peluang untuk menjana wang terbuka luas. - Gambar Digital
Sekiranya anda minat mengambil gambar, apa salahnya anda menjual koleksi anda secara digital. Muat naik gambar anda di Flickr atau Picasa Web, letakkan watermark dan promosikan. Tunggu, kerana akan ada syarikat atau individu menghubungi anda jika gambar anda benar-benar memenuhi keperluan mereka. - Aplikasi Telefon Pintar
Cuba bina aplikasi untuk telefon pintar seperti menggunakan sistem operasi (OS) Android atau IPhone dan jual dalam Marketplace dan Apple Store. Perisian binaan ini boleh dapat secara percuma. - Tutorial
Sekiranya anda memupunyai kemahiran, cuba buat video tutorial yang memanfaat orang ramai dan jualkannya kepada mereka yang berminat.


