Salam Pembaca RahsiaSiber semua,
Harini saya ingin review perisian keselamatan untuk peranti android. Sekiranya anda mempunyai gadget yang dikuasakan oleh android tidak kiralah handphone ke, tablet ke. Apa yang penting ia menggunakan android sebagai ‘powehouse’nya. Baiklah, jom kita lihat apa yang ada pada perisian Sophos Mobile Security ini.

Ciri -ciri yang terdapat pada Sophos Mobile Security untuk android :
Mengesahkan aplikasi yang selamat untuk dipasang
- Mengimbas aplikasi yang anda akan install supaya ia tidak mengandungi kod berbahaya.
- mengimbas aplikasi yang terdapat pada peranti atau kad SD untuk memastikan ia tiada virus dan sebagainya.
- Meletakkan aplikasi yang mungkin boleh mengancam keselamatan peranti ke bahagian grey-list.
Mengunci dan mengesan lokasi peranti yang hilang
- Menjalankan operasi Remote Lock untuk mengunci peranti yang hilang.
- Menggunakan tracking teknology untuk menjejaki peranti anda yang hilang ( optional )
- Mengesan aplikasi yang mengakses data personal dan mesej pada peranti anda.
- Membantu anda mengesan aplikasi yang mungkin membazirkan wang anda dengan membuat pesanan sms atau panggilan tanpa anda sedari.




