Category Archives: Tips Komputer

Pulihkan External Hard Disk Yang Rosak

sumber gambar : en.kioskea.net

Harini saya ingin berkongsi tentang cara menangani atau memulihkan cakera keras luaran (external hard disk) rosak. Bagi menangani masalah ini, anda boleh cuba mengakses dan merawatnya menerusi perisian seperti SeaTools 1.2 atau Parted Magic 6.7. Kedua-dua perisian ini boleh ditemui di tapak web Softpedia.com. Jika cakera keras luaran (external hard disk) itu berjaya diakses, salinlah atau pindahkan data di dalamnya. Jika masih gagal diakses, cubalah khidmat pemulihan (recovery) data yang terdekat (dengan tertentu). Khidmat ini berbaloi sekiranya data anda amat berharga.

Tips XP – Reboot PC Dengan Lebih Pantas

Hai Pembaca Rahsia Siber semua,

Nampaknya sudah 2 bulan saya tidak update blog ini. Saya mohon maaf atas kelewatan yang berlaku. Baiklah, harini saya ingin berkongsi tentang tips mempercepatkan proses  “startup” setiap kali kita kita menghidupkan komputer. Tips ini amat berguna bagi anda yang mempunyai masalah komputer lambat “reboot” setiap kali menghidupkannya. Masalah komputer lambat “boot” boleh diatasi dengan mengubah tetapan pada  menu “Startup”. Anda boleh mengubah tetapan tersebut dengan mengikuti langkah- langkah di bawah:

  1. Klik pada menu ‘Start’ dan pilih menu ‘Run’.
  2. Kemudian taip msconfig pada ruangan yang disediakan dan tekan ‘Enter”
  3. Tetingakat ‘System Configuration utility’ akan muncul. pilih tab ‘Startup’ dan kosongkan tanda pada kekotak pilihan bagi program-program yang anda tidak mahu ia dimulakan bersama Window XP semasa proses menghidupkan komputer sedang berjalan. Maksudnya di sini, sekiranya anda kosongkan pilihan berkenaan, komputer dapat dihidupkan dengan pantas dan lancar kerana beban komputer makin berkurang.
  4. klik ‘ok” . Tetapan selesai.

Anda akan dapat rasai perubahan apabila komputer ‘reboot‘ semula.Selamat mencuba.

Sekian untuk tips pada kali ini..

Jumpa Lagi..

Tutorial: Cara Alternatif Buka Pelayar Web

Hai Pembaca Rahsia Siber semua,

Emm.Lama juga blog ini tidak di ‘updated’ disebabkan kesibukan yang makin bertambah-tambah sekarang ini. Tambahan pula bos saya  sekarang sedang bercuti di Sepanyol.Jadi, terpaksalah saya ambil alih operasi perniagaan buat sementara waktu.huhu

Mulai post hari ini, saya mahu belajar untuk menulis dengan gaya lebih santai di sini.Harap anda semua dapat memberi maklumbalas yang sewajarnya.Segala kelemahan akan saya baiki sebaik mungkin.Insya Allah.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang cara alternatif untuk membuka pelayar web tanpa membuka  Internet Explorer atau Mozilla Firefox terlebih dahulu. Cara ini mungkin lebih menjimatkan masa anda.

Bagaimana Untuk Melakukannya?

1. Klik pada menu [Start] dan klik [Run]

start

2. Taipkan alamat web yang dikehendaki dan tekan [OK].

run

Nota : 1.Cara ini adalah untuk pengguna Windows XP sahaja.

Sekian untuk tutorial pada kali ini. Selamat mencuba.

Cara Mudah tingkatkan Kepantasan Laptop

Laptop anda yang telah berusia akan mengalami masalah seperti cepat “hang” dan lembab. Antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memuatkan Sistem Operasi yang baru yang lebih ringan seperti Linux. Selain itu anda boleh meningkatkan kepantasan dengan menambahbaik RAM tetapi langkah ini memakan belanja yang besar dan bakal mengeringkan poket anda. Cara yang agak efektif  ialah dengan pergi ke [Control Panel] -> [Add Remove Program] dan buang semua progam yang anda tidak perlukan. Yakni, program yang anda boleh hidup selesa tanpanya. Akhir sekali, jangan lupa untuk melakukan [Disk Degfragmenter].

Sumber : kyle Monson, pcmag.com

Penerangan Mudah Tentang Server Dan Internet

Definisi Ringkas Server:

Server ialah komputer atau peralatan (device) di dalam sesuatu rangkaian yang menguruskan sumber rangkaian tersebut. Contonhya, file server ialah komputer atau peralatan simpanan (storage device) yang di dedikasikan atau di khususkan sebagai tempat untuk menyimpan fail. Mana-mana pengguna yang berada dalam rangkaian (network) itu dapat mengakses atau mencapai fail di server tersebut. Print server ialah komputer yang menguruskan satu atau lebih pencetak (printer) manakala network server ialah komputer yang menguruskan trafik rangkaian (network traffic) dan Contoh lain, web server menguruskan fail halaman web yang boleh diakses oleh penguna komputer yang lain yang bersambung dengan rangkaian internet.

contoh rangkaian serverContoh rangkaian server

Internet dan Web Server:

Seperti yang di ketahui umum, internet ialah jaringan komputer global yang saling bersambungan di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini yang bersambungan melalui kabel komunikasi dan talian telefon membentuk satu rangkaian komputer yang di namakan internet. Setiap komputer yang saling berangkaian ini boleh mengakses di antara satu sama lain dengan mematuhi syarat-syarat atau kebenaran akses yang tertentu.

Visual jaringan internetVisual Jaringan internet

Hampir secara keseluruhannya, struktur internet adalah berdasarkan model client-server. Terdapat berjuta-juta server yang bersambungan dengan internet di seluruh dunia dan kebiasaannya seseorang pengguna internet memerlukan satu atau lebih interaksi dengan satu atau lebih server.

gambaran Web ServerGambaran Bagaimana Web Server Berfungsi

Apabila anda melawat sesuatu laman web di internet, anda sebenarnya sedang mengakses sebuah server. Server ini dikenali sebagai web server yang pada dasarnya berfungsi untuk menyediakan kandungan statik (static content) kepada pelayar web (web browser) dengan cara memuatkan (loading) sesebuah fail dari cakera (disk) melalui rangkaian dan menyiapsediakan untuk dipaparkan kepada pelayar web pengguna. Web browser berkomunikasi dengan web server dengan menggunakan perantara  HTTP. Anda boleh merujuk kepada laman web wikipedia untuk maklumat lanjut tentang http ini.

contoh web server dari syarikat Dellcontoh web server

bahagian dalam webserverbahagian dalaman web server

Contoh mudah untuk memahami web server ialah, apabila anda melawat blog rahsiasiber.com, anda sebenarnya mengakses server di mana blog itu di tempatkan. Apa yang berlaku ialah, pelayar web yang anda gunakan seperti contohnya Mozilla Firefox dan Internet Explorer akan membuat permintaan kepada web server tentang blog rahsiasiber.com. Setelah dijumpai lokasinya, web server akan memaparkan blog rahsiasiber.com kepada pelayar web anda itu tadi.

Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua tentang server dan internet. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

sumber rujukan : wikipedia, webopedia.

Koleksi Tips Untuk Pengguna XP

Senarai Tips Windows XP [toc]

Memilih [ toolbar quick launch ]

Untuk aplikasi yang sering digunakan, anda patut menimbang untuk menempatkan ikon pintasan pada [toolbar quick launch] yang terletak disebelah kanan butang [start]. Dengan cara ini anda boleh mengaksesnya dengan sekali klik. Bagi aplikasi yang ingin diakses dengan sekali klik, anda hanya perlu mengheret dan meletakkan pintasan bagi aplikasi tersebut pada bahagian [toolbar quick lauch]. Untuk membuang pintasan yang diletakkan oleh program-program yang tidak diizinkan, anda hanya perlu klik kanan pada ikon pada [toolbar quick launch] dan pilih [delete.]

Susun All Programs pada [ Start ] menu

Jika anda merasakan folder-folder Program agak berselerak, anda boleh menyusunnya mengikut abjad. Caranya ialah klik [start]>[All Programs] > dan [klik kanan] pada mana-mana folder atau program yang ada di situ dan pilih [sort by name]. Lakukan langkah yang sama pada folder lain yang ingin disusun.

Gunakan Kombinasi Untuk Pembatalan

jika anda telah melakukan kesilapan, anda boleh mengundurkan kesilapan tersebut. Anda mungkin tahu mengenai fungsi [undo] ini dengan pergi ke menu [edit] dan klik [undo]. Anda juga boleh mengunakan kombinasi  [Ctrl]+[Z] untuk lebih pantas. Contohnya, jika hendak membatalkan kesilapan menukar nama fail pada tetingkap [Window Explorer]. (Pastikan anda tidak menggunakan kombinasi [Ctrl]+[Z] pada fungsi-fungsi lain).

“Minimize” kan Tetingkap yang telah dibuka dengan lebih Cepat

Teknik terpantas untuk mengecilkan semua tetingkap (pada bahagian dekstop) yang dibuka ialah dengan menekan kekunci [Windows] (terdapat logo windows diatasnya) kemudian tekan kekunci [M]. Arahan ringkas, kekunci [windows]+[M].

Menutup Banyak Tetingkap  Dan Aplikasi Serentak

Anda boleh menutup beberapa tetingkap dan aplikasi yang dibuka sekaligus dengan terus menekan kekunci [Ctrl] kemudian memilih tetingkap atau aplikasi pada bahagian [Taskbar]. Seterusnya, klik kanan pada pilihan anda tadi dan pilih [Close Group].

Mendapatkan Maklumat Rangkaian Menerusi Utiliti ipconfig

Klik pada menu [Start]>[Run] dan taipkan “cmd”.Pada paparan “prompt” yang muncul, taipkan “ipconfig” (tanpa tanda pembuka kata).Ia akan menayangkan maklumat asas seperti alamat IP, subnet mask, dan gateway.Bagi mendapatkan maklumat seperti DHCP dan DNS Server, taipkan “ipconfig -all” atau “ipconfig/ all”. Ia akan memaparkan maklumat rangkaian yang lebih terperinci.

Meletakkan Task Manager Secara Kekal Di Bahagian “system tray” (dibahagian sisi jam)

Untuk membuka Task Manager, anda boleh menekan kombinasi kekunci [Ctrl]+[Shift]+[Esc], atau dengan mengklik kombinasi Ctrl]+[Alt]+[Del], dan seterusnya klik pada butang Task Manager. Tetapi, jika anda hendak menempatkan Task Manager secara kekal di bahagian “system tray”, ada 2 cara tetapi saya hanya memberi satu cara sahaja di sini. Caranya ialah, pergi ke Directori System32 dan buat pintasan bagi fail taskmgr.exe. Kemudian potong (cut) dan tampal (paste) pintasan itu ke dalam folder [Startup] (pergi ke menu [Start]>[All Program]>[Startup]. klik kanan pada [Startup] dan klik [Open]. Kemudian tampal pintasan taskmgr.exe tadi di sini). Seterusnya, klik kanan pada ikon taskmgr.exe dalam folder [Startup] tadi dan klik [Properties]. Di bawah pilihan [Run], sila pilih [Minimized] – ini akan mengecilkan tetingkap Task Manager.

sumber : majalah pc