Category Archives: Tips Siber

Info aduan keselamatan komputer

Hai pembaca rahsia siber semua,

Harini saya ingin berkongsi info tentang keselamatan komputer. Sejak akhir-akhir ini myCERT ( Malaysia Computer Emergency Response Team) dalam laporannya menyebut terdapat 4390 kejadian serangan terhadap komputer bermula Jan 2010 sehingga Ogos 2010. Pecahan serangan adalah seperti di bawah

Statistik myCERT bagi tahun 2010

Sumber : laman web myCERT

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan, kejadian serangan terhadap komputer agak membimbangkan dan langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh kita sebagai pengguna komputer dan internet untuk mengawal kejadian seperti ini daripada berlaku. Antara langkah kawalan yang boleh diambil ialah dengan mengemaskini maklumat tentang info keselamatan terkini seperti yang disarankan oleh myCERT di laman web rasmi mereka iaitu http://www.mycert.org.my.

Selain itu, kita juga boleh membantu myCERT untuk mendapatkan solusi terkini tentang isu keselamatan komputer iaitu dengan melaporkan kepada mereka apa-apa serangan misalnya spam email, virus dan sebagainya yang berlaku kepada komputer kita.

myCERT telah menyediakan saluran untuk pengguna komputer dan internet melaporkan kejadian serangan iaitu CYBER999 Help Centre. Terdapat 4 kaedah untuk menghubungi CYBER999 Help Centre iaitu :

  1. Web Reporting – klik untuk ke borang online myCERT
  2. Email – Sebarang kejadian serangan bolehlah dihantar ke email cyber999[at]cybersecurity.my
    Masukkan maklumat berikut dalam email tersebut (jika ada) :
    - Sumber serangan
    - destinasi serangan, email header.
    - waktu serangan.
  3. SMS – Sila berikan maklumat selengkapnya dan hantar ke nombor 15888 mengikut format berikut:
    CYBER999 REPORT <EMAIL> <COMPLAINT> to 15888
  4. Talian Tel
    Office Hours: 1-300-88-2999
    24×7 (Emergency): +6019 – 266 5850
  5. Fax
    +603 – 8945 3442
    Sila gunakan fax templat yang boleh didapati di sini.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Jumpa lagi.

Apa itu Forum Online?

Hai Pembaca Rahsia Siber Semua,

Mungkin sesetengah orang belum kenal apa itu forum. Tapi ada juga yang tahu, namun tidak mengambil peluang yang terbuka luas melaluinya..

Apa itu forum online?

Ia adalah satu tempat perkumpulan orang ramai untuk berbincang mengenai sesuatu. Mudah ceritanya, ia adalah satu bentuk komuniti secara online tanpa perlu bersemuka untuk melakukan apa saja perbincangan.

Contoh forum adalah seperti:

http://wangcyber.com/forum

http://bicarajutawan.com/forum

Ada banyak lagi forum dan saya tidak dapat senaraikan di sini kerana ia terlalu banyak.

Asas pemasaran forum

Pemasaran forum adalah satu aktiviti promosi perniagaan dengan cara yang tertentu. Di dalam ebook Kuasa Forum, saya nyatakan langkah demi langkah bagaimana melakukan promosi yang berkesan. Bagi saya, pemasaran yang berkesan adalah dengan membina kredibiliti dahulu. Kemudian baru memulakan kempen promosi dan juga mencari rakan JV yang berpotensi. Mungkin anda pernah melakukan promosi di beberapa buah forum tetapi tidak memberi hasil. Mengapa? Jawapannya mudah: Mungkin anda tidak lakukan dengan betul. Itu saja.

Jumpa lagi di lain post…

Tanda-Tanda Komputer Kita Dijangkiti Virus

Hai Pembaca Rahsia Siber Semua,

Pertama sekali saya ingin memohon maaf  kerana sudah lama tidak menulis di sini. Berbalik kepada topik kita harini, saya ingin berkongsi tentang info berkenaan dengan tanda-tanda komputer kita dijangkiti virus. Info adalah seperti dibawah:

  • Perubahan pada saiz fail samada ia menjadi semakin kecil atau besar.
  • Perubahan pada tarikh fail walaupun kita tak pernah ubahsuai fail berkenaan.
  • Program menjadi semakin perlahan untuk dijalankan. contohnya  Program Offices seperti word,excel.
  • Sistem operasi komputer menjadi semakin perlahan. Contohnya Windows lambat “loading” dari biasa.
  • Ruang cakera keras dan memori menjadi semakin mengecil tanpa diketahui puncanya.
  • Munculnya paparan mesej kerosakan yang ganjil.
  • Atur cara gagal untuk berfungsi dengan baik.
  • Sektor rosak pada cakera dan media storan yang lain misalnya pendrive.
  • Sistem Boot gagal untuk berfungsi semasa sistem bermula atau semasa mem”boot” dari pemacu.
  • Wujudnya aktiviti ganjil pada cakera keras walaupun kita tidak menggunakannya saat itu

Itulah serba sedikit info yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Jumpa lagi.

Amalan Keselamatan Terbaik: Melindungi Kata laluan

Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam web. Terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat, oleh itu, anda mungkin memilih kata laluan yang mudah diingat malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang.

Berikut adalah beberapa tip untuk anda melindungi kata laluan anda dan membina kata laluan yang kuat:

+ Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya.

+ Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol.

+ Elakkan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program yang mencuba setiap perkataan dalam kamus.

+ Jangan gunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda.

+ Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Setiap 3 bulan sekurang-kurangnya.

+ Anda perlu menggunakan kata laluan berlainan pada setiap akaun yang anda akses.

+ Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda boleh ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, “Everyone knows the sun sets at dawn” akan menjadi “e1ktss@d”.

sumber artikel : Sumbangan dari KRMY Blog

Monitor Going To Sleep

Salam Pembaca RahsiaSiber,
Harini saya nak berkongsi cerita tentang salah satu cara mengatasi masalah bilamana skrin monitor komputer anda tetiba memaparkan perkataan “monitor going to sleep”. Sebenarnya masalah ini muncul kerana ada beberapa sebab tetapi pada kali ini saya ingin kongsikan salah satu cara untuk atasi masalah ini. Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas seorang sahabat saya menelefon untuk meminta bantuan kerana komputer dia tidak dapat dihidupkan. lampu CPU menyala dengan baik tetapi monitor gelap.

Selepas solat terawih, saya pun bergegas ke rumah sahabat tadi memandangkan dia seorang ahli perniagaan dan komputer itu amat penting baginya. Beliau mendakwa seharian berusaha untuk memulihkan komputer tersebut tetapi gagal. Ok, perkara pertama yang saya buat ialah dengan menghidupkan komputer tersebut dan perhatikan tindakbalas CPU. Saya dapati CPU mengeluarkan bunyi “beep” yang agak panjang yg menandakan kegagalan RAM untuk berfungsi. Seperti yang saya ketahui, RAM berfungsi mengubah data dari CPU untuk dipaparkan pada skrin. Oleh itu, kegagalan RAM menyebabkan skrin tak berfungsi.

Berdasarkan pengalaman saya, masalah seperti ini lazimnya disebabkan oleh kerosakan pada RAM atau pin yg terdapat pada RAM tersebut kotor. Langkah kedua yang saya buat ialah dengan membuka CPU dan memeriksa keadaan RAM tersebut. Saya mengesyaki RAM tersebut tidak rosak cuma pin sahaja yang kotor. Jadi, dengan menggunakan getah pemadam ( ala,yang kita selalu guna untuk memadam tulisan pensel tu…) saya gosok pin pada RAM dengan berhati-hati. Rujuk gambar dibawah untuk mengetahui kawasan yang perlu digosok:

Gambar DDR2 ram

Setelah selesai, RAM tersebut dipasangkan semula ke tempatnya. Selepas itu, hidupkan semula komputer. Jika RAM tersebut tidak rosak tetapi hanya masalah pinnya sahaja yang kotor, komputer sepatutnya dapat dipulihkan dengan cara ini. Selamat memcuba…

p/s: pastikan tangan anda dinyahstatikkan dahulu dengan menyentuh badan CPU yang diperbuat daripada aluminium atau logam. Ini bagi mengelakkan komponen komputer rosak disebabkan oleh tangan kita yang bercas.

RSS Reader Mudahkan Anda Membaca 100 Blog Serentak

Anda gemar membaca blog tapi kesuntukan masa? Masa adalah emas bukan? Begitu juga dengan maklumat. Mulai hari ini anda tidak perlu risau lagi kerana saya akan tunjukkan bagaimana untuk membaca sejumlah blog dengan menggunakan antaramuka yang sama tanpa perlu berkunjung ke halaman blog tersebut menggunakan internet browser. Tapi sebelum itu saya akan memperkenalkan kepada anda apa itu RSS dan apa kaitannya dengan blog serta website.

Apa itu RSS?

RSS adalah singkatan nama kepada “Really Simple Syndication”, suatu format XML dibuat khusus untuk memaparkan berita bertujuan untuk berkongsi sesuatu maklumat melalui internet/web. kepada yang masih tidak faham lagi, secara ringkas RSS boleh di katakan sebagai suatu senarai berita yang dikongsi bersama dengan pengguna internet seperti anda dan saya.

Bagaimanakah RSS mememudahkan saya?

Katakan anda mempunyai 50 halaman web serta blog yang biasa dikunjungi setiap hari. Melayari website atau blog secara satu persatu dengan menggunakan pelayar internet (browser) memakan masa yang lama sehingga kepada beberapa jam sehari tetapi dengan RSS masa akan boleh dijimatkan kepada hampir separuh atau lebih. Dengan menggunakan perisian yang khas untuk RSS, anda boleh mendaftarkan blog atau website anda dan secara automatik kesemua tajuk berita and terpapar di dalam suatu senarai. Ini memungkinkan anda untuk mengimbas kesemua berita tadi dalam masa beberapa minit berbanding dengan beberapa jam mengguna teknik yang saya sebutkan tadi. Sangat menjimatkan masa!!!

Pembaca RSS (RSS Reader)

Perisian yang menyenaraikan tajuk berita blog atau website tadi digelar sebagai pembaca RSS atau RSS Reader. RSS Reader akan mengumpulkan kesemua tajuk berita (headline) daripada halaman blog atau website melalui RSS.

Bagaimana untuk mendaftar/subscribe RSS?

Caranya sangat mudah. Anda perlu klik pada tanda/logo RSS. Dengan cara tersebut anda seolah-olah memberitahu kepada sesuatu halaman blog atau website yang anda bersedia untuk menerima tajuk berita daripada mereka.

Perisian Pembaca RSS.

Terdapat banyak perisian yang disediakan secara percuma akan tetapi untuk artikel kali ini saya akan menyenaraikan tiga daripadanya. Mengapa agaknya banyak perisian pembaca RSS? Perkara ini berlaku kerana terdapatnya pelbagai variasi sistem operasi (Windows, Mac, Linux) serta berbagai variasi pelayar internet (EXplorer, AOL, safari, Firefox). Terdapat banyak jenis format variasi RSS seperti RSS 1.0, RSS 2.0 dan Atom. Anda tidak perlu risau akan itu asalkan anda merujuk kepada logo atau simbol yang betul di dalam satu-satu halaman blog atau website.

Perisian Sumber Terbuka

Saya hanya menyenaraikan tiga daripada pembaca RSS perisian sumber terbuka yang saya rasakan terbaik. Dua daripadanya adalah dalam bentuk perisian sistem manakala satu lagi adalah dalam bentuk web. Yang menariknya, ketiga-tiganya menyokong pelbagai sistem operasi. Dibawah ini saya senaraikan perisian tersebut:
  1. BlogBridge
  2. RSSOwl
  3. Firefox

AlertBear

Alamat Web: http://www.blogbridge.com/

Keperluan: Windows 2000 atau XP berserta Framework .NET 1.1

Catatan:

AlertBear merupakan sebuah RSS Reader yang menarik serta mempunyai banyak ciri-ciri khusus berbanding perisian RSS Reader yang lain. Anda perlu banyak membuka dokumen manual jika benar-benar ingin menggunakan sepenuhnya fungsi yang ditawarkan.

Screenshot:

RSSOwl

Alamat Web: http://www.rssowl.org/

Keperluan: Java Runtime Environment (JRE), versi 1.4.2 or 1.5.x

Catatan:

Menyokong pelbagai platform, sumber terbuka dan menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik. RSSOwl juga boleh mengeksport maklumat yang diperlukan ke bentuk PDF, RTF serta HTML. Ia juga menawarkan 2 serta 3 column view malah RSSOWl juga menyediakan built-in browser untuk membaca format html.
Firefox

Alamat Web: http://sage.mozdev.org/

Keperluan: Mozilla Firefox

Catatan:

Berdasarkan kepada keperluan sistem tersebut, kita boleh mengagak yang bahawa add-on atau fungsi tambahan pada broswer Firefox tidak selengkap seperti kedua-dua perisian di atas. Walau bagaimana pun Sage tetap menawarkan fungsi yang berpatutan sebagai RSS Reader.

Sumber  Info  : Sumber Terbuka 101
********************************************************************************************************
Saudara Amin adalah Pemilik Blog Pelajari Perisian Sumber Terbuka. Penulis blog ini mempunyai inisiatif untuk memperkenalkan perisian sumber terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai ganti perisian yang mengenakan bayaran sebagai lesen. Artikel ini adalah sebahagian daripada artikle terbaru blog tersebut dengan tajuk: RSS Reader Mudahkan Anda Membaca 100 Blog Serentak.

Langkah keselamatan Perbankan Internet

Sekarang ini trend penggunaan perbankan internet semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita. Justeru itu, langkah keselamatan perlu diamalkan dalam menjalankan urusan perbankan internet untuk memastikan transaksi yang anda jalankan benar-benar selamat. Beberapa langkah yang sewajarnya perlu diperhatikan antaranya ialah :

  • Bank yang menawarkan perkhidmatan perbankan internet tidak akan meminta pelanggan mendedahkan atau mengesahkan nombor PIN atau kata laluan atas apa alasan sekali pun sama ada menerusi email atau panggilan telefon.
  • Jika anda menerima email atau panggilan telefon yang meragukan yang meminta anda membuka halaman perbankan internet anda, jangan mendedahkan PIN atau kata laluan walau dalam apa keadaan sekalipun dan anda perlu menghubungi bank dengan serta-merta.
  • Sebelum menjalankan sebarang transaksi perbankan secara dalam talian, anda perlu memastikan bahawa laman web perbankan internet itu adalah yang rasmi dan sahih serta bermula dengan URL  “https”.
  • Sentiasa pastikan program antivirus komputer anda sudah dikemaskini. Jangan memasuki akaun perbankan internet anda pada komputer di kafe siber atau komputer yang tidak dilindungi dengan sistem antivirus.
  • Jangan menyimpan ID login atau kata laluan anda dalam komputer.
  • Tukar kata laluan secara kerap dan jangan menggunakan kata laluan yang mudah diteka oleh orang lain.
  • Jangan meninggalkan komputer apabila anda memasuki laman web perbankan internet.
  • Sentiasa ingat untuk keluar dari laman web itu sepenuhnya apabila sudah menyelesaikan urusan dan hilangkan memori laman web yang telah dilawati.
  • Semak akaun anda secara kerap.

sumber : Harian Metro