Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Salam Pembaca RahsiaSiber yang budiman,
Anda apa khabar? Harap anda sihat sejahtera hendaknya. Beberapa hari yang lepas saya menerima SMS daripada kakak ipar yang bertanyakan cara untuk membuat folder baru dalam komputer. Jadi, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa cara untuk membina folder baru. Kebiasaanya kita membina folder baru bagi memudahkan sebarang fail atau data disimpan dengan teratur. Contohnya, kita mempunyai banyak gambar seperti gambar berkelah kat tepi pantai, gambar keluarga dan sebagainya yang disimpan dalam folder My Pictures. Jadi untuk memudahkan kita mencari gambar tersebut, eloklah jika dibuat folder khusus untuk gambar-gambar tersebut seperti kategori percutian, keluarga dan lain-lain.
Baiklah. Dibawah ini saya kongsikan beberapa cara untuk membina folder yang baru.
- Klik kanan pada tetikus dan pilih [New] > [Folder]
- Jika anda berada di dalam mana-mana direktori contohnya My Documents dan lain-lain, perhatikan kekotak menu yang berada disebelah kiri. Anda boleh membina folder baru dengan mengklik perkataan Make a new folder.
- Cara lain ialah dengan mengklik menu File yang terdapat pada Toolbar. klik [File] > [New] dan pilih [Folder]
Sekarang anda telah pun berjaya membina folder yang baru. Saya berharap kita semua mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan.
Selamat mencuba.
Asas Komputer, Tutorial
Asas Komputer, Tutorial
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Hai Pembaca Rahsia Siber semua,
Emm.Lama juga blog ini tidak di ‘updated’ disebabkan kesibukan yang makin bertambah-tambah sekarang ini. Tambahan pula bos saya sekarang sedang bercuti di Sepanyol.Jadi, terpaksalah saya ambil alih operasi perniagaan buat sementara waktu.huhu
Mulai post hari ini, saya mahu belajar untuk menulis dengan gaya lebih santai di sini.Harap anda semua dapat memberi maklumbalas yang sewajarnya.Segala kelemahan akan saya baiki sebaik mungkin.Insya Allah.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi tips tentang cara alternatif untuk membuka pelayar web tanpa membuka Internet Explorer atau Mozilla Firefox terlebih dahulu. Cara ini mungkin lebih menjimatkan masa anda.
Bagaimana Untuk Melakukannya?
1. Klik pada menu [Start] dan klik [Run]

2. Taipkan alamat web yang dikehendaki dan tekan [OK].

Nota : 1.Cara ini adalah untuk pengguna Windows XP sahaja.
Sekian untuk tutorial pada kali ini. Selamat mencuba.
Tips Pengguna XP, Tutorial
Tutorial, windows XP
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Pernahkan anda menghadapi masalah untuk melindungi data daripada diakses oleh mereka yang tidak sewajarnya?Misalnya anda mahu melindungi maklumat sulit seperti senarai kata laluan, ID pengguna, senarai alamat klien perniagaan dan sebagainya. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk melakukannya antaranya ialah dengan menggunakan perisian percuma tetapi unik seperti Steganos LockNote yang boleh diperolehi di http://www.steganos.com.
Ciri-ciri Istimewa Steganos LockNote
- Mampu melindungi nota anda seperti maklumat kata laluan, login pengguna dan sebagainya. Semua data menggunakan format teks mampu dilindungi. Data anda akan dilindungi dengan kata laluan yang dilengkapi dengan mekanisma teknologi enkripsi AES 256 bit termoden.
- Selamat dan mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu double-clik dan masukkan kata laluan untuk mengakses data teks anda seperti biasa.
- Tiada pemasangan (installation) diperlukan. Selepas dimuat-turun dari laman web, LockNote boleh terus digunakan. Anda juga boleh menyimpan aplikasi ini dalam storan USB untuk keselamatan data dalam perjalanan
- Hanya klik dan seret sahaja untuk menjadikan fail teks anda yang sedia ada dilindungi dengan kata laluan.
- Perisian ini adalah percuma dan menggunakan teknologi Open Source.
- Perisian ini menyokong Windows 2000, XP dan Vista.
Cara Penggunaan
Jika ada berminat dengan perisian ini untuk melindungi data sulit, jangan keberatan untuk mencubanya. Ini kerana perisian ini tidak dikenakan sebarang bayaran dan seratus peratus percuma. Perisian ini pantas dimuatkan, selain pantas melakukan enkripsi. Langkah dibawah ini akan menjelaskan secara sepintas lalu teknik untuk menggunakan LockNote.
- Muat turun perisian ini dari tapak web pembangun perisian iaitu www.steganos.com. Klik disini dan akan dibawa ke laman muat turun. Kemudian klik perkataan ‘Download via HTML’ dan simpan fail dalam sebuah Folder.
- Perisian ini bebas (standalone) dan tidak perlu dipasang (install). Dwi klik pada failnya untuk membuka tetingkap utama dan membaca maklumatnya. Klik Run untuk buka fail. Ketika ini kata laluan (password) belum diisi. lihat rajah 1.

Rajah 1
- Sekarang, anda boleh memadamkan keterangan ringkas mengenai perisian ini yang dipaparkan tadi. Bagi menetapkan kata laluan, klik menu [File], kemudian klik pilihan [Change Password].

Rajah 2
- Tetingkap untuk memasukkan kata laluan akan muncul. Isikan maklumat kata laluan pilihan anda (rajah 3). Pastikan kata laluan anda kukuh dan mudah diingati. Setelah berpuashati, tekan butang OK. Hasilnya, kata laluan yang telah ditetapkan tadi akan diaktifkan sebaik sahaja anda menutup tetingkap perisian ini

Rajah 3
- Buka semula perisian ini untuk memuatkan data yang hendak dilindungi selain mengeditnya. Anda juga boleh mengheret fail teks kedalam tetingkap perisian ini. Setelah selesai, klik menu [File] > [Save As] dan tulis nama fail yang kehendaki.
- Fail asal perisian ini menggunakan nama LockNote. Anda boleh gunakan nama lain yang sesuai. Sebaik-baiknya nama yang senang diingati. Hanya klik kanan pada perisian ini dan pilih [Rename].
- Perisian ini boleh dihantar melalui email tetapi perlu dimampatkan terlebih dahulu (zip). Ini kerana perisian yang menggunakan format *.exe tidak boleh dihantar melalui email kecuali dimampatkan dahulu.
p/s: Hanya email Yahoo sahaja boleh hantar fail format *.exe ini.
Perisian ini amat berguna untuk melindungi data sulit anda dan yang menariknya ia boleh dimuatkan kedalam storan USB dan diakses dalam mana-maca PC yang anda mahu. Sekian sahaja untuk kali ini dan semoga kita mendapat manfaat dari perisian percuma yang unik ini. Selamat mencuba.
Sumber : MPC dan Steganos.com
Perisian Percuma, Tutorial
Perisian Percuma, Tutorial
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan fungsi Disk Cleanup pada sistem operasi Window XP. Fungsi ini digunakan untuk membersihkan pemacu keras (hard disk) komputer anda untuk memastikan sistem komputer beroperasi dengan lebih cekap dan mengurangkan risiko terjadinya kegagalan sistem dan komputer menjadi perlahan. Anda disyorkan untuk melakukan Disk Cleanup sebulan sekali untuk prestasi komputer yang terbaik.
Langkah Demi Langkah:
- Untuk memulakan disk Cleanup, klik [Start] > [All Programs] dan kemudian bawa kursor tetikus ke [Accessories]. Klik [System Tools] dan akhir sekali klik [Disk Cleanup]

- Setelah dibuka, disk Cleanup sangat mudah digunakan. Langkah seterusnya, pilih pemacu (Select Drive) yang anda ingin bersihkan samaada (C:), (D:) dan sebagainya. Kemudian klik [ok].

- Pilih kategori fail yang anda mahu buang. kemudian klik [ok]. Sekirannya ingin melihat dahulu fail yang berada dalam recycle bin sebelum dibuang, sila klik [View Files].

Itu sahaja tutorial menggunakan peralatan Disk Cleanup. Selamat mencuba.
Tutorial, Windows XP
Tools, windows XP
Komen Terkini