Category Archives: Windows XP

Lindungi Data Anda dengan Window XP

Salam Pembaca RahsiaSiber Semua,

Harini saya ingin berkongsi tentang cara untuk melindungi data komputer kita dari diakses oleh orang yang tidak dikehendaki. Anda mungkin tidak mahu sesuatu maklumat dalam komputer anda diketahui oleh orang lain contohnya ahli keluarga dan sebagainya. Kita sedia maklum, kebanyakan dari kita berkongsi komputer dengan ahli keluarga lain. Jadi untuk mengelakkan org lain mengakses maklumat milik anda, seharusnya anda membina akaun pegguna @ user accounts untuk setiap pengguna terbabit.

Langkah ini bukan sahaja untuk melindungi data peribadi tetapi juga amat penting untuk melindungi data penting dari dipadamkan oleh pengguna yang tidak berapa mahir secara tidak sengaja. Bayangkan jika komputer tersebut anda gunakan untuk bisnes dan semestinya maklumat itu amat penting. Apa perasaan anda jika sekiranya anak anda secara tidak sengaja terpadam maklumat tersebut? haru biru ler jawabnya.:p

oleh sebab itu amat penting anda buatkan akaun pengguna dan kata laluan pada komputer anda. Caranya ialah seperti dibawah:

  1. Klik butangĀ  [Start] dan pilih [Control Pane]. Pastikan anda menggunakan “Classic View” dan klik pada ikon [user account]
  2. Apabila kekotak dialog ” User Account” muncul, klik pada ikon akaun anda dan pilih pilihan yang ditulis dengan “Create a Password”.
  3. Masukkan kata laluan anda sebanyak 2 kali beserta dengan kata pembayang (clue) untuk membantu anda mengingati kata laluan tersebut.
  4. Selepas itu anda klik butang [Back] dan pilih akaun pelawat (Guest). Pastikan akaun “Guest” diaktifkan. Untuk aktikan hanya perlu klik pada butang “Turn on the Guest account”. Selesai.

Window XP anda telah berjaya dilindungi dengan kata laluan. Anda perlu memasukkan kata laluan setiap kali mahu memasuki Window.

Selamat mencuba.

Cara Kemaskan penampilan Start Menu pada XP

Maaf kerana sudah lama saya tidak membuat tutorial untuk tatapan anda semua.Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk mengemaskan penampilan pada menuĀ  [Start] di sistem operasi Windows XP iaitu dengan cara membuang ‘recently-used programs‘ seperti yang tertera pada rajah dibawah.

start menuRajah sebelum

Untuk makluman anda semua, terdapat dua cara untuk membuang ‘recently-used programs‘ pada menu [start] iaitu:

  1. Anda perlu tukarkan kepada penampilanĀ  menu ‘Classic’. Caranya ialah dengan klik-kanan pada menu [start] dan pergi ke [properties] dan pilih pada pilihan [Classis menu] dan klik [ok].
  2. cara yang kedua ialah klik-kanan pada menu [start] dan tekan [customize] yang bersebelahan dengan butang [start menu].Kemudian anda pergi ke tab [general] yang terdapat di bahagian atas. Selepas itu anda setkan “number of programs on the Start menu” kepada nilai ’0′ dan tekan [ok]..Jika anda mahu kembali kepada asal, cuma perlu setkan semula nilai tadi mengikut keselesaan.

Tutorial ini menggunakan cara yang ke-2. Hasilnya ialah seperti rajah di bawah. Sekarang penampilan menu [Start] pada komputer anda menjadi lebih kemas.Selamat mencuba.

Start menuRajah Selepas

Cara Guna Disk Cleanup

Hari ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan fungsi Disk Cleanup pada sistem operasi Window XP. Fungsi ini digunakan untuk membersihkan pemacu keras (hard disk) komputer anda untuk memastikan sistem komputer beroperasi dengan lebih cekap dan mengurangkan risiko terjadinya kegagalan sistem dan komputer menjadi perlahan. Anda disyorkan untuk melakukan Disk Cleanup sebulan sekali untuk prestasi komputer yang terbaik.

Langkah Demi Langkah:

  1. Untuk memulakan disk Cleanup, klik [Start] > [All Programs] dan kemudian bawa kursor tetikus ke [Accessories]. Klik [System Tools] dan akhir sekali klik [Disk Cleanup]disk cleanup
  2. Setelah dibuka, disk Cleanup sangat mudah digunakan. Langkah seterusnya, pilih pemacu (Select Drive) yang anda ingin bersihkan samaada (C:), (D:) dan sebagainya. Kemudian klik [ok].Select drives
  3. Pilih kategori fail yang anda mahu buang. kemudian klik [ok]. Sekirannya ingin melihat dahulu fail yang berada dalam recycle bin sebelum dibuang, sila klik [View Files].View Files

Itu sahaja tutorial menggunakan peralatan Disk Cleanup. Selamat mencuba.