Ruang Iklan @ RahsiaSiber.com
Salam sejahtera.
Saya kerap menerima emel pertanyaan mengenai ruang iklan di blog ini. Buat masa ini saya tidak sempat untuk menulis panjang mengenai spesifikasi iklan yang dapat saya tawarkan. Jika berminat, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan:
1. Hubungi saya melalui contact form.
2. Nyatakan iklan bagaimana yang dimahukan dan di ruangan mana. Contoh jenis iklan:
- Iklan banner pelbagai size. Contoh: 300×250 dan 125×125 (lihat di sidebar blog ini)
- Iklan berbentuk teks: Diletak pada sidebar ataupun di mana-mana post di blog ini.
- Advertorial (artikel).
- Lain-lain (jika ada).
Perhatian:
- Setiap slot ruangan iklan adalah terhad untuk tempoh sebulan pengiklanan, kecuali kaedah iklan teks di mana-mana post dan advertorial.
- Saya tidak sediakan laporan klik (tracking). Tuan/puan perlu lakukan sendiri seperti menggunakan sistem bit.ly. Mengetahui jumlah klik adalah penting untuk melihat sejauh mana keberkesanan iklan yang dilakukan.
- Iklan untuk produk affiliate juga diterima walaupun ia bukan produk anda.
3. Saya akan beritahu harga untuk setiap jenis/slot iklan. Setiap iklan sebenarnya saya telah tetapkan harganya. Saya hanya akan beritahu kepada mereka yang menghubungi saya sahaja.
4. Buat bayaran mengikut persetujuan.
5. Berikan maklumat dan bahan iklan. Saya akan letakkan di tempat tersebut.
Syarat utama iklan: Tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.
SELESAI.


