PENGASAS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Kebahagiaan..

Pertama sekali ucapan jutaan terima kasih kerana anda sudi mengunjungi blog ini.
Nama saya Khairul Ariffin bin Hamzah dan dikenali dengan nama khairole di dalam alam siber ini.

Blog RahsiaSiber.com diwujudkan adalah bertujuan untuk sama-sama berkongsi minat danĀ  ilmu tentang komputer dan internet. Saya amat meminati komputer dan internet tetapi saya bukannya pakar dalam bidang ini. Saya ingin menambahkan lagi pengetahuan saya supaya kemahiran saya dapat dipertingkatkan dan seterusnya artikel yang saya kongsikan di sini lebih berkualiti.

Saya juga suka meneroka skrip pengatucaraan kerana dari situĀ  saya akan dapat menghasilkan sesuatu menurut apa yang saya inginkan seperti mana yang anda dapat lihat di blog saya sekarang. Selain itu, Saya juga amat meminati perniagaan khususnya perniagaan berkaitan dengan internet.Justeru itu, dalam blog ini saya selitkan juga perihal perniagaan internet yang semakin mendapat sambutan sekarang ini untuk kita kongsi bersama.

Saya banyak mendapat inspirasi dari otai-otai internet seperti Dr Irfan Khairi, Team Saifulsham, Smartzul dan ramai lagi.Perancangan saya ialah mahu membina entiti perniagaan berasaskan internet yang berjaya suatu hari nanti..Doakan Kejayaan saya.

Haa..kepada anda yang mahu mendalami ilmu perniagaan @ buat duit melalui internet jangan sesekali terpengaruh dengan skim cepat kaya yang menjanjikan pulangan yang tak masuk dek akal. Contohilah mereka-mereka yang telah berjaya. Hakikatnya mencari duit melalui internet adalah sukar tetapi tidak mustahil untuk sesiapa yang sanggup belajar dengan tekun.

Saya berharap segala perkongsian ini akan dapat memberi manfaat kepada diri saya dan anda semua dan seterusnya menyemarakan lagi semangat kita semua untuk sama-sama memeriahkan dunia siber di negara Malaysia yang tercinta ini.

Oh ya..sebelum terlupa, ingin saya war-warkan kepada anda yang mahu bertanya atau berkongsi apa-apa info berkaitan komputer dan internet, bolehla menghubungi saya melalui borang hubungi saya atau hantar terus ke email seperti dibawah:

rahsiasiber.com[at]gmail.com

Akhirkata..Selamat melayari blog ini dan semoga anda mendapat manfaat darinya.

Sekian Terima Kasih..

Salam ikhlas drpd:
-khairole-