Archive

Posts Tagged ‘internet’

Bahana pembuli siber

May 13th, 2010

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Tip elak remaja jadi mangsa kes serangan peribadi, emosi

PADA era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini, timbul istilah pembuli siber yang menjadi satu lagi gejala tidak bermoral yang secara senyap merebak hingga menjadi barah kepada masyarakat dunia.

Apa yang membimbangkan, era tamadun tinggi dan kemajuan teknologi tidak lagi berupaya menyekat barah gejala pembuli daripada terus mencari ruang dan peluang memuaskan naluri mereka membuli pihak yang lebih lemah. Jika dulu, sering kali kedengaran masalah disiplin di sekolah membabitkan kumpulan pelajar yang membuli pelajar lain, kemudian sekitar 1990-an pembuli jalan raya pula berleluasa. 

Bagaikan tiada kesudahan, keadaan makin parah selaras dengan kecanggihan teknologi telekomunikasi apabila aktiviti membuli menyerap masuk ke dunia siber. Alam siber sepatutnya menjadi gelanggang kepada orang ramai memperoleh pelbagai manfaat untuk meningkatkan kualiti kehidupan. 

Dengan menggunakan kelebihan pada ruang maya ini, pembuli bagaikan mempunyai ruang yang tiada sempadan untuk dimanipulasikan bagi memuaskan naluri mereka sehingga kadang-kala tergamak memuat turun gambar atau video yang bertujuan memalukan dan mengganggu ketenteraman hidup pihak lain. 

Secara asasnya, pembuli siber boleh diterjemahkan sebagai aktiviti individu yang dilakukan dengan niat mendatangkan kemudaratan kepada individu lain menerusi mana-mana saluran komunikasi termasuk internet dan telefon bimbit. 
Ketua Perniagaan Norton Asia Tenggara, Effendy Ibrahim berkata, lazimnya kegiatan membuli dilakukan golongan remaja lelaki atau perempuan dan kumpulan dewasa bermasalah dengan mengganggu, menakut-nakutkan dan memalukan pihak lain menerusi SMS, e-mail, pesanan ringkas ruang chat, ruangan sosial dan laman web termasuk permainan atas talian. 

Beliau berkata, walaupun di Malaysia gejala ini tidak serius seperti di luar negara, benih pembuli sosial sudah mula bercambah apabila semakin ramai remaja dan golongan dewasa yang menyalurkan kemarahan mereka dengan menyalah gunakan teknologi komunikasi ini untuk kepuasan sendiri. 

Effendy berkata, sebagai contoh, baru-baru ini ada laporan golongan remaja tempatan yang membuli dan menggunakan kekerasan hanya kerana tidak berpuas hati dengan permainan multimedia yang dimain bersama rakan lain secara dalam talian. 

“Bahkan kita kemudian dijamu dengan aliran video dalam talian sebuah laman interaktif terkenal yang memaparkan keganasan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah memukul pelajar lain serta pembabitan dua remaja bertumbuk sehingga berdarah. 

“Walaupun tiada bukti kukuh aktiviti ini berpunca daripada ketidakpuasan hati antara kumpulan remaja, ia sedikit sebanyak membuktikan budaya remaja zaman ini semakin cenderung untuk memuat naik kandungan berunsurkan keganasan dan memalukan ke internet atau laman web tanpa menyedari ia sebahagian daripada aktiviti jenayah siber,” katanya kepada XY – Ikon Lelaki. 

Umumnya, sejak internet diperkenalkan, pelbagai langkah sudah diambil pihak berkuasa bagi memastikan orang ramai mematuhi adab menggunakan ruang maya tanpa mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain. 

Antaranya, penguat kuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia di bawah Seksyen 223: yang menyatakan, sebarang komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang berbunyi kelucahan, mencabul, salah, ancaman, menyerang atau menyakiti dengan tujuan menjengkelkan, menganiaya, menakutkan atau mengganggu pihak lain. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun. 

Bahkan, Effendy berkata, jika dibiarkan gejala pembuli siber ini berleluasa dikhuatiri ia akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk kepada masyarakat termasuk seperti kes di India di mana ia berlarutan di luar ruangan siber menyebabkan pembuli secara berterusan mengejar serta membuli mangsa dengan lebih serius. 

Beliau berkata, dalam kes yang lebih berat pula, pembuli siber boleh meleret dan bertukar ke jenayah siber yang lebih berat dan bahaya hingga mengancam keselamatan pihak yang dibuli seperti menyerang atau mengintip mangsa. 

“Kesan mendalam dilihat kepada mangsa buli di mana ia boleh mengganggu perasaan, prestasi pelajaran atau pekerjaannya merosot sehingga sekiranya ia bertambah parah, boleh menyebabkan mangsa bertindak di luar kawalan dengan membunuh diri. 

“Ini pernah dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) apabila tiga kanak-kanak berusia 12 hingga 13 tahun membunuh diri akibat tidak tahan dibuli oleh penjenayah siber. 

“Justeru, remaja sebagai golongan paling berisiko tinggi perlu sentiasa menjaga tertib ketika menggunakan ruang siber walaupun golongan ini pada zaman sekarang menganggap mereka sudah mengetahui selok belok ruang internet, kita melihat mereka masih mentah dan mudah dipengaruhi dengan emosi sehingga boleh mencetuskan pelbagai masalah besar,” katanya. 

Tanggung jawab mendidik dan menjauhkan golongan remaja dan kanak-kanak daripada terjerumus dengan aktiviti pembuli menjadi tanggung jawab sosial semua pihak. Ini termasuk kerajaan melalui kempen dan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan, guru yang memahami, mendidik dan menitik beratkan soal tertib dalam internet hingga keluarga dan remaja terbabit. 

Pelbagai kempen kesedaran pada tertib menggunakan internet kini dilakukan secara besar-besaran termasuk yang terbaru, kempen menerusi laman web CyberSAFE yang turut menganjurkan pertandingan berasaskan kempen kesedaran ini di laman sosial Facebook bagi menarik perhatian golongan remaja. 

Effendy berkata, tanggung jawab mendidik seharusnya terletak sepenuhnya kepada ibu bapa yang perlu memahami dan mengetahui aktiviti anak-anak ketika melayari internet seterusnya peka melihat perubahan kepada sikap anak mereka sekiranya mereka menjadi mangsa buli. 

Katanya, langkah awal yang boleh diambil oleh pihak keluarga adalah dengan melengkapkan komputer rumah dengan perisian yang boleh memantau aktiviti kanak-kanak dan menghalang atau memberi amaran kepada mereka daripada memasuki ruangan yang bahaya seperti yang ditawarkan dibawah Symantec iaitu OnlineFamily.Norton dan Norton 360 Cyber Safety Index. 

“Melalui langkah ini, ibu bapa dapat mendekatkan diri untuk memantau aktiviti anak-anak dan menasihatkan mereka berdasarkan kecenderungan mereka melayari internet. Ini dapat memastikan proses mendidik dilakukan secara berterusan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Jenayah Siber ,

Jenis-Jenis Ketagihan Internet

April 21st, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Menurut Kajian Center for Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklafikasikan kepada 5 kategori yang utama iaitu,

  1. Ketagihan mendapatkan maklumat – Merujuk kepada individu yang menggunkan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
  2. Ketagihan menggunakan komputer – Ia merujuk kepada individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
  3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet – Ia merujuk kepada individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
  4. Ketagihan hubungan siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik sembang seperti IRC, ICQ, forum, jaringan sosial seperti friendster, facebook dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.
  5. Ketagihan seksual-siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta ruangan sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksual secara terbuka.

Simptom-Simptom Bagi  Mereka Yang Mengalami Ketagihan:

Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:

  • Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa kerugian dan kekecewaan sekiranya tidak menggunakannya.
  • Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
  • Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
  • Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, pakar psikologi, menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit IAD ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak misalnya keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.

* Diadaptasikan dari sumber MPC keluaran Mei 2006.

Berita Siber ,

Penerangan Mudah Tentang Server Dan Internet

March 13th, 2009

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini
. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!


Definisi Ringkas Server:

Server ialah komputer atau peralatan (device) di dalam sesuatu rangkaian yang menguruskan sumber rangkaian tersebut. Contonhya, file server ialah komputer atau peralatan simpanan (storage device) yang di dedikasikan atau di khususkan sebagai tempat untuk menyimpan fail. Mana-mana pengguna yang berada dalam rangkaian (network) itu dapat mengakses atau mencapai fail di server tersebut. Print server ialah komputer yang menguruskan satu atau lebih pencetak (printer) manakala network server ialah komputer yang menguruskan trafik rangkaian (network traffic) dan Contoh lain, web server menguruskan fail halaman web yang boleh diakses oleh penguna komputer yang lain yang bersambung dengan rangkaian internet.

contoh rangkaian serverContoh rangkaian server

Internet dan Web Server:

Seperti yang di ketahui umum, internet ialah jaringan komputer global yang saling bersambungan di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini yang bersambungan melalui kabel komunikasi dan talian telefon membentuk satu rangkaian komputer yang di namakan internet. Setiap komputer yang saling berangkaian ini boleh mengakses di antara satu sama lain dengan mematuhi syarat-syarat atau kebenaran akses yang tertentu.

Visual jaringan internetVisual Jaringan internet

Hampir secara keseluruhannya, struktur internet adalah berdasarkan model client-server. Terdapat berjuta-juta server yang bersambungan dengan internet di seluruh dunia dan kebiasaannya seseorang pengguna internet memerlukan satu atau lebih interaksi dengan satu atau lebih server.

gambaran Web ServerGambaran Bagaimana Web Server Berfungsi

Apabila anda melawat sesuatu laman web di internet, anda sebenarnya sedang mengakses sebuah server. Server ini dikenali sebagai web server yang pada dasarnya berfungsi untuk menyediakan kandungan statik (static content) kepada pelayar web (web browser) dengan cara memuatkan (loading) sesebuah fail dari cakera (disk) melalui rangkaian dan menyiapsediakan untuk dipaparkan kepada pelayar web pengguna. Web browser berkomunikasi dengan web server dengan menggunakan perantara  HTTP. Anda boleh merujuk kepada laman web wikipedia untuk maklumat lanjut tentang http ini.

contoh web server dari syarikat Dellcontoh web server

bahagian dalam webserverbahagian dalaman web server

Contoh mudah untuk memahami web server ialah, apabila anda melawat blog rahsiasiber.com, anda sebenarnya mengakses server di mana blog itu di tempatkan. Apa yang berlaku ialah, pelayar web yang anda gunakan seperti contohnya Mozilla Firefox dan Internet Explorer akan membuat permintaan kepada web server tentang blog rahsiasiber.com. Setelah dijumpai lokasinya, web server akan memaparkan blog rahsiasiber.com kepada pelayar web anda itu tadi.

Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua tentang server dan internet. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

sumber rujukan : wikipedia, webopedia.

Asas Internet ,