Awas Jerat Cinta Siber!!
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Semalam saya belek-belek akhbar harian metro bertarikh 23 Mac 2009 dan mata saya tertarik melihat artikel bertajuk “Mangsa Cinta Siber Rugi RM5,000″ .Menurut cerita seperti dalam artikel tersebut, mangsa adalah seorang wanita berusia 43 tahun dan bekerja sebagai kerani. Suspek pula merupakan seorang lelaki warga asing yang di katakan menetap di London dan mereka hanya baru berkenalan tidak sampai 2 minggu pun.Ceritanya bermula apabila suspek yang dikenali melalui laman sembang di internet mula meluahkan kata-kata ayat-ayat cinta kepada mangsa. Selepas berjaya ‘menundukkan’ mangsa dengan janji-janji manis, lelaki tersebut menghantar satu bungkusan mengandungi cincin, satu set barang kemas, komputer riba dan telefon bimbit kononnya sebagai hadiah kepada mangsa.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju mengambil hadiah yang diberikan suspek. Menurut sumber, mangsa dimaklumkan sebuah syarikat kurier di United Kingdom untuk membuat pembayaran RM4,700 ke dalam satu akaun individu jika ingin mengambil bungkusan berkenaan. Disebabkan ingin mengambil bungkusan tersebut, mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan oleh wakil syarikat kurier itu tanpa berfikir panjang. Katanya, selepas wang dimasukkan mangsa menghubungi syarikat kurier berkenaan untuk mengambil bungkusan itu, namun pekerja disitu memaklumkan bungkusan tersebut ditahan kerana tiada sijil insuran.
“Pekerja itu turut memaklumkan mangsa perlu menunggu panggilan yang akan dibuat wakil syarikat kurier terbabit,” katanya. Menurutnya, mangsa menerima panggilan dari syarikat kurier terbabit beberapa hari kemudian yang mengatakan bungkusan itu boleh diambil jika dia menjelaskan bayaran RM12,000.Berasakan ada sesuatu yang tidak kena, mangsa tidak mengendahkan arahan dan membuat laporan di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin.
Moral Cerita:
Kita perlu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali walaupun kita mengenali mereka di alam nyata apatah lagi di didalam ruangan siber tanpa sempadan ini. Maklumla kita belum kenal lagi hati budi mereka lagi. Jadi, berhati-hatilah dalam pergaulan.
Berbalik kepada cerita tadi, apa yang dapat saya kongsikan ialah penipu siber ni menggunakan modus operandi seperti berikut:
- Mencari kenalan di laman-laman sembang dan bila “masuk daun” mulalah mereka menggunakan kuasa ayat-ayat cinta untuk memerangkap mangsa.
- Selepas itu mereka bagitahu ingin memberi bungkusan hadiah kononnya sebagai tanda cinta.
- Kemudian penipu tersebut akan berkomplot dengan rakannya yang berkemungkinan besar akan menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan menelefon mangsa untuk meminta wang penghantaran.Liciknya mereka kan?.Emm, setahu saya la, kita ada pilihan untuk membayar kos penghantaran semasa kita menerima bungkusan daripada syarikat kurier.
Saya harap dengan pendedahan ini para pembaca semua tidak terpengaruh dengan modus operandi seperti ini. Jika anda menyedari ada seseorang menggunakan taktik seperti ini, jauhi diri dari mereka!!
Sekian sahaja untuk kali ini. Saya akan dedahkan beberapa lagi penipuan siber dalam penulisan yang akan datang, Insya Allah…





Komen Terkini