Tips XP – Reboot PC Dengan Lebih Pantas
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.
Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Hai Pembaca Rahsia Siber semua,
Nampaknya sudah 2 bulan saya tidak update blog ini. Saya mohon maaf atas kelewatan yang berlaku. Baiklah, harini saya ingin berkongsi tentang tips mempercepatkan proses “startup” setiap kali kita kita menghidupkan komputer. Tips ini amat berguna bagi anda yang mempunyai masalah komputer lambat “reboot” setiap kali menghidupkannya. Masalah komputer lambat “boot” boleh diatasi dengan mengubah tetapan pada menu “Startup”. Anda boleh mengubah tetapan tersebut dengan mengikuti langkah- langkah di bawah:
- Klik pada menu ‘Start’ dan pilih menu ‘Run’.
- Kemudian taip msconfig pada ruangan yang disediakan dan tekan ‘Enter”
- Tetingakat ‘System Configuration utility’ akan muncul. pilih tab ‘Startup’ dan kosongkan tanda pada kekotak pilihan bagi program-program yang anda tidak mahu ia dimulakan bersama Window XP semasa proses menghidupkan komputer sedang berjalan. Maksudnya di sini, sekiranya anda kosongkan pilihan berkenaan, komputer dapat dihidupkan dengan pantas dan lancar kerana beban komputer makin berkurang.
- klik ‘ok” . Tetapan selesai.
Anda akan dapat rasai perubahan apabila komputer ‘reboot‘ semula.Selamat mencuba.
Sekian untuk tips pada kali ini..
Jumpa Lagi..
Related posts:
- Lindungi Data Anda dengan Window XP Salam Pembaca RahsiaSiber Semua, Harini saya ingin berkongsi tentang cara...
- IE8 lebih selamat BARU-BARU ini, Microsoft Corp mendedahkan Laporan Keselamatan Pintar versi ke-7...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


Komen Terkini