Hai pembaca rahsia siber semua,
Harini saya ingin berkongsi info tentang keselamatan komputer. Sejak akhir-akhir ini myCERT ( Malaysia Computer Emergency Response Team) dalam laporannya menyebut terdapat 4390 kejadian serangan terhadap komputer bermula Jan 2010 sehingga Ogos 2010. Pecahan serangan adalah seperti di bawah
Berdasarkan statistik yang ditunjukkan, kejadian serangan terhadap komputer agak membimbangkan dan langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh kita sebagai pengguna komputer dan internet untuk mengawal kejadian seperti ini daripada berlaku. Antara langkah kawalan yang boleh diambil ialah dengan mengemaskini maklumat tentang info keselamatan terkini seperti yang disarankan oleh myCERT di laman web rasmi mereka iaitu http://www.mycert.org.my.
Selain itu, kita juga boleh membantu myCERT untuk mendapatkan solusi terkini tentang isu keselamatan komputer iaitu dengan melaporkan kepada mereka apa-apa serangan misalnya spam email, virus dan sebagainya yang berlaku kepada komputer kita.
myCERT telah menyediakan saluran untuk pengguna komputer dan internet melaporkan kejadian serangan iaitu CYBER999 Help Centre. Terdapat 4 kaedah untuk menghubungi CYBER999 Help Centre iaitu :
- Web Reporting – klik untuk ke borang online myCERT
- Email – Sebarang kejadian serangan bolehlah dihantar ke email cyber999[at]cybersecurity.my
Masukkan maklumat berikut dalam email tersebut (jika ada) :
- Sumber serangan
- destinasi serangan, email header.
- waktu serangan. - SMS – Sila berikan maklumat selengkapnya dan hantar ke nombor 15888 mengikut format berikut:
CYBER999 REPORT <EMAIL> <COMPLAINT> to 15888 - Talian Tel
Office Hours: 1-300-88-2999
24×7 (Emergency): +6019 – 266 5850 - Fax
+603 – 8945 3442
Sila gunakan fax templat yang boleh didapati di sini.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Jumpa lagi.
Related terms: Ancaman Keselamatan Komputer

